Showing posts with label koleksi fm. Show all posts
Showing posts with label koleksi fm. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Cara elak lupa makan ubat, Cendol Pak Akob dan koleksi terbaru Fridge Magnet



Sejak menjadi pesakit darah tinggi ni, hari-hari sekali kena makan ubat sebelum breakfast. Cara elak lupa makan ubat adalah dengan bantuan botol ubat yang canggih ni :) Bila dah makan, just halakan penutup tu kepada hari yang perlu makan pulak. Terima kasih la kepada sesiapa yang inovasi buat botol ubat sebegini. Yer, saya seorang yang pelupa :p

Ok, nak tayang Fridge Magnet dari rakan blogger, Kak Dinas . Tak sangka gurauan jadi nyata, kini FM Penang dalam koleksi :)


 Heritage Townhouse Malaysia


 Dan FM Antarabangsa, Dari Thailand berlatar belakangkan Krabi Island :) Cantik sangat :)
Terima kasih Kak Dinas atas pemberian ini.



Ni kejadian selasa lepas, pekena Cendol Pak Akob @ Seksyen 16 berhadapan Masjid Jamek Raja Tun Uda  selepas JJCM @ Pak Su Corner ( citer lenkali ;p)

 Pekena Cendol Pulut. Terima kasih Kak Ema belanja kami :)



Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  
Hantar ke 39111[klik]

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]


My Nuha | Aku Bukan Chef

Thursday, April 04, 2013

Department apa yang korang paling suka bila ke pasaraya?

Saya paling suka department baju budak-budak dan barangan keperluan rumah especially barangan dapur. Duduk saja belek-belek tanpa arah tuju pun best. hahahaha. Dan semalam saya buat kerja gila tu sorang diri kat Giant Seksyen 13 Shah Alam.

Sempat la snap barangan dapur yang tak pernah tahu pun akan kewujudannya . Layankan ajer la , siap harga sekali. Kalau korang berminat boleh terjah giant .Eh, terduta giant pulak.hahaha.Cadanganya nak beli minyak masak ajer, tapi terbeli jugak barang lain. Biasalah kaum hawa :)


Ice tray, macam-macam warna dan macam-macam bentuk. Bila Nayla dah boleh makan, boleh beli untuk bekukan frozen food dia. Dulu masa pengasuh lama, makcik tu yang prepare makanan baby. Yang baru ni tak tahu la kan.


Ice tray bentuk love pun ada katakau .RM 3.99



Ada jugak dijual pengasing telur kuning dan putih yer. Mudah la nak buat pavlova :p RM 2.99

 Yang ni penyepit untuk angkat kuih / keropok / pisang yang digoreng . Senang, bila angkat dia toskan minyak terus.  RM 14.99


Ni kalau ada lebihan makanan dari plastik, daripada ikat-ikat boleh guna Food Vacuum Sealer ni. RM 7.99.


Yang ni siapa rajin buat bento boleh buat ni. Buat telur dadar dlm bentuk love gitu. Nak makan pun sayang.RM4.99. Kalau telur rebus bentuk love , boleh tengok entry Isabella ni :)


 Yang ni untuk simpan telur. Saya memang tak beli la sebab semua telur masuk dalam tray dalam peti ajer. Kalau murah terliur jugak :p Yang ni RM 39.67

Saya suka sangat isi rempah ratus dalam botol kaca. Terliurnya nak angkut . Tak perla, saya guna ajer botol prego atau mayonese atau jam  ajer la. Kedekut kan ? hahahaha.

 Iron board. Ni survey ajer sebab hubby cakap nak belikan yang baru. Kesian tengok isteri dia guna iron board yang uzur bebenor dah. hahahaha


Yang ni duk iklan kat tv tu.Pelapik untuk iron board yang katanya mudah untuk gosok kan. Ingat nak beli yang ni ajer letak atas iron board buruk saya tu tapi hubby cakap nak beli baru, cancel la yang ni.RM 29.99

p/s:

Sempat jugak intai department baju kanak-kanak cari rompers. Tapi tak de yang berkenan dan murah :p

Comel ajer tulisan pada rompers ni tapi RM 25. Hurm mahal nau.Yang ni gerai-gerai kat luar Giant banyak jual. Nampaknya kena gi GM Klang la nak memborong rompers macam Kak Yanmie .

 Opsss... Ini bukan barang dapur, ini adalah FM dari Thailand , gambar tut tut , kawan hubby, Sabrina yang kasi. Terima kasih dear :) Wah, 3 FM antarabangsa bulan ni saya dapat..bertuah badan !! :)


Wednesday, April 03, 2013

Naik Pangkat, Popia Homemade dan Ole-ole dari Paris....


Buat my dearest hubby, tahniah sayang ! Setelah hampir 6 tahun berkhidmat dengan cemerlang ,akhirnya dah naik pangkat kepada Senior :) You deserved it sayang ! Lepas ni janganlah makin lewat sayang balik kerja. Working hours sayang sampai pukul 4 sahaja tau bukan 9 malam yer..hahahaha

 p/s:

Bak kata Ustaz Kazim Elias, "Suami yang baik, bila suami ada kat rumah, kita rasa selamat ajer...".
Tu lah apa yang eliss rasa tau :p





Lunch untuk hari ni, Popia Homemade dari food court Giant Sek 13 Shah Alam.
Sedap dan kurang pedas sos dia. 0.80 ¢ seketul !



Ole-ole dari Paris, keychain Eiffel Tower.



Dan yang terbest sekali semestinya, Fridge Magnet. Bertambahlah koleksi FM Antarabangsa mak noks ! Nafiraa, sila jelez...hahahahaha
 Terima kasih kak ema :) Tiap-tiap tahun pi melancong obersea . Dah bersara bulan 10 nanti, ole-ole untuk kami, mai la antar..hahaha

p/s:

Edisi Less Words @ elissmie.com


Thursday, March 28, 2013

Susahnya nak main plastisin...

Ini segmen nostalgianya @ elissmie. Zaman saya kanak-kanak ribena dulu, nak main plastisin hanya boleh main kat sekolah tadika. Lepas balik tadika , plastisin tu kena la pulangkan balik kat cikgu kan. Nak suruh ma abah beli rasanya banyak lagi benda berfaedah yang patut dibeli. Suatu masa dulu korang ingat tak mak mak kita, buat hiasan pokok bunga dengan bunga plastik tu, diorang akan cucuk batang bunga plastik pada platisin baru masukkan dalam pasu bunga kan.Tak pun guna gabus. Tapi my ma guna plastisin. Masa tu timbul la idea mencuri plastisin dari pasu bunga my ma dengan my adik. My Ma cuma akan perasan plastisin dia kena curi bila dia nak basuh bunga-bunga hiasan dia tu jer. Nakal tak nakal saya dengan adik time tu. hahaha

My Nuha dengan plastisinnya. Dia nak apa jer semua dapat .Tak macam kita dulu-dulu.

Korang suka tak main plastisin kecik-kecik dulu?

My Nuha skang tengah cuti sekolah so saya tak menjadi pemandu seminggu ni. Next week lak, nak cuba hantar my Nayla ke rumah babysitter kat belakang rumah saya ni jer. Sedihnya, dah nak mula kerja. 

Ni FM terbaru saya dapat dari kawan my hubby minggu ni :) Satu dari Anz, FM Sabah dan satu dari Ken, FM Bali :) Seronoknya ! hehehe


Wednesday, March 20, 2013

Koleksi Fridge Magnet dari Johor, hadiah dari hubby :)

Lama dah tak tayang koleksi Fridge Magnet ni. FM yang terbaru adalah dari my hubby yang baru balik dari outstation ke JB. Asal anak masuk dua bulan ajer pergi JB, ironinya masa my Nuha dua bulan dulu pun dia outstation ke JB. Apakah ???? hahahaha

Balik-balik dari JB bagi FM :) Sweet sangat kan.Dah tahu wife dia pengumpul FM tegar haruslah dilayankan ajer . Jom tengok FM yang hubby saya bagi :)



Yang ni FM Kuda Kepang. Sinonim dengan Johor kan ?


Yang kedua adalah Fm Keris. Pun sinonim dengan Johor jugak kan.


Yang ketiga FM kek. Yang ni dia kata dia saja beli sebab nampak sedap kek tu :)
Atau bentuk hati, mungkin tanda cinta pada isterinya..hahaha poyo :p


 Ni koleksi terkini lah. FM johor dah berada di pintu bawah fridge dah.


Korang ada FM dari Johor tak ?

 Sebelum terlupa, ada FM belum ditayangkan lagi ni dari blogger Anje atau Mama Balqis , yang mana saya menang hadiah saguhati contest Mamy Balqis with Kleenex® Share the Softness - GiveAway For Charity kat blog dia sebelum bersalin hari tu dan hadiah ni sampai malam saya bersalinkan Nayla tu :) 

FM dari Port Dickson.


 Dan hadiah dari Kleenex :) Terima kasih Anje :)

Friday, November 09, 2012

Gold Medal Dan FM Melaka untuk dimenangi

Sudah tiba dibumi Selangor malam tadi jam 9 lebih. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah sebab akhirnya kekecewaan IID Terengganu 2012 dapat ditebus dengan kemenangan Gold Medal di RIID Melaka 2012. Dua-dua juri yang datang ke booth kami amat berminat dengan sistem kitorang. Syukur sangat ! Tak sangka betul dapat Gold Medal. 


Harus tayang medal dulu !




Saya , Ad  dengan ketua projek yang begitu yakin dengan sistem ni. Padahal saya tak yakin langsung ! Jahat gila kan..hahaha. Masa diorang tengah umum nama untuk gold medal tu terus cakap, mesti kita tak menang apa-apa. Sekali lepas jer sebut tu, penyertaan kitorang diumumkan sebagai salah satu pemenang gold medal. Sampai saya panik, tak tersnap gambar ketua projek naik pentas.hahahaha


Booth kitorang sebelum .


Booth kitorang selepas. 


Pentas utama RIID 2012

Tarikh              :           7 - 8 November 2012
                                            Tempat            :           Dewan Taming Sari, 
UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka
      Masa               :           8.00 pagi – 5.00 petang



Persembahan kreatif semasa upacara Perasmian Penutup RIID Melaka 2012. Guna tong sampah, botol, tong cat tu untuk hasilkan bunyi menarik.


Nasib baik ada seketul ni, Ad yang tolong amikkan .


Sijil Gold Medal  kitorang !

p/s:

Sila tinggalkan komen dalam entry ini atau entry
Hotel Grand Continental Melaka, Jalan Tun Sri Lanang  untuk berpeluang menang FM dari melaka. ( 2 pemenang  - random pick) selewat-lewatnya Ahad ini ( 11 / 11 / 12 ) sebelum  jam 12 malam :) Kalau dua-dua entry komen, dapat dua cabutan.
 





 Pemanggang ajaib untuk dimiliki dan katalog tupperware terbaru sudah keluar , klik sini laju-laju untuk pembelian dengan harga ISTIMEWA [ klik sini]
Kereta comot sebab musim hujan ? Terjah Tip Top Auto Spa Seksyen 7 sekarang . [ klik sini]
Baju kurung dan kain pasang pelbagai pilihan, terjah Cotton-Purple. [ klik sini]
 

Friday, November 02, 2012

Repeat Detailed Scan @ 26 Minggu, Fridge Magnet Percuma

Masih ingat detailed scan saya yang lepas [baca sini]  ? Hari ni, doktor scan yang mana tidak kelihatan dengan jelas hari tu iaitu mata dan jantung . Alhamdulillah, dua-dua pun ok. Kat DEMC tiada pakar jantung, so kalau baby ada masalah jantung memang tak boleh proceed kat DEMC .

Doktor cakap baby nakal sebab selalu tutup muka. Memang tak berjaya la nak tengok 3D/4D :( Mulut pun sekali ni jer dia tak cover, lepas tu sampai sudah dia tutup. Sabar jer lah.

 
  
Tengok tangan tu...Haishhh...Alhamdulillah mulut baby NH tiada masalah. 

Jantung hatiku punya jantung pun tiada masalah. Alhamdulillah :)

Dapat lagi sekeping CD.

Nak menang 15K ? Kongsi aktiviti yang buat korang rasa gembira, dan menang !!


Bil hari ni : RM 50 sahaja

Kalau korang buat appointment dengan DEMC, make sure datang setengah jam awal dari waktunya sebab sebelum tu nak kena isi borang panel / GL. Tapi kalau bayar sendiri , tak perlu la isi apa-apa, boleh la datang lewat sket tapi jangan lewat sangat especially detailed scan ni, setengah jam sorang.Kalau dapat no 3 tu dah hampir sejam lebih menunggu.  Tadi kiranya antara yang awal jugak, dapat no 2. Tak de la berjanggut menunggu macam hari tu. Tapi korang boleh jer isi masa terluang kat situ. Selain dapat akses wifi secara percuma, ada kemudahan lain yang disediakan.


Kalau bosan, ada majalah Parenting dan majalah lain.




TV pun ada.

Dan air percuma. Hari ni air anggur.


Kat DEMC ada antenatal class , RM 20 sahaja.
Sessi akan datang : 17 Nov 2012 & 24 Nov 2012
Boleh call diorang : 03 5515 1882/828

Korang kalau bosan menunggu di hospital buat apa?


Tadi singgah kat myNEWS , tengok ada FM percuma. Take me for free. Terus rembat 2 :p Ingat nak rembat lagi banyak tapi segan pulak .hahaha. Ada 4 jenis atlet berlainan sebenarnya, tak tahulah ni percuma kalau beli apa. Tapi kat situ, dia letak jer free, tak yah beli apa-apa :p

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, May 04, 2012

Siapa lagi nak bagi FM dipersilakan :)

Siapa yang masih tidak tahu, saya memang pengumpul FM dan tisu .Minat mengumpul FM tercetus bila my hubby belikan peti ais lah :) Terus jatuh cinta dengan FM. Tisu pulak sebab terpengaruh dengan ofiz mate saya masa kerja PJ dulu Kak Mimiey. Koleksi dia memang saya tak mampu lawan lah. Siapa ada tisu bertulisan atau beralamat kedai makan / hotel / catering dipersilakan bagi kat saya yer :)  Kalau ada orang jugak nak bagi FM dialu-alukan especially yang ada tulisan nama tempat :) Email me elissmie[at]gmail[dot]com untuk dapatkan alamat :p




Last week, kawan saya pergi London ok ! Hari ni, dibaginya FM London. Gembira tak terkira hati saya :) Terima kasih dear friend :) Setakat ni, FM international yang dah ada , Dubai, Bandung, Bali , Abu Dhabi, London dan  Singapura . ( saja nak dengki kat pengumpul FM tegar jugak ni NafiRaa, hahahaaha )

Yang ni gambar lama :p


 Kawan my hubby balik dari Pulau Redang hari tu pun bagi FM dari Pulau Redang tapi lupa pulak nak snap gambarnya. Yang tu dah selamat lekat di peti ais.Terima kasih sabrina !


Dan sekarang sedang menunggu FM dari Sarawak pulak dari Yati. Terima kasih yer Yati in advance.



Siapa suka FM angkat tangan tinggi-tinggi ? 



p/s: 
Sila tinggalkan komen kat sini dan email ..Nanti kubagi FM UiTM, nak tak? Siapa cepat dia dapat :) Mungkin Mr random tolong pilihkan untuk saya ok :)

Dah kehabisan stok pulak FM UiTM. Tapi tak per, korang tinggalkan ajer komen ok ! Kalau dah ada, me suh mr random org yang pilih ok !

 
p/ s:


Al- Fatihah untuk Bob Kuman...

Siapa berminat dapatkan voucher RM100 sahaja ! Harga asal RM250 [klik sini untuk info]  
Emailkan ke elissmie[at]gmail[dot]com.
Tupperware dengan harga menarik , [klik sini]

Baju kurung dan kain pasang dan ada giveaway menunggu nanti , [klik sini]




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)