Showing posts with label juadah. Show all posts
Showing posts with label juadah. Show all posts

Monday, June 17, 2019

Resepi Portuguese Egg Tart Russell Taylors Air Fryer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni mak nak kongsi resepi yang viral kat group fb MAHN dulu. Tapi biasa lah, mesti mak peram je resepi sampai ilham tu datang. Puff Pastry mak jumpa kat Checkers. Dia duk kat area frozen. Setaman dengan kulit popia tu. hahaha. Terus mak beli tanpa segan silu. Buatnya tak lagi. Janji ada. Gitu konsep dia. Hari tu masa bulan puasa baru berkesempatan mak buat. Hari ni baru nak kongsi.  

Ok la gais. Cakap banyak pun tak guna. Semak resepi kat bawah matcham biasa. Sebelum korang tanya lebih baik mak cakap, mak guna susu HL. Tu je susu yang ada kat kedai runcit tepi rumah dan puff pastry jenama kawan yang paket kecil. Yang besar pun ada tapi mak tak jumpa. Jumpa yang kecik pun dah rahmat dah ni. Boleh ke guna jenama lain? Semestinya la boleh janji puff pastry. Sebenarnya kat situ mak tengok ada satu jenama je. hahaha. Brand keju tu pulak mak dah lupa tapi biasa mak beli yang murah je.



Maklumlah Air Fryer mak kan kecik, orang bagi free pulak tu. So muat 3 ketul je sekali buat. Boleh la dari tak ada yer anak-anak. Kenyang jugak ko sebat. hahaha


Dicucuk-cucuk dengan garfu  sebelum dimasukkan filling custard tu. Lupa nak amik gambar masa buh filling tu. 


Tadda... Siap. Selamat mencuba gaisss... Acah-acah khairulaming pulak 
Yang hitam-hitam tu signature Portuguese Egg Tart tu bukan hangus tau. 

Korang suka makan tak Portuguese Egg Tart ?

Selalu mak beli je kat K**g  tu. hahaha

Bagi sesiapa yang dah beli barangan Russell Taylors ( AF, PC dan sebagainya)  , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors Official (Malaysia) . Jangan sibuk nak buat live atau beriklan, nanti mak remove. 



Wednesday, April 24, 2019

Solid Food Nawfa Yang Pertama & Sudah 8 Bulan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Blog suam-suam kuku ginilah. Tambah pulak menjadi emak di usia ambang 40 an ni. Tak berapa nak terkejar update untuk si bongsu ni. Kali ni nak tulis pasal Solid Food pertama untuk Nawfa. Alhamdulillah , hari ni dah masuk usia 8 bulan . Kiranya dah 3 bulan diperkenalkan solid food. Setakat hari ni Alhamdulillah, mak dia rajin lagi sediakan makanan untuk dia. Tak ada lagi bagi instant food sejak join group Happy Baby Foods Malaysia ni. 

Sama excited juga membaca pasal solid food bila dah dekat 6 bulan tu untuk perkenalkan my Nawfa makan. Yerlah dah 5 tahun tak ada baby kecik. Tak ingat dah nak mula kat mana. hahaha. Apapun beli baby food gear yang paling utama. Beli kat Mr Diy je pun. Jimat budget. Cari yang BPA Free. Banyak je . Tak semestinya kat kedai barangan baby. Nampak tak penjimatan kat situ. hahaha

Sama macam Nayla dulu, pertama bagi epal. Alhamdulillah my Nawfa ni tak pernah menolak dari suapan pertama sampai licin la. Mula-mula perkenalkan dalam 3-4 sudu je bagi rasa-rasa. Ikut juga la 4 day rules tu. Lepas tu tengok macam dah ok semua saya dah campur-campur. Sekarang saya dah bagi sayur+ nasi + protein dan jadikan puree. Mak moden misi kat KK cakap. hahahahaha. Lantak situ . Sayur yang saya perkenalkan sekarang ni bunga kobis, lobak, brokoli . Protein ayam je baru bagi.Lepas ni nak introduce ikan pulak. Buah yang dah diperkenalkan buah epal, pear, buah naga dan pisang. 

Biasa saya buat stok seminggu-seminggu. 3 hari chiller dan selebihnya saya bekukan dan siap-siap panaskan sebelum hantar rumah pengasuh. Tinggal suap je. Masa 6 bulan saya bekalkan satu bekas sehari bubur nasi tu. Sekarang dah 2 bekas. Belah malam saya bagi puree buah pulak. Kiranya sekarang dia dah makan 3 kali sehari. Harap masa cucuk 9 bulan nanti dia dah tak perlu follow up untuk berat badan dah la. Susu pulak dah kurangkan kepada 15 Oz sehari. 

Salah satu contoh jadual makan untuk 6 bulan dari group Happy Baby Food Malaysia


Baby food gear dari Mr DIY



Sedia untuk makan  



Kemain makan tu tangan nak sibuk pegang sekali


Kakak-kakak pun sekali sibuk sebab nak tolong suap adik 


Amboi tangan tu kan..


Nak suap sendiri pulak. hahaha. Tak silap ni puree keledek


Ni start makan bubur nasi dah 


Setiap kali makan memang licin gini lah. Kalau buah naga tu siap tak bagi alih sudu la kekdahnya. huhuhu




p/s:

Ummi saya masak sedap tau !

Daripada Buraidah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang  paling sempurna pada hari kiamat”.(Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Thursday, October 26, 2017

Resepi Bubur Pulut Hitam RTPC

Assalamualaikum dan Selamat Tengah hari. Weekend hari tu saya buat Bubur Pulut Hitam dan memang kena dengan piawaian tekak saya. Saya suka cicah dengan roti putih. Kalau simpan sejuk pun sedap. Balance saya buat pulak aiskrim malaysia pulut hitam . Selamat mencuba !

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). 


Resepi Bubur Pulut Hitam @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss Mie
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut hitam (rendam 30 minit dan toskan)
1 kotak santan
4 cawan air
1 cawan gula perang / biasa
2 cawan air masak
secubit garam
1 helai daun pandan
Cara-cara :
1. Masukkan beras pulut hitam, air & daun pandan ke dalam RTPC.Onkan PC dan tekan Beans Tendon , tekan pressure select dan tekan simbol + dan set kepada P40 .
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal.
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Tekan Keep Warm/Off then tekan Bake, saya set kepada P5. Masukkan air masak, santan, gula perang dan sedikit garam kacau hingga sebati.


Korang suka ke makan bubur pulut hitam ni ? 
Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie

Daripada Abu Hurairah RA katanya, seorang arab badwi telah membuang air kecil di dalam masjid lalu orang ramai bangun hendak bertindak ke atasnya. Lalu Nabi SAW bersabda “Biarkan dia (hingga selesai membuang air kecil) dan siramkan sebaldi atau setimba air ke atas kencing itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.”(Riwayat al-Bukhari)

Thursday, September 07, 2017

Nasi Daging Pressure Cooker Russell Taylors untuk Birthday Celebration


Assalamualaikum dan selamat petang. Dah makan ke belum? Kalau belum boleh la pergi makan dulu. Entry hari ni berbau makanan lah lagi. Entah bila nak kurus pun tak tahu kalau asyik mencekik macam ni. Semalam saya bercuti sempena birthday sendiri. Hahaha. Terima kasih kepada semua sahabat saing rodong yang sudi mendoakan saya sempena birthday saya semalam. Saya doakan agar semua kebaikan di balas ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari Allah . In sya Allah. 

Sebenarnya my hubby dapat MC semalam, so ajak lah pergi dating. Breakfast je pun. Anak-anak dah pelik sebab tengok maknya pakai kasual kan. Lagi pelik bila tengok Abah pun pakai tracksuit je. Hahaha. Ajak la my hubby pergi TTDI nak makan kat Restoren Mak Uda tapi teringat yang Kid pernah update makan kat Restoren Mak Uda kat shop lot depan AEON tu. Nak pergi punyalah jam sebab waktu orang nak pergi kerja kan. Tapi demi sepinggan nasi minyak kami hadap jua. Nasib la buka kedainya . Bila tanya diorang kata, memang sama dengan cawangan TTDI Jaya . Alhamdulillah

Dengan cinta hati 

Restoren Mak Uda Selera Timur 
16, Jalan Boling Padang G 13/G, 
Seksyen 13,  40000 , Shah Alam, Selangor

Map



Dah sampai rumah, saya keluarkan daging jiran bagi hari sebelum tu. Maka terjadilah nasi daging hentam ajer lah labu. Belasah ajer bahan yang ada dalam almari dapur tu. Alhamdulillah bertambah tambah my hubby dan anak-anak saya makan. Kiranya in lah dengan tekak. 

Resepi Nasi Daging @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss 

Bahan- bahan:-

5 cawan beras
2 helai daun pandan disimpul
4 tangkai daun kari
3 sudu rempah kari dijadikan pes (*boleh juga gunakan rempah kurma)
Rempah 4 beradik ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1 kiub ayam
Sedikit garam
2 inci halia diketuk
3 ulas bawang merah dihiris
1 tin susu cair (2 cawan)
3 cawan air
Daging setengah kilo
1 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih dihiris

Cara-cara :- 

1. Tekan bake by default P10. Masukkan minyak sapi dan tumis rempah 4 beradik , bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan pes sehingga pecah minyak. Masukkan beras, susu cair, daun pandan , daging dan garam ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Rice (tekan pressure select - jadikan P10) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi sehingga mesra dan sedia dihidangkan.












Buat sambal masak merah dan sambal nasi ayam dengan timun dan salad. Settle. Sebenarnya nasi daging ni lebih kurang nasi minyak la. Kalau belah kedah ni diorang makan pulak dengan daging bakar cicah air asam gitu bersama dalca pulak. Semua menu daging la hai. 

Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie




Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu masa kami di dalam perjalanan, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang menunggang binatang, lalu dia memandang ke kanan dan ke kiri. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan lebih hendaklah diberikan kepada orang yang tidak ada kenderaan dan sesiapa yang mempunyai bekalan lebih diberikan kepada orang yang tidak ada mempunyai bekalan.” Seterusnya Baginda menyebut berbagai-bagai lagi harta yang patut dibelanjakan, sehinggalah kami semua faham dan sedar bahawa sesiapa pun di antara kami mempunyai harta yang banyak dan berlebihan daripada keperluan sendiri. Maka mereka tidak lagi berhak ke atas harta-harta tersebut.
(Riwayat Muslim)

Friday, August 18, 2017

Nasi Arab Kabshah & Ayam Mandy Russell Taylors Pressure Cooker

Assalamualaikum.Hai..Abes lah diet mak duk menayang resepi dari Pressure Cooker Russell Taylors ni. Setiap hari ada je menu nak cuba. Selagi tak cuba rasa tak lengkap. Orang share resepi Nasi Arab terus rasa nak buat sendiri. Teringat kawan blogger Zaila tu, terus order seterika dan rempah nasi arab. eh. hahaha. Tapi Zaila mestilah guna noxxa, mak aim je dari jauh nak buat nasi arab PC tu tapi guna PC marhaen mak la seperti biasa. Boleh whatsapp Zaila laju-laju yer : www.wasap.my/60129706828

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia)

Saya buat Nasi Arab ni just ikut je resepi belakang kotak Nasi Arab Mandy dan Kabshah jenama Al Bayt ni. Saya beli 2 kotak. Tapi satu kotak nasi dalam 3 cawan beras ajer. So jadilah Nasi Arab kahwin nama dia. Nasi saya guna rempah Kabshah dan untuk ayam saya guna rempah Mandy . Sebab nak makan ramai kan . Satu kotak tu boleh untuk 3-4 orang dewasa. 

Nasi Arab Kabshah & Ayam Mandy @  Russell Taylors Pressure Cooker by Eliss

Ayam Bakar Mandy

Bahan- bahan
1 ekor ayam di belah empat 
5 ulas bawang putih dikisar

2 sudu rempah Mandy
garam dan 1 sudu minyak

Lumur ayam dengan rempah , bawang putih dan garam

Cara-cara
1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan minyak. Masukkan ayam dan balikkan untuk kesan garing pada ayam ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Chicken(default P15) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. 
* Jika suka boleh campurkan minyak ayam ke dalam nasi 

Untuk Nasi Kabshah : 

Bahan-bahan; 
Beras direndam selama 20 minit dan toskan.
Kisar 1 ulas bawang besar dan 5 ulas bawang putih 
Rempah 4 sekawan dan lumi 
6 cawan beras basmathi 4 cawan air
2 sudu besar garam
2 sudu besar rempah Kabshah

Cara-cara
1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan minyak, tumiskan bahan kisar,rempah 4 sekawan, lumi dan 2 sudu besar rempah Kabshah.  Masukkan beras, air dan garam ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi arab sehingga mesra dan masukkan ayam tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Sos Harah 

2 biji tomato, 1 biji cili padi, daun ketumbar,garam dan satu sudu perahan lemon dikisar tanpa air 

Salad Arab

2 biji tomato , 1 batang timun dipotong dadu
Hiris halus bawang besar dan daun ketumbar
Gaulkan semua bahan dan masukkan garam dan lada hitam


Ayam Mandy Bakar

Close up Ayam Mandy Bakar



Saya tak buat pun Sos Harah tu sebab my hubby lagi suka buat sos nasi ayam. Selera tekak melayu kekdahnya. Arab mabuk. hahaha. Siap perkasam lagi. 

Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 

Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie







Wednesday, August 09, 2017

Nasi Ayam Pressure Cooker Russell Taylors

Assalamualaikum semua dan selamat petang.Dah petang ni boleh la up resepi kan. Semua dah kenyang kan. Hari ni macam biasa lah, saya nak kongsi resepi Nasi Ayam menggunakan Pressure Cooker Russell Taylors. Boleh juga digunakan untuk pressure cooker jenama lain sebab hampir sama ajer fungsi dia. Dengan pressure cooker ni memang menjimatkan masa sangat. Overal, nasi ayam versi saya mengambil masa satu jam untuk siap dan sedia dihidangkan atas meja tu. Biasaya part merebus ayam nak buat stok tu la lama kalau buat nasi ayam  ni.Tapi dengan PC memang menjimatkan masa sangat. 

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia)

Nasi Ayam @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss

Stok Ayam ( Untuk memasak nasi ayam)  dan Sup

Bahan- bahan
1 ekor ayam di belah empat dan ayam untuk sup 
5 sudu kecil garam
2 inci halia diketuk
2 ulas bawang merah dihiris
Rempah 4 sekawan- 3 bunga lawang,3 cengkih,  4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis

Cara-cara
1. Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam PC. Pastikan air tidak melebihi paras maksimum.Masukkan bawang merah, bawah putih, rempah 4 sekawan, halia dan garam ( Stok digunakan untuk memasak nasi ayam dan sup ) 
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Chicken (default P12) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. 

Ayam 

Toskan ayam dari PC dan sedia untuk digoreng sekadar untuk menggaringkan kulit ayam.

Sup Ayam

1. Tekan pada fungsi bake P10, tumiskan bawang dan rempah 4 sekawan. Dah garing masukkan air lebihan ayam tadi, sup bunjut , carrot , kentang, garam jika perlu  ( Penutup PC terbuka) 
2. Tutup penutup PC. Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/OFF. Tekan pada Soup , Pressure Select (-) jadikan P5
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. 

Nasi Ayam 

Bahan- bahan
4 cawan beras  dan 4 cawan stok ayam
2 helai daun pandan disimpul
2 sudu mentega
1 sudu kuning pewarna jika suka
5 ulas bawang merah hiris
3 ulas bawang putih hiris
2 inci halia diketuk
Garam 1 sudu kecil
Rempah 4 sekawan  3 bunga lawang,3 cengkih,  4 buah pelaga, 1 kulit kayu manis

Cara-cara
1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan mentega , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian rempah 4 sekawan dan daun pandan. Masukkan beras,stok ayam,halia,pewarna dan garam ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi ayam sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Nasi ayam sedia untuk dimakan. Jemput tengok 

Nasi Ayam kurang kasih sayang. Eh kurang pewarna. Pewarna dari mentega jer ni.

Yang best memang tak berkerak langsung nasinya

Selingan , beli lada hijau ni kat Tesco RM 4. Tak tahu la sama tak dengan lada solok yang saya selalu beli kat terengganu tu. So saya buat cili jeruk. 

Yumss.. best makan dengan mee goreng !

Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie


 "Dan bertaubatlah engkau semua kepada Allah, hai sekalian orang Mu'min, supaya engkau semua memperoleh kebahagiaan." (an-Nur: 31)

Tuesday, July 25, 2017

Nasi Goreng, Nasi Minyak & Nasi Lemak Russell Taylors PC

Macam mana ? Dah terpengaruh nak beli PC? Especially PC Russell Taylors lah kan. Bak kata Zira, memang berbaloi kak Eliss beli . Mesti lah kena berbaloi kan setimpal dengan duit my hubby yang terpaksa cancel beli helmet tu. Bulan ni beli helmet yer. hahaha

Oh, lupa nak cakap. Bagi Sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia)Yang tak tahan tu siap dilantik sebagai admin. Pun boleh. Kena la rajin masak yer.

Resepi Nasi Goreng @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan-bahan :
4 cawan beras
2 sudu besar minyak untuk menumis
Sawi dan lobak
Ayam yang dipotong kecil
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara:
1. Onkan PC dan tekan bake P10 , tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan, kemudian masukkan cili boh sehingga pecah minyak. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Masukkan beras, sayur, garam dan air sama seperti masak nasi putih ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi goreng sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.
** Jika cuba nasi goreng masa tengah panas tu, nasi macam jelantah sedikit. Tapi lepas PC dah sejuk, nasi goreng enak dimakan tanpa rasa jelantah lagi.


Nasi Goreng Pressure Cooker Russell Taylors

Sukatan air untuk nasi 


Resepi Nasi Minyak @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan-bahan penumis :-

2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih, dimayang halus
1 inci halia
4 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan-bahan :-

2 cawan susu sejat ideal
1 sudu kecil pewarna kuning
3 cawan beras . Rendamkan terlebih dahulu sebelum memasak.
1 ikat daun pandan
1 kiub ayam knor
2 sudu besar tomato puree

Cara-cara :-

1. Onkan PC dan tekan bake P10 ,panaskan minyak sapi dan mentega kemudian tumis bahan - bahan penumis yang lain hingga wangi. Kemudian masukkan tomato puree, kiub ayam , susu, pewarna kuning dan daun pandan.Kemudian masukkan beras kedalam periuk dan masukkan air sehingga paras sukatan nasi gambar diatas ( penutup PC terbuka) 
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Keep Warm/Off then tekan Rice (default P12) . 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi minyak sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Tumis dengan fungsi bake P10
Sukatan cecair yang diperlukan sama seperti sukatan air nasi diatas
Nasi Minyak Pressure Cooker Russell Taylors
Nasi minyak PC yang digandingkan dengan gulai ayam, acar jelantah dan sambal belacan resepi ibu mentua :) 
Resepi lengkap boleh rujuk disini : Nasi Minyak Oren dan Gulai Ayam Terengganu

Resepi Nasi Lemak @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss
Bahan- bahan
4 cawan beras
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit garam
2 inci halia diketuk
2 ulas bawang besar  dihiris
1 cawan santan kotak
Air secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan beras, santan, daun pandan, garam dan halia. Pastikan sukatan cecair sama seperti masak nasi putih ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Rice (default P12) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi lemak sehingga mesra dan tutup kembali penutup PC dan tunggu sehingga PC sejuk dan sedia untuk dihidangkan. 
Campak dan tekan sahaja
Masa by default. 
Saya akan sentuh tepi badan ni untuk pastikan PC panas sebab ada sekali tersenget periuk timer tak akan berjalan dan PC tak panas.

Dia akan statik macam ni jika tak mula masak lagi 

Kalau timer bergerak maknanya dia tengah masak la tu

Jika perasan masa tengah masak, skru dekat lubang tu akan ternaik dan akan terturun bila dah habis pressure

Tanda dah siap masak

Halakan valve ke exhaust untuk keluarkan pressure 
 
Nasi Minyak Pressure Cooker Russell Taylors


Best guna pc sebab tak berkerak
Close up nasi lemak PC 

 

Sedia dihidangkan dengan sambal sotong dan ikan tongkol, telur rebus dan brokoli sebab terlupa beli timun.


Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie
 

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Saihan, Jaihan, Furat dan Nil, semuanya itu adalah nama-nama
sungai di syurga." (Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)