Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, February 13, 2014

Nasi Minyak dan Gulai Ayam Terengganu Style Resepi Bonda saya

Seperti dijanjikan hari tu. Hari ni segmen Jom masak @ elissmie.com  nak ajar cara-cara menggulai ayam style Terengganu dan digandingkan bersama Nasi Minyak Oren, sambal belacan dan Acar Jelatah. Resepi Sambal Belacan ibu mertua saya lenkali saya kongsikan .hahaha 


Resepi Gulai Ayam Terengganu

Bahan-bahan yang diperlukan :-

1 ekor ayam dipotong sederhana ( Untuk jumlah ayam yang banyak , bersihkan ayam, lumur kunyit dan garam dan kukus untuk elak ayam hancur masa menggulai ) 
3 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan) 
1 paket kecil rempah gulai ( saya guna cap ros spt kat bawah) 
1/2 paket kecil rempah masak  ( saya guna cap ros spt kat bawah) 
1 paket kerisik
air asam jawa
1 keping asam keping
ubi kentang
1 biji santan kelapa 
2 cawan air
garam secukupnya
gula secukupnya
gula melaka 1 ketul kecil
minyak masak

Bahan yang perlu dikisar:-

6 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1/4 inci lengkuas 
1 inci kunyit hidup 
* Bahan yang dikisar perlu dimasukkan kedalam campuran rempah masak dan rempah gulai ( bahan campuran) Hasilnya seperti dalam mangkuk tu. Rempah cap Bunga Rose ni, kalau di Shah Alam, boleh didapati di Pasar Moden Seksyen 6. Kedai no berapa tak ingat tapi gerai dia paling depan yang jual bawang-bawang tu.

Bahan-bahan untuk menumis :


3 biji bawang putih dimayang
1 inci halia  dimayang kasar
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 kelopak bunga lawang

Cara-cara :-

Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. 
Tumiskan hingga wangi dan masukkan cili mesin. Masukkan 3 sudu gula. Masak sampai garing . 
Kemudian masukkan bahan campuran tadi dan kerisik. 
Kacau dan masak sampai pecah minyak . 
Kemudian masukkan ayam. Masukkan air dan santan . Bila gulai mendidih masukkan asam keping, air asam jawa dan ubi kentang. 
Masukkan garam, gula dan gula melaka secukupnya mengikut citarasa. 

* Jika kukus ayam, hati-hati masukkan garam sebab ada garam dah pada ayam yang dikukus tu. 

Nasi Minyak Oren

Bahan-bahan penumis :-

2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih, dimayang halus
1 inci halia
4 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan-bahan :-

2 cawan susu sejat ideal
1 cawan kordial sunkist
3 cawan beras . Rendamkan terlebih dahulu sebelum memasak.
1 ikat daun pandan
1 kiub ayam knor
2 sudu besar tomato puree

Cara-cara :-

Panaskan minyak sapi dan mentega kemudian tumis bahan - bahan penumis yang lain hingga wangi. Kemudian masukkan tomato puree, kiub ayam , susu, kordial sunkist dan daun pandan.Tambahkan kacang gajus .Kemudian masukkan beras kedalam periuk dan masukkan stok kat atas ni mengikut sukatan nasi beras masing-masing.Kalau telebih air lembiklah nasinya.

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

9 Comments:

  1. cap ros tu ade jual tak kt sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tulis kat atas tu..huhuhu.. ada jual di Pasar Moden Seksyen 6. Kedai no berapa tak ingat tapi gerai dia paling depan yang jual bawang-bawang tu.

      Delete
  2. Nak bagi orang terliur lah tuuuuuuuu.
    mencikkkkkkkk.
    bila nak banjer nasi minyak nih??
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu jemput tak datang. hahaha. tunggu bday nuha pulak..time raya eh :)

      Delete
  3. waaaaahhh... nampak menyelerakan.. hantar lah ke Putrajaya. hehehe

    ReplyDelete
  4. ermm...macam sedap jer ... nak try ler...resepi utk jelatah tu tak de ke?

    ReplyDelete
  5. tq sbb share resepi. kne blaja buat sbb suami org terengganu

    ReplyDelete
  6. npk sedap...jom lawat blog saya : adianazulhilmistory.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)