Showing posts with label hotel review. Show all posts
Showing posts with label hotel review. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Permergian bapa saudara , Hotel Bajet | Seri Kemaman Inn, Kemaman

Saya mohon sedekahkan Al-Fatihah ke atas bapa saudara saya di Kemaman yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat lepas.Takziah buat mak cik saya dan keluarga atas kehilangan tersebut, semoga tabah menempuhi kehidupan seterusnya. Sesungguhnya MATI itu PASTI dan tidak boleh ditangguhkan walau sesaat sekalipun.Al-Fatihah.



Bagi yang mencari hotel bajet di Kemaman, boleh la menginap di Seri Kemaman Inn. Sebenarnya lokasi hotel ini berdekatan dengan rumah makcik saya. Memandangkan fikirkan my Nayla yang tak tahan panas ni, kami menyewa kat sini buat satu malam .Keesokannya kami pulang kerumah ibu mertua.Tapi malam tu, my Nayla 3 jam menangis tanpa henti. Rasanya ada 'sesuatu' ikut dia. Sebab petang tu pergi ziarah kubur bawak dia sekali. Tok Ki dan Tok Ji dia sekali tak tidur .Last-last pukul 2 pagi berhenti dan letak yassin kat tepi dia  baru ok.Tido sampai subuh . huhuhu



Hotel ni cuma dua tingkat ajer so kenalah menapak untuk naik ke bilik hotel. Kalau kat bawah cuma ditempatkan bilik-bilik standard sahaja. Bertabahlah . 


Ni lah bilik kami. Deluxe Room. Kemudahan basic sahaja .Nama lagi hotel bajet kan. Yang penting bersih. Tu paling mustahak kan. Wifi dan Astro pun ada dan yang paling penting aircond.Iron dan kettle kena request . Check in dan check out 12 pm.Prosesnya cepat ajer.


Almari dan meja solek disediakan.

 Water heater pun ada.


Toilet bersih cuma sempit jer la.

Pagi tu pekena nasi minyak gulai ayam 

Dan nasi dagang. Semuanya sedap :)  

* Breakfast di taja oleh my Long. Terima kasih Long.

 Harga bilik hotel ( * memang tiada breakfast)
Standard RM 60 / semalam - 1 katil single
Deluxe RM 90 / semalam - 1 katil king
Superior RM 130 / semalam - 1 katil king 1 katil single
Family RM 150 / semalam - 2 katil king


Seri Kemaman Inn 
Alamat : Lot 12605, KM 1, Jalan Air Putih,
24000 Kemaman, Terengganu
No Telefon : 09- 859 1511
No Faks : 09-859 1512


 Tayang budak yang 3 jam menangis marathon :p

My Nayla with Muhammad Yazid Yuuki, cucu Arwah yang kedua. 


 
Misi diteruskan dengan  ICT (Ikan Celup Tepung) dan  keropok lekor  @ Pantai Paka


Air jagung. [ close up ]

Harus gambar suami isteri yang meninggalkan anak-anak kat rumah ibu mertua :p 
Dating pertama 2013 ;p


Ni celup tepung udang dan sotong @ di Warung Aziz Satar , Kuala Kemaman pulak . 

 Satay ikan 
Ketupat sotong

Laksam

Pernah sampai kemaman ?






Tuesday, May 28, 2013

The ZON Regency Hotel by the sea, Johor Bahru

Korek-korek gambar dalam kamera hubby ni, ada gambar dia outstation ke Johor Bahru bulan Mac hari tu. Ingatkan dia lupa pesanan saya suh amik gambar kat hotel dia menginap masa outstation tu .Jom la kita layan suasana bilik hotel dan fasiliti yang disediakan untuk penginapan beliau selama 2 hari 1 malam di The Zon Regency Hotel by the sea, Johor Bahru. Ianya terletak berhampiran dengan zon bebas cukai Johor Bahru gitu yer.Kalau ikut sure pergi menyopping :p

Bilik Deluxe  from RM163.64++ per night


Bilik air nampak sempit, janji bersih kan.


Tapi ok lah , ada bath tub nak berendam 

Siap ada hair dryer gitu.

Packaging toiletries dia menarik. Ni hubby rembat bawak balik rumah.
 Dah tahu isterinya suka .

Better jangan gatal amik apa-apa kan kat mini bar :p

Ada fridge


Kosong jer pun.

Biasalah kalau dah kerja dalam bidang safety tu, pelan emergency pun dia snap :p keh keh keh . Ampun sayang..

Hotel room key card wall slots

Ada kerusi dan meja untuk santai-santai

Almari ada 3 pintu

Free Wifi. Dah bagi siap-siap username dan password.

Ada LCD 32" TV

Arah qiblat


Nak beli barang hotel tengok harga ni. Teringin selimut hotel tu. Apsal best sangat..hehehe
Tak nampak pulak harga kat sini. Bantal pun dah RM150.


Inilah safety box nyer..

Banyaknya bilik. Tengok info 400 bilik jumlahnya...fuyyooohh

Lobi

Diruang depan bilik hotel

Warna warni bangunan hotelnya yer..

Ini bangunan apa yer....

Pintu masuk

Pintu masuk Kompleks Bebas Cukai JB

Overall my hubby cakap servis hotel ini OK, proses check in dan check outnya pun cepat. Serba serbi elok lah dimata dia yang boleh tahan cerewet tu :p Ampun bangggg.....larikss...
Rating My hubby : 4 bintang per 5 bintang


Korang kalau ke JB , pernah stay hotel mana?

The ZON Regency Hotel by the sea, Johor Bahru
(formerly known as Eden Garden Hotel)
88, Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut
80300 Johor Bahru, Malaysia
Tel: +607 221 9999     Fax: +607 221 5173
Website :http://thezonregencyjohorbahru.com
Review Asia Rooms : Boleh baca kat sini
Review Agoda : Boleh baca kat sini


My Nuha | Aku Bukan Chef

Monday, December 10, 2012

LakeTown Hotel @ Bukit Merah Resort & Pemenang FM Bukit Merah

Kitorang gerak dari Shah Alam dalam pukul 8.45 pagi. Ada 4 bas yang bawak kami kesana. Kitorang naik bas yang pertama. Tak kuasa dah nak menunggu lama-lama kekdahnya. Berenti 2 kali kat hentian untuk breakfast dan lunch. Akhirnya, hampir pukul 3, kitorang dah sampai di Bukit Merah Resort. Kitorang check in kat LakeTown Hotel.



Saya dan my Nuha yang excited dapat naik bas.


Tablet teman sepanjang jalan :)


 Hubby tengah melayan perasaan kot :p


Inilah bilik kitorang.Superior Room.Harga dari RM230 semalam. Kemudahan yang ada sama macam diiklankan kat website diorang la. Air conditioning + Hot and Cold Shower + Television + IDD Telephone + Mini Fridge + Queen Bed + Coffee and Tea Making Facilities.


Toilet pun bersih tapi air dia slow sket.Mungkin sebab bilik kitorang tingkat 3 kot.

 Hair dryer pun ada . 
Iron kena request dari diorang tapi kena pulangkan dalam masa setengah jam


TV masih zaman dinosour . Ada mini fridge sekali.


Yang berbeza, ada satu lagi single bed dan siap ada pulled out bed kat bawah dia.


Dan ada meja makan.  

Overall, bilik kat laketown hotel ni selesa untuk kitorang stay sepanjang berada kat sini. 


Harus ronda-ronda sekitar amik gambar dulu.Hari pertama tak buat apa lagi. Dengar taklimat program ajer dan malam kang ada ceramah. Next entry la yang tu yer :p



My Nuha. 


Ada banyak kemudahan disediakan kat sini.

 Nak urut-urut badan pun boleh. ATM dan kedai souvenier pun banyak.
 Food court pun ada. Harga pun tak der la mencekik sangat. 

 
Dengan signage pun nak bergambar :p


Saya @ 31 Weeks , Laketown Hotel, Bukit Merah Resort


Korang pernah ke bercuti di Bukit Merah Resort ni ?

Pemenang FM Bukit Merah [Entry ini ]


Jawapan : RM 106.71

Tiada tekaan yang tepat , so yang paling hampir adalah RM 109 [ beza RM 2.29]

Kepada  pemenang bertuah ini , Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com. dan pilihan FM yang dikehendaki.

Bukit Merah Laketown Resort
Operated by Bukit Merah Resort Sdn Bhd (Co. No. 390047-M)
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Website : http://www.bukitmerahresort.com.my
Tel : 605-890 8888
Fax : 605-890 8000
Email : sales@bmlaketown.com.my
Resv : reserv@bmlaketown.com.my



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)