Showing posts with label JJCM Klang. Show all posts
Showing posts with label JJCM Klang. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

Tomyam Seafood @ Ramai Tomyam, Batu Belah , Klang

Banyak lagi kedai makan yang kami tak jelajah sepanjang 2 tahun menetap kat Klang ni. Asyik-asyik kedai sama jer. Kedai my hubby all time favourite tutup pulak , so tak der pilihan terpaksa la try kedai-kedai yang lain yang ada disekitarnya. Bagus jugak..hahaha


Hari ni episod JJCM @ elissmie.com kat Ramai Tomyam , Batu Belah . Hubby cakap kawan dia kata Tomyam kat sini sedap. Malam tu kami order masakan panas ajer. Lain kali boleh order nasi dan lauk pauk. Servis memang terbaik. Sebab baru jer order, tak sampai sepuluh minit makanan dah ada depan mata.Sebelum makan, haruslah selfie bersama anak-anak. Nampaknya nak kena beli monopod jugak ni...hehehe

 My Nayla & Me :) 

My Nuha & Me :)

Ini yang kami order malam tu. Nasi goreng, Mee goreng, Nasi Goreng USA dan Tomyam Seafood.
So far makanan dia kena lah dengan tekak kami cumanya Tomyam tu, kalau pedas sket lagi kaw..Lulus ujian seafood ...hahahaha. Ada kedai mana ntah, letak seafood tapi taruk ayam...hihihi
Tapi memang tak boleh lawan arwah kedai Shuhaida Seafood :p huhuhu

Ni ruang makan yang ada.. Kat dalam pondok pun ada nak makan bersila.
Memang banyak orang kalau hari minggu. Ni kami datang dah lewat..

Ni cashier..


Kedai dia depan sket dari Afnan Tomyam, dan lokasi kedai disebelah kiri. Parking lot memang banyak disediakan. Surau pun ada. 

Korang suka makan tomyam tak ?


Ramai Tomyam ( Foursquare : https://foursquare.com/v/ramai-tomyam/4c6e49725d089c7421a605c3)
Tbg. 1035, Jalan Sungai Putus (Batu Belah),
 42100 Klang, Selangor

** Kedai ni dah bertukar nama jadi Dapur Mama. Tak tahulah owner sama atau lain. Tak pergi2 lagi.

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Tuesday, December 24, 2013

AEON Member Fiesta @ AEON Bandar Baru Klang dan Johnny's Restaurant

Ni kejadian last week iaitu hari Jumaat bersamaan dengan AEON Member Fiesta @ AEON Bandar Baru Klang. Jalan-jalan cuci mata.Mentang-mentang dah gaji kan. Bila tengok balik kat fb AEON rupanya ada Daiso baru buka kat situ. Lain kali boleh terjah situ lah tak payah nak gi Setia Alam City Mall untuk cuci mata.




Dah habis cuci mata, kitorang pergi makan. Kali ini lokasi JJCM @ elissmie versi ulang tayang lah. Layan gambar. Seronok pulak guna App dari InstaMag ni untuk edit gambar. Dah lama tak pekena steambot. Moh la kita ker Johnny's Restaurant. Nasib baik ada meja kosong.Kitorang order Thai Steambot for two (Set A tak silap RM29.90 ++). Total Burst RM60++


Korang suka tak makan steambot ? 


p/s:

Lama dah tak buat steambot kat ofiz...Rindu zaman steambot ofiz dulu-dulu :(


Venue : Johnny's Restaurant Lot G22,
AEON Bukit Raja Shopping Centre, 
Persiaran Bukit Raja Klang, 
Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor. 
TEL : 03-33416182 
FAX : 33419182 
Business Hours: 10.30am – 10.30pm 

Monday, September 23, 2013

Mini Gathering CS110 UiTM Dungun Intake Dec 2000 @ Ahmad Tomyam , Klang

**Awas entry ini ada banyak gambar
 
Semalam buat pertama kalinya mini gathering untuk CS110 UiTM Dungun Intake Dec 2000 setelah dah hampir 10 tahun tapi tak semua join sebab gathering pun adhoc ajer. Yang join adalah warga lembah klang dan sekitarnya jer pun.Terima kasih kepada organizer, Alia yang merupakan tokey Restoren Ahmad Tomyam , Klang yang bukan setakat menaja lokasi malah makanan sekali.Terima kasih tuan tanah kedaung :)


Ni kira JJCM @ elissmie.com sekali harung jugak lah yer. Lokasi restoren ni terletak di Jalan Shapadu. Lepas Carrefour Klang jumpa trafik light , terus kedepan ( Lebuhraya Selat Klang) jalan terus tak sampai 2 kilometer macam tu, jumpa kedai ni belah kanan jalan. Satu lagi lokasi Ahmad Tomyam di Jalan Kapar, yang tu mentua dia punya.



Kat sini surau disediakan dan ruang parking yang luas. Ada laluan masuk kat tepi.



 Menu spesial dari Ahmad Tomyam - Siakap stim halia, kailan ikan masin, udang celup tepug, telur dadar dan paprik sotong. Memang sedap btol. Lepas ni , ada option lain selain Shid Seafood,our all time favourite tu :)

 
Ready to santap :)


Ad sekeluarga

 Tema mini gath ni merah tapi saya baru perasan yang saya ni tak der blouse merah. 


Pink pun boleh la :) 3 beranak pink, hubby jer merah


Ni gambar cilok dari Azhar, baru ada gambar my hubby :)



Tuan presiden tengah busy amik-amik gambar


Terima kasih kepada bonda Alia sebab jagakan my Nayla semasa saya makan :) Tenang jiwa..hahaha


Alia yang baju merah tu paling kiri. Sebelah Alia, liza, single but tak tahu available ker tak.


Hubby Alia baju kotak-kotak tu :)


 Terima kasih kepada liza sponsor kek, tak larat lagi nak makan. Ada dalam peti ais.


Harus bergambar selepas dah kenyang pulak 



CS110 junior edition


CS110 , semoga persahabatan ini terus kekal terjalin


Restoren Ahmad Tomyam, 
Lot 5622 Batu 2 1/1 Jalan Shapadu
Off Jalan Kapar, Kampung Rantau Panjang
Klang, Selangor
 


Friday, March 08, 2013

Nasi Lemak Sambal Sotong @ Warong KL

JJCM @ elissmie tak pernah lagi cover untuk breakfast kan. Memandangkan saya masih bercuti sebulan kat rumah dengan my Nayla, hari-hari lepas pergi hantar my Nuha ke tadika, mesti saya singgah beli breakfast dulu. Ni hari kedua saya cuba beli breakfast kat Warong KL ni.Warung ni terletak kat Jalan Bahagia, berhadapan dengan SK Batu Belah, Klang. Korang masuk ajer lorong tu dan cari warung ni belah kanan.


 

Sempoi habis warung ni dan nampak klasik jugak. Ruang warung tu bawah rumah ni. Ni rasanya style rumah orang jawa kan ? Teringat pergi rumah anak angkat my Abah kat Banting, gini la stylenya.
 
Ni nasi lemak hari pertama - Sambal sotong. RM 3. Sedap. Tumis dia manis dan pedas, kena selera saya.



Hari ni beli 2 bungkus :p


Satu nasi lemak biasa, cukup rasa dan bahan. Tak kedekut bilis, telur separuh.Sambal banyak.
RM 1.50


Ni bihun goreng Rm 1.50 untuk lunch nanti.



Derma untuk tabung wira lahad datu media prima Maybank 5142 - 7133 - 9000
 Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, October 03, 2012

Siakap Stim Halia @ Shid Seafood Restaurant Klang


Hari Jumaat last week, kitorang nak pergi makan kat Shid Seafood Ikan Bakar Kampung Jawa tapi saya baru teringat yang masa saya temankan Ad pergi tengok rumah dia, ada ternampak cawangan lain kat area Klang ( kira-kira 7 minit jer dari rumah saya) .Lagi dekat kan, harus cuba.Tak perlu bayar tol pulak tu.


Masa kami sampai tu tak ramai orang pun sebab masih awal lagi. Lepas dah order semua, kejap jer makanan dah sampai. Servis memang terbaik dan mantap macam cawangan di Padang Jawa. Ok, jom kita cuba makanan dia pulak !

Sebelum tu harus posing dulu..


Saya dan my Nuha

Kawasan dia luas dan selesa.


Tak habis-habis posing :p


 
Posing dengan makanan yang kami order..

 Menu adalah yang biasa kami order. Korang yang dah biasa baca belog saya, mungkin boleh hafal :p
Nasi Putih (3) + Ikan Siakap Masak Stim Halia + Daging Masak Merah + Kailan Ikan Masin + Telur Dadar + Air Teh O Ais (2)



Ni memang betul-betul stim halia. Tengok banyakkan halia dia :)
 Sesuai jugak ni untuk ibu berpantang :)

My Nuha dengan aksi mulut itik depan ikan :p

Cer teka berapa harga makanan kami !

-




-






-



-




-




-



-




-




-



 RM45 !!!

Memang terbaik lah ! Makanan dah la rasa sama di cawangan Padang Jawa dan servis terbaik :) 
Saya mesti pilih mengundi.keh keh keh

Recommended !

 

Siapa nak mencuba restoren ni, ianya berdekatan dengan Carrefour Klang . Dari  Carrefour Klang, amik jalan menghala ke Lebuhraya Selat Klang dan anda nampak H 2 O (TRUCK) One Stop S/B , sebelah tu adalah Shid Seafood Restaurant Klang. ( Jalan Kapar)

-SUDAH BERPINDAH LOKASI  DI JALAN KAPAR 



Tengok Maplah yer ( Bertanda hijau)

Selamat menjamu mata ! hahahaha. Larikss


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)