Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, July 20, 2017

Rendang Ayam Kampung , Nasi Himpit dan Sup Tulang Kambing Russell Taylors PC

Assalamualaikum. Kalau yang follow IG mak tu, sila la bertabah. Macam budak baru boleh jalan kan, asyik nak berjalan la. Tapi saya ni baru beli PC. Asyik la nak masak guna PC. Bukan personal computer. hahaha. Tapi pressure cooker tu. Siapa yang terlepas review saya sebelum ni, boleh la baca kat sini , Review Pressure Cooker Russell Taylors . PC marhaen ajer bukan PC idaman rakyat jelata. 

Kali ni saya cuba buat Rendang Ayam Kampung & Sup Tulang Kambing. Nasi himpit tu, saya buat eksperimen sekali lagi tapi menggunakan nasi himpit mini pulak . Jom la kita tengok macam mana nak guna PC ni . Sebenarnya , kebanyakan resepi ni saya cedok dari noxxa atau Philips. Korang boleh rujuk blog http://sajiandapurbonda.blogspot.my (noxxa) atau http://cookingwithmarinamustafa.blogspot.my ( Chef Marina yang selalu demo untuk philips) . 

Resepi Rendang Ayam Kampung @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan - bahan:
1 ekor ayam kampung
1 kotak santan
2 sudu besar kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
5 helai daun limau purut - dihiris halus
2 keping asam gelugor
3 ketul gula melaka kecil
Gula/Garam secukup rasa
4 sudu besar cili boh

Bahan-bahan dikisar:

10 biji bawang merah
1 labu bawang putih
3 inci  gram lengkuas
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
Air secukupnya

Cara-cara:  

1. Onkan PC dan tekan bake P10 , masukkan bahan kisar sampai garing, masukkan cili boh. Kemudian masukkan  ayam sampai nampak ayam tu kecut. Masukkan santan separuh kotak. ( penutup terbuka) 
2. Tutup penutup periuk. Tekan Keep Warm/Off  then tekan Chicken (default P15) . 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu , masa ni boleh masukkan kerisik, garam, gula, asam keping, santan separuh kotak dan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. 
4. Dengan penutup pc terbuka, kalau kuah masih cair, tekan bake P10 dan sampai kuah tinggal banyak mana yang kita kehendaki. 

Tapi memang lembut macam ayam daging pulak. Rasa kena beli ayam pencen kot . Saya suka kalu rendang macam keras-keras sket. hahaha. Terpulang pada cita rasa masing-masing kot atau mungkin kena adjust suhu tu. 


Resepi Sup Tulang Kambing @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan - bahan:
Tulang kambing 
Air secukupnya
Garam secukupnya
Daun Sup 
Batang saderi
Kentang
Halia 
Sup bunjut

Bahan-bahan tumis :
Bunga Lawang
Cengkih
Kayu Manis
Buah pelaga 
Bawang merah dihiris
Bawang putih dihirs

Cara-cara : 
1. Onkan PC masukkan tulang, air sampai paras full , halia dan sup bunjut. 
2. Tutup penutup periuk. Tekan Beans Tendon (default P30) . 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu , masa ni boleh masukkan garam, sup bunjut, kentang dan batang saderi. 
4. Tutup kembali penutup PC, dan tekan bake P10. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu ,masukkan bahan tumis yang sudah ditumis di atas dapur gas.

* Saya kalau sup tulang atau daging , bahan tumis akan masuk akhir sekali. Jika ingin tumis masa awal tu, masa on PC tu , tekan bake dan masukkan minyak dan tumis bahan tumis ( penutup PC terbuka)  

Daging lembut gila dan memang tertanggal dari tulang tu. Yang ni gambar dalam pc tak sempat nak amik. Ni dah transfer ke periuk sebab nak guna buat rendang pulak lepas tu. Memang habis-habisan digunakan hari tu kecuali nasi guna dapur gas, sebab rendang malas nak transfer dah. 


Nasi Himpit @ Pressure Cooker Russell Taylors  by Eliss

Bahan-bahan :

12 ketul ketupat mini adabi

Cara-cara : 

1. Onkan PC masukkan ketupat dan air sampai menutup nasi himpit yang dimasukkan
2. Tutup penutup periuk. Tekan Steam ( P20 by default) 
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , jangan lupa keluarkan pressure tu , keluarkan dan tunggu sejuk baru dipotong. 

 

 

Gambar makanan atas meja secara dekat dah tak sempat nak snap. Yang ni pun boleh la yer. hahaha
Lunch Sup Tulang & Rendang Ayam . Belah malam, makan nasi himpit dengan rendang ayam tu pulak. Lain kali saya kongsikan resepi lain pulak yer :)  Tak sangka mendapat sambutan saya punya review, hari-hari ada yang bertanya cara gunanya.In sya Allah, yang mana saya mampu jawab saya jawab yer. Boleh buat group PC  Russell Taylors lepas ni :) 

Macam mana? Ada rasa tak nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)