Wednesday, September 20, 2017

Tragedi September

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Korang pernah rasa tak sedap hati? Rasa tak sedap hati ni dari semalam. Hari ni turun rumah, baca doa lebih sikit sebelum memulakan perjalanan ke tempat kerja. Siap hantar my Nayla, terus ke ofiz. Dah keluar dari kereta, kat tepi kereta, duk berkira-kira nak bawa payung ke tak sebab tadi masa sampai ofiz hujan renyai. Baru je nak pergi sebelah, ada kereta dari depan meluncur laju. Ya Allah.. Nak tercabut jantung mak nak. Aduhai.. Alhamdulillah, umur masih panjang. Rasanya kalau lah saya ada kat tepi tu, dah keluar akhbar muka depan esok ni. Almarhum di tempat parking. Allah masih memberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan. Cuma seminit di ambang kematian . Allahu...Alhamdulillah. Mujur dia pun tak ada cedera ke apa. Alhamdulillah. Tengah hari ni lah kot bawa pergi bengkel betulkan bumper tercabut tu.Payung pun memang lupa terus nak ambil sebab terkejut sangat. Berdebar tak hilang. 

Cik Vina yang dinoda. Dulu dah ternoda akibat kecuaian sendiri kat parking juga bumper belakang.  Parking dan Eliss berpisah tiada. hahaha

Bezza ternyata berbeza.. 

Kereta dia memang ada masalah dah sebelum ni. Katanya ada masalah pada sistem elektronik . Wallahualam. Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua. 

Bulan ni memang menduga sikit. Semoga Allah ganti yang lebih baik. Masa balik raya haji hari tu, tiba-tiba tayar kereta Cik Vina kena tukar, hp my hubby pulak buat hal. Semua pakai duit. Alhamdulillah simpan emas sikit sikit setiap bulan secara istiqamah selesai dua dua masalah. Kami memang tak ada kad kredit. Letak kat ar rahnu upah simpan baru 1% bulan-bulan. Bulan-bulan simpan sikit sikit untuk tebus balik emas yang kena pajak. Emas dapat balik,tayar dan my hubby dapat hp Vivo baru boleh geng Siti Nurhaliza #eh. hahaha. Macam mana nak pajak emas di ar rahnu, boleh rujuk entri ini. 

Siapa yang nak mulakan emas pertama serendah 0.5 gram meh bisik kat saya atau whatsapp saya laju-laju. Mulakan sekarang jangan tunggu RM 500 satu gram baru nak mula.Kita tak tahu pun bila kita perlukan duit kecemasan macam ni. Nak pinjam orang? Kalau ada yang sudi bagi pinjam. Kawan gembira memang senang nak cari, kawan tengah susah semua pakat lari . 


Hari ni hari keempat bekerja dari tempat kerja baru. Tempat kerja jer bertukar tapi pejabat masih sama. Tahun ke 10, 6 kali bertukar tempat kerja. Environment baru, semoga boleh bekerja sekuatnya kerana Allah. 





Thursday, September 14, 2017

Program Larian Anjuran UiTM

Assalamualaikum dan Selamat Petang .Dah lunch ke? Hari ni tiba-tiba nak tulis pasal larian pulak. Banyak sekarang ni orang suka join larian kan. Bagus betul program ni disamping membantu membakar kalori dan boleh menyihatkan tubuh badan. Teringin jugak nak join tapi tak ada running buddy lah pulak yang sanggup 'berjari' . Berjari tu berjalan lari. Sambil lari, sambil jalan. hahahaha

Teringat zaman sekolah dulu, saya ni si kaki bangku , memang tak reti sangat main bola. Bila kat sekolah saya ada persatuan jogging, terus saya daftar masuk cepat-cepat. Kah kah kah.Lagi satu softball.Cuma perlu pukul bola dan lari ajer.Siap jadi kapten. Kapten ni lebih kepada kena angkut kayu softball tu. Sadis. Sebenarnya saya dulu tak ada la bangku sangat tapi lebih kepada fobia sebab masa darjah 3 saya praktis main bola baling untuk rumah sukan tak silap, lepas tu bila kawan buat hantaran( bukan posting yer) , bola tu terkena jari anak masa saya tangkap bola tu. Sudahnya sampai sekarang jari tu masih bengkok. Seminggu saya tak cakap mak. Zaman kita dulu kan, mesti takut nak cakap mak kalau buat salah kan. Sampai dah tak tahan sangat sakit baru cakap. Bila jumpa tukang urut, dia cakap urat dah keras. Maka dapatlah cacat kekal kat jari anak tu. hahaha. Insurans cover tak?

Malas lah nak cerita panjang, jom la tengok program larian yang dianjurkan oleh UiTM kot korang berminat nak join berlari sama kan. Mak ni bila nak insaf pun tak tahulah. hahaha



UiTM Hat Run 2017
Tempat : Padang Kawad UiTM Shah Alam
Tarikh : 16 September 2017
Terbuka kepada orang awam, staf, pelajar & alumni!

Contact person :
Amir - 017734 8830
Aliff - 017322 7393




Registration Form :
http://checkpointspot.asia/Event/EventInfo.aspx?EventCode=%2bCLIdwP2TWM%3d



LED Night Run
Tempat : Padang Kawad UiTM Puncak Alam
Tarikh : 19 September 2017
Terbuka kepada orang awam, staf, pelajar & alumni!

Contact person :
Hidayah : 011 2557 7162
Adlina : 017 374 2949

https://www.facebook.com/TrigkkaEvent/


Arau Rainbow Run 2017
Tempat : UiTM Cawangan Perlis
Tarikh : 28 Oktober 2017
Terbuka kepada orang awam, staf, pelajar & alumni!

Contact person :
012- 4750787 (Jamilah Radzi)
013- 4161355  (Nurul Afiqah)

Registration Form : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdpRXxWJwyIStFfCJJ9eUVyVveJQ6ogRwqXQYSiuecBW-SDkA/viewform





UiTM Run 2017
Tempat : UiTM Kota Samarahan, Sarawak
Tarikh : 2 Disember 2017
Terbuka kepada orang awam, staf, pelajar & alumni!

Contact person :
Mohd Zakey 0138122973
Aima Sumiyati 0148923086
Kadariah 0138942784

Registration Form :
https://goo.gl/forms/11C3A1YPi3dvyowp2


Korang suka join Larian ? #khidmatmasyarakat #uitmdihatiku


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SW bersabda, “Kamu semua tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Tidak beriman kamu sehinggalah kamu semua saling mencintai, adakah kamu semua suka jika aku menunjukkan kepada kamu semua satu perkara, jika kamu lakukan perkara tersebut tentu kamu semua dapat berkasih sayang dan saling mencintai? iaitu hendaklah ucapkan salam dikalangan kamu semua.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Tuesday, September 12, 2017

10 Aksesori Tambahan untuk Pressure Cooker Russell Taylors di Lazada

Assalamualaikum dan selamat Petang. Nasib lah kan kalau ada yang naik menyampah kan asyik cerita Pressure Cooker jer bila update. hahaha. Hari ni kita window shopping secara online sudah. Mana lagi nak shopping kalau bukan Lazada. Sebelum buat pembelian di Lazada, register dulu Cashback, boleh klik sini dan dapat voucher RM10.

Bagi sesiapa yang dah beli Pressure Cooker Russell Taylors , jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). 

Ok , hari ni saya nak tulis pasal Aksesori Tambahan yang diperlukan untuk Russell Taylors PC ni. Sebenarnya kelemahan Russell Taylors PC ni tak boleh masak kek secara direct guna pot yang disediakan. So teknik yang berjaya untuk membuat kek adalah dengan cara mengukus saja.Ada yang cuba menjadi tapi banyak yang buat tak jadi. Kat sini saya nak kongsi lah kukusan yang boleh muat di dalam Russell Taylors PC ni. Untuk makluman, lebar inner pot Russell Taylors PC ni adalah 18 cm atau lebih kurang 7 inci .So kalau nak cari aksesori tambahan , korang kena tengok ukuran terlebih dahulu. Saya nasihatkan cari lebar yang kurang dari 7 inci. Loyang saya memang tak muat masuk dalam Russell Taylors PC ni. Kena cari loyang baru lah nampaknya. Jom la tengok list aksesori tambahan untuk Pressure Cooker Russell Taylors di Lazada . So korang yang ada Pressure Cooker jenama lain pun boleh guna alatan ni tapi kena semak dulu lah ukurannya. 

1) Stainless Steel Steamer ( Boleh laras  7 - 10.6 inci) 


2) Silicone Steamer ( 6 inci) 


3) Silicone Poaching Cups



4) Silicone Cake Mould ( 3 inci) 



5) Steam Rack ( 7 inci) 



6) Ramekin ( 4 inci) 


7) Aluminium Cake Pan ( 2 inci) 

Untuk pembelian, klik di sini 

8) Springform Pan ( 4 inci)


Untuk pembelian, klik di sini 

9) Bundt Pan ( 4 inci) 


Untuk pembelian, klik di sini 

10) Aluminium Cake Mould ( 6 inci) 


Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie

Sunat Menyampaikan Berita Gembira - Daripada Abu Ibrahim, dipanggil juga Abu Muhammad atau Abu Muawiyah Abdullah ibn Abu Aufa RA, “Bahawa Rasulullah SAW memberitahu berita gembira kepada isterinya Saidatina Khaidjah bahawa dia akan memperolehi sebuah rumah di Syurga yang dijadikan daripada permata, jauh daripada kebisingan dan juga permusuhan.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 07, 2017

Nasi Daging Pressure Cooker Russell Taylors untuk Birthday Celebration


Assalamualaikum dan selamat petang. Dah makan ke belum? Kalau belum boleh la pergi makan dulu. Entry hari ni berbau makanan lah lagi. Entah bila nak kurus pun tak tahu kalau asyik mencekik macam ni. Semalam saya bercuti sempena birthday sendiri. Hahaha. Terima kasih kepada semua sahabat saing rodong yang sudi mendoakan saya sempena birthday saya semalam. Saya doakan agar semua kebaikan di balas ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari Allah . In sya Allah. 

Sebenarnya my hubby dapat MC semalam, so ajak lah pergi dating. Breakfast je pun. Anak-anak dah pelik sebab tengok maknya pakai kasual kan. Lagi pelik bila tengok Abah pun pakai tracksuit je. Hahaha. Ajak la my hubby pergi TTDI nak makan kat Restoren Mak Uda tapi teringat yang Kid pernah update makan kat Restoren Mak Uda kat shop lot depan AEON tu. Nak pergi punyalah jam sebab waktu orang nak pergi kerja kan. Tapi demi sepinggan nasi minyak kami hadap jua. Nasib la buka kedainya . Bila tanya diorang kata, memang sama dengan cawangan TTDI Jaya . Alhamdulillah

Dengan cinta hati 

Restoren Mak Uda Selera Timur 
16, Jalan Boling Padang G 13/G, 
Seksyen 13,  40000 , Shah Alam, Selangor

Map



Dah sampai rumah, saya keluarkan daging jiran bagi hari sebelum tu. Maka terjadilah nasi daging hentam ajer lah labu. Belasah ajer bahan yang ada dalam almari dapur tu. Alhamdulillah bertambah tambah my hubby dan anak-anak saya makan. Kiranya in lah dengan tekak. 

Resepi Nasi Daging @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss 

Bahan- bahan:-

5 cawan beras
2 helai daun pandan disimpul
4 tangkai daun kari
3 sudu rempah kari dijadikan pes (*boleh juga gunakan rempah kurma)
Rempah 4 beradik ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1 kiub ayam
Sedikit garam
2 inci halia diketuk
3 ulas bawang merah dihiris
1 tin susu cair (2 cawan)
3 cawan air
Daging setengah kilo
1 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih dihiris

Cara-cara :- 

1. Tekan bake by default P10. Masukkan minyak sapi dan tumis rempah 4 beradik , bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan pes sehingga pecah minyak. Masukkan beras, susu cair, daun pandan , daging dan garam ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Rice (tekan pressure select - jadikan P10) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi sehingga mesra dan sedia dihidangkan.












Buat sambal masak merah dan sambal nasi ayam dengan timun dan salad. Settle. Sebenarnya nasi daging ni lebih kurang nasi minyak la. Kalau belah kedah ni diorang makan pulak dengan daging bakar cicah air asam gitu bersama dalca pulak. Semua menu daging la hai. 

Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ? 
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie




Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu masa kami di dalam perjalanan, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang menunggang binatang, lalu dia memandang ke kanan dan ke kiri. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan lebih hendaklah diberikan kepada orang yang tidak ada kenderaan dan sesiapa yang mempunyai bekalan lebih diberikan kepada orang yang tidak ada mempunyai bekalan.” Seterusnya Baginda menyebut berbagai-bagai lagi harta yang patut dibelanjakan, sehinggalah kami semua faham dan sedar bahawa sesiapa pun di antara kami mempunyai harta yang banyak dan berlebihan daripada keperluan sendiri. Maka mereka tidak lagi berhak ke atas harta-harta tersebut.
(Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)