Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Thursday, June 22, 2017

Salam Aidilfitri 2017

Assalamualaikum. Pejam celik dah nak sampai di penghujung Ramadhan yer. Hari ni mesti dah sunyi ofiz ni kan? Nak buat bising pasang lagu raya jer lah kat You Tube macam kami semalam. Korang dah start bercuti ke ? Saya mungkin dalam perjalanan pulang ke Terengganu . Doakan kami selamat sampai dan kembali semula kesini yer :) Saya pun doakan sama untuk korang.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan maafkan segala salah silap saya sepanjang berblogging ini kalau ada tulisan saya yang mengguris hati dan perasaan semua. Yang buruk itu semuanya dari kekhilafan diri saya yang serba kurang ini dan yang baik sesungguhnya datang dengan izin dari Dia. 


Jangan lupa isi borang balik kampung menggunakan Aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) yer. Boleh download kat play store dan app store  .



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, June 21, 2017

Ramadhan Buffet @ Intekma Resort & Convention Centre

Ini kali kedua makan kat luar sepanjang berpuasa tahun ni. Alhamdulillah. Shopping raya pun sebelum puasa dah habis. Baju raya pun tempah dengan mak saudara my hubby. Cuma kes tak cukup kain tu terpaksa juga lari ke Kamdar kat Klang Parade . Nasib baik la Kamdar pun ada kat sini jual kain sama. Dah habis stok kain yang saya beli kat Kamdar Dungun. Terima kasih Ana tolong tengokkan kain tu. 

Kali ni jemputan berbuka puasa di Intekma Resort & Convention Centre. 

My Nuha paling beriya la makan. Memang tak rugi bawa dia pergi buffet ramadhan. Berselera ajer. 

Yang sorang lagi, My Nayla ni memang rugi bawa . Nasib baik tahun ni pergi mana tak kena caj lagi. hehehe

Sipi pun boleh la..hahaha. Janji ada gambar berdua.. 


Mak dan anak-anak dah bersiap sedia tunggu azan. Yang sebelah tu dah tak boleh tunggu. hahaha


Yang ni paling di cari . Kambing golek. Haruslah peminat kambing katakan. Tak ramai yang beratur. Mujur. Yang station sebelah ramai yang beratur iaitu murtabak . Katanya signature dish Intekma. Tak sempat merasa dah habis dulu. Harus tahun depan kena repeat lagi. Kalau ada orang belanja lagi la.hahaha

Antara Menu yang disediakan : 

Kari Kepala Ikan
Ayam Masak Ros
Daging Gulai Kawah
Nasi Briyani
Pindang Ikan 
Sotong Masak Hitam
Sambal Paru
Sagu Gula Melaka
Bubur Pulut Hitam
Bubur Cha Cha
Agar-Agar Pandan
Mee Goreng
Kuey Teow Goreng
Kambing Panggang 
Murtabak
Tat


Promosi ramadhan masih ada lagi . Call diorang sebelum terlambat sehingga 24 Jun 2017 yer.

 +603 5522 5000 / 5001 / 5009 / 5104 / 5106.

Harga Biasa  :

Adult : RM55 nett
Children : RM27 nett (6 -12 years old)
Family Package : RM149 nett (2 Adult + 2 Child)
OKU & Senior Citizen : RM49 nett
Web: www.intekmaresort.com.my
Hotline: +603 5522 5000
Instagram: @intekmaresort
Twitter: @intekmarcc
Facebook: INTEKMA Resort & Convention Centre



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, June 20, 2017

Tips Menampal Batu @ Hotfix pada Tudung Raya

Korang masih ingat kos tudung dua muka saya ? Tak ingat, boleh baca sini. Hari ni saya bukan nak tunjuk cara nak buat tudung, masih lagi upah orang jahitkan tudung saya.Kali ni untuk hari raya pun saya beli kain sendiri dan minta tolong Rai jahitkan. Terima kasih Rai. Saya pun sekarang memang beli sendiri jer kain lagi berbaloi beli kain sendiri dari beli tudung yang dah siap tu. Nampak tak ayat penjimatan kat situ. hahaha. Ok la, berbalik pada kisah sebenar, hari ni saya nak up sket iaitu tambah blink blink sket kat tudung korang tu. 

Yang korang perlu cumalah seterika dan hotfix atau batu yang hanya perlu gosok atas tudung tu. Nak cari yang dah siap design pun boleh dan yang kena tampal sendiri pun boleh. Ikut suka korang, tudung korang kan. Saya punya, saya beli yang bunga untuk saya dan hello kitty untuk my Nuha.

Yang ni RM 3 satu keping.. Lupa nak amik yang my Nuha punya sebelum kena gunting, 
RM 5 untuk 2 hello kitty

Mula-mula korang buka kertas putih kat belakang tu, tapi yang bunga tu tak ada pun kertas putih. So tinggal yang lutsinar macam plastik tu dan batu kat bawah. Tampal kat tudung



Close up sket


Amik sehelai kain lain, lapik dan gosok batu tadi. Slow jer buka seterika tu jangan panas sangat. 


Dah siap gosok, korang tarik plastik tu..


Tadda...Cantik kan?


Model yang menggayakan.. Haruslah tuan punya tudung my nuha


Menarik kan?

Mak pun tak nak kalah..hahaha. Padahal tak siap lagi jahit tudung tu. Biasa la buat 2 muka untuk tudung sendiri.


Kos 2 helai tudung RM 22.81 +  RM 3 + RM 2.50 : RM 28.31 . 

Jom blink blink hari raya !!





Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, June 19, 2017

Ramadhan Buffet Al-Rawsha Restaurant, Seksyen 7

Salam Ramadhan yang ke 25. Baru nak bersiaran . Macam banyak nak menulis tapi tak sempat. Sepanjang ramadhan ni, 2 kali saya berbuka kat luar. Selebihnya makan kat rumah. Saya masak dan ada juga my hubby beli sket-sket untuk tambah especially untuk moreh tu pun dia beli kat kedai makan bukan bazar ramadhan. Disebabkan my hubby jenis yang tak boleh sahur, bangun makan kurma jer , so memang terpaksa la join dia moreh. Chewah. Terpaksa gitu. Memang kira kalori kelaut dalam bulan puasa ni . Kita continue lepas puasa lah yer. Ke lepas syawal? hahaha

Yang ni berpuasa hari ke 5, dapat jemputan berbuka puasa di Al-Rawsha Restaurant. Sampai-sampai jadi bidan terjun carikan table untuk yang join berbuka hari tu. Sekali tengah tengah beratur amik makanan dah bunyi azan. Tak perasan jam habis bateri masa tu. Orang dah mula makan baru terhegeh-hegeh nak amik makan. So tak ada la gambar mak dan makanan. So korang layan la gambar 3 ketul ni , tu pun nampak mak sipi-sipi. Kesian kan. 


Salah satu gambar mak, tengok kat lain pulak. 

Diorang dah amik makanan dan tengah tunggu waktu berbuka. Nampak la my hubby secebis kat situ..hahaha

Dalam seratus orang yang join berbuka hari tu . Terima kasih  kepada pihak syarikat yang belanja kami. 


Ramadhan Buffet 2017
Dewasa : RM 55 + GST
Kanak-kanak ( 6 tahun - 12 tahun) - RM 25 + GST
Untuk tempahan : 03 5524 3584

Facebook : https://www.facebook.com/Al-Rawsha-Restaurant-142261482522600



Menu yang disediakan :) 

Overall, makanan ok ( 3/5 bintang ) , service so far ok la, ada la jugak dia tambah makanan bila habis. Surau ada disediakan bawah tangga tapi leceh nak amik air sembahyang sebelah surau yang disediakan tu, Lepas makan kat situ, boleh terawikh kat surau berdekatan. 




Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, May 29, 2017

Salam Ramadhan

Assalamualaikum. Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak !  Jom lipat gandakan ibadah bulan ini kerana pahala pun berlipat kali ganda . Hari tu masa tazkirah sebelum ramadhan Ustaz Firdaus ada kongsi supaya listkan doa apa yang kita ingin mohon kalau kita bertemu Lailatul Qadar dan doa tersebut boleh juga dibaca sepanjang berpuasa sebab antara doa yang mustajab adalah doa orang yang berpuasa dan paling baik 10 minit sebelum berbuka. In sya Allah. Sama-sama lah kita submit doa hari ini. Antara doa saya adalah masuk syurga tanpa hisab. Aaminn ya Allah.. Ramadhan , jangan kau cepat pergi..



Bagi yang masih berdiet kira kalori, boleh baca coretan lama saya :

Kalori 10 Pilihan Kuih Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan

Selamat Berpuasa buat semua pembaca elissmie.com dan semoga mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda  !

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, May 26, 2017

Shopping Online di HappyFresh & Dapat Cashback dari ShopBack Malaysia

Korang pernah dengar pasal Shopback? Shopback ni kira medium pengantara antara online shopping store. Yang best tu, bila korang shopping online dari mana-mana store yang ditawarkan Shopback, korang akan dapat pulangan wang tunai pulak dari Shopback. Tapi sebelum tu korang kena lah buat pendaftaran terlebih dahulu. Bukan setakat tu saja, korang refer kawan untuk pendaftaran pun dapat pulangan tunai juga tau iaitu sebanyak RM 5. Lepas tu kawan korang pulak shopping, dapat lagi pulangan tunai kat kita RM 5. Amboi berganda-ganda pulangan tunai dari Shopback kan. Teruja kan? 


Tak faham jugak, korang boleh tonton video kat atas ni. Cukup RM 10 dah boleh redeem !


Untuk pendaftaran , klik sini laju-laju 



Yang best tu, dalam Shopback siap ada yang jual barangan dapur. Yeay !! I love groceries shopping. My kind of therapy ok. Setiap bulan wajib  groceries shopping . Lagi mudah kalau di hujung jari kan.  Antara groceries store yang ada seperti HappyFresh, honestbee , Walmart dan Lazada . Pilih sahaja store kegemaran korang . 


Ni saya try masuk website HappyFresh . Pulangan tunai sehingga 5 %. Menarik kan?
Yang best tu siap ada kategori Produk Organik . Teruja betul tengok buah-buahan dan sayur-sayuran kat hujung jari ni. Selalu shopping kain baju jer, apa kata cuba groceries shopping pulak lepas ni.

honestbee pulak pulangan tunai sehingga 4%  . Farm to table gitu barangan kat dalam website honestbee ni. Semestinya bahan yang segar untuk menyedapkan masakan korang nanti


Nak lagi teruja ? Sekarang ni, Lazada sedang menawarkan lazada voucher tau. Sehingga 12 % pulangan tunai pulak tu. Rugi tak grab ni.

Dah habis teruja ? Belum lagi. Ni hah nak cakap Shopback sempena Hari Raya pulak . Boleh shopping keperluan hari raya dan dapat pulangan. Banyak brand yang terlibat. Boleh rambang mata dibuatnya. Antaranya termasuk barangan rumah, baju raya dengan jenama fashion designer terkenal,kasut raya, baragan elektrik dan makanan


Jangan terlepas tawaran dari Shopback Malaysia yer.  Untuk pendaftaran , klik sini laju-laju . Selamat bershopping dan menjana pulangan tunai !



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, May 25, 2017

Chicken and Shrimp Siu Mai, Steamed Chinese Dumpling

Saya ni memang peminat makanan cina. Jatuh cinta makanan cina masa pertama kali cuba makan di Restoren Mohd Chan. Lepas tu rasanya hampir semua restoren halal cina saya cuba di sekitar Shah Alam ni. Yang paling saya suka semestinya dumpling. Sampai satu tahap nak makan sangat tapi susah sangat nak jumpa dumpling yang kena dengan tekak saya, saya belajar buat sendiri lah kan kasi puas hati. So dumpling saya ni saya adaptasi dari Siew Mai Dumpling. Kalau versi asal guna daging yang tak halal tu dan udang tapi versi saya mestilah guna ayam.

Bahan-bahan  :-

 2 ketul Ayam bahagian dada dicincang halus
10 ekor Udang dicincang halus
1 batang lobak merah dicincang halus
10 biji cendawan butang dicincang halus
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar garam
2 sudu oregano
2 sudu gula perang
2 sudu lada hitam
1 biji telur 
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu sos tiram
1 inci halia dicincang halus
1 ulas bawang besar holland  dicincang halus

Kulit dumpling / Kulit Popia

Seelok-eloknya bahan-bahan ni diblend guna food processor tapi saya guna blender biasa je so saya tambah minyak untuk gerakkan blender so adunan dia agak lembik sedikit. Lepas tu saya tengok youtube ada yang cincang macam tu jer. So saya cincang pulak. Sebenarnya dah banyak kali saya buat, hasil dia lebih kurang sama jer . Terpulang la pada korang nak buat macam mana samaada nak cincang, guna blender atau food processor.

Dah ada isi, boleh la mula membalut. Ikut suka korang lah nak balut macam mana. Tapi kalau Siu Mai sepatutnya isi terbuka kat atas tu. Tapi guna kulit popia memang tak jadi nak buat macam tu kecuali guna kulit dumpling.  

Ni masa awal-awal dulu tak tahu ada jual kulit dumpling. Sebab nak makan sangat saya guna kulit popia. Pun licin banyak ni. Nasib semua suka makan dumpling. 

Ni bila dah tahu ada jual Kulit Dumpling. Yang ni jenama KG Pastry, RM 2 lebih 

Yang ni jenama Lo Sam pun sama RM 2 lebih tapi rasanya yang KG Pastry lagi banyak keping. Tak tulis pulak berapa keping kat situ. Tapi berat sama jer 200 gram.


Janji boleh makan, rupa tak comel pun lantak . hahaha


Hari tu jumpa pulak Siu Mai Dumpling kat Checker jenama Sri Mas, RM 10 untuk 16 pcs. Sedap jugak . 


Ni saya buat untuk Zira yang mengidam. hahaha

Close up sket. Yang saya punya yang ada carrot kat atas, yang beli ada telur ikan. hehe


Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, May 19, 2017

Kira Kalori Makanan Guna Template Excel Sedia Ada

Assalamualaikum semua ! Salam Jumaat yang barakah. Biasa hari jumaat jer JJCM @ elissmie. Tapi hari ni sebab dah insaf, kita share pasal Diet Kira Kalori. Hari ni hari kedua saya kembali mengira kalori setelah dua bulan berada di tahap plateau dimana berat tidak naik dan tidak turun sebab saya seimbangkan makan dengan puasa isnin khamis tanpa workout. hahaha. Kali ni semangat sket sebab ada geng diet walau 2 ketul jer, dengan sahabat baik zaman sekolah saya, Ana atau saya lebih suka panggil Mek Na. Mati saya kena kecam ni . hahaha. larikss..


Ni gambar kitorang pada tahun 2009 dan 2012. Tahun-tahun berikut tu tak payah cerita la. Sama-sama mengecil kami ni. hahaha .Kali ni saya teruskan diet kira kalori saya seperti sebelum ni. Dulu saya target 1KG seminggu. Memang setiap hari workout. Kali ni saya target workout 2 kali seminggu iaitu hari weekend so target saya 500 kcal dikurangkan setiap hari. Ingat nak zumba balik. 

Berbalik kepada topik asal pasal Kira Kalori Makanan Guna Template Excel sedia ada tu. Saya baru tahu minggu lepas bila saya nak buat kiraan untuk jadual pemakanan untuk Ana. So daripada manual kira, lagi semangat nak kira kalau ada yang pemudah cara. So bila nak guna excel tu, korang klik pada New. Lepas tu search template , meal plan. So pilih Meal planner. 



So ni lah yang terpapar. So kalau korang nak masukkan sendiri makanan yang lain, klik pada Setup tu. Untuk diet kira kalori, korang bahagikan potion tu kepada beberapa bahagian. So dalam ni dia bahagi siap-siap 4 kategori. Masukkan jumlah yang dikehendaki.
Bawah ni yang saya masukkan sendiri. Korang boleh rujuk website kat bawah.

http://www.fatsecret.co.id/
http://sususejat.com/cal/food_calorie_list_2.pdf
http://www.kalorimakanan.com/

http://www.moh.gov.my/images/gallery/publications/makan/panduannilai_kalori_2.pdf



So nak key in pergi ke Mon. Dia Kat situ korang masukkan lah apa yang korang dah makan tu .


Close up sket. Dia ada  drop down tu , so pilih makanan yang korang makan, automatik maklumat akan terpapar cuma korang kena masukkan ruangan Serv tu jer. Takkan pulak excel tu tahu apa yang korang makan pulak kan. hahaha


Kat sini la korang boleh nampak terlebih makan atau terkurang makan. Target 400 jer kalori untuk dinner sebab puasa bantai sampai 735. Kena top up lagi  makan merapu kan nak bagi cukup kalori. hahaha . Tak boleh makan kurang dari BMR yer. 

BMR saya : 1385 kcal
DCR  : 1904 kcal
mDCR : 1904- 500 kcal = 1404 kcal
Untuk turun 1 KG =  7700 kcal perlu dibuang 
7700/500 = 15 hari yang diperlukan untuk buang 1 KG . So kita tunggu result 2 minggu lagi yer . 
Patut lah berat saya tak turun tak naik rupanya BMR dan DCR dah sedikit. Memang kena workout ! hahaha. Tak sedar diri betul selama 3 bulan ni. 

Berat saya terkini : 18/5/2017 - Jumlah yang ingin dikurangkan 9.5 KG

Korang dah timbang berat badan ker ? Ada penurunan tak ? Jom sama-sama #misikurussihat #misikurusraya #misikuruscantik #semogaistiqamah


Dari Thariq bin Asy-yam r.a., katanya: "Seseorang itu apabila masuk Islam, lalu Nabi s.a.w. mengajarkan shalat padanya, kemudian orang itu diperintah supaya berdoa dengan kalimat-kalimat ini - yang artinya: Ya Allah, berikanlah kepada saya pengampunan, kerahmatan, petunjuk, kesihatan dan rezeki."
(Riwayat Muslim)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, May 12, 2017

5 Aktiviti Menarik di Sabah #MYTravelAdventure

Hari ni nak tulis pasal pengalaman melancong dalam Malaysia. Pengalaman paling berharga adalah ke Sabah. Harus kena ulang lagi sebab masa kitorang pergi tahun 2015 dulu, gempa bumi baru jer berlaku , so banyak tempat yang kitorang tak dapat cover. Semoga ada rezeki lain kali , boleh pergi sekali lagi. Sekarang saya nak kongsikan antara 5 aktiviti menarik yang wajib korang buat apabila berkunjung ke Sabah. Apa-apa , jangan lupa booking hotel dulu , nak mudah booking ajer dengan Traveloka. Dulu kitorang stay kat Grand Borneo Hotel yang terletak dalam 1Borneo Hypermall, pusat membeli-belah terbesar di Sabah. Cuma 30 minit dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu. 

Berikut adalah 5 Aktiviti Menarik di Sabah yang korang perlu cuba : 



1) Snorkeling di Pulau-pulau sekitar Sabah

Ini yang paling menggamit kenangan sekali bila berpeluang ke Sabah. Memang Sabah terkenal dengan pulau-pulau yang cantik. Pasir putih dan air yang membiru. Pengalaman snorkeling yang mengujakan apabila melihat batu karang dan ikan yang bewarna warni . Siapa yang suka scuba, aktiviti tu pun boleh dilakukan di pulau sekitar  Sabah.  Antara pulau-pulau yang menarik yang saya sempat lawati adalah Pulau Manukan dan Pulau Sapi .





2) Makan Makanan Laut di Dataran Todak

Sabah ni boleh dikatakan syurga makanan laut. Siapa yang tak suka makan makanan laut di Sabah sangatlah rugi. Sebab makanan laut kat sini , dah la segar malah harga pun murah berbanding Semenanjung. Tak menyesal cuba lobster yang sedap tu. Sekali sekala dapat makan kan. Antara tempat makan yang wajib korang kunjungi adalah Dataran Todak. Pilih sahaja makanan laut yang korang suka dan masak masakan yang korang gemari. Bagi saya, Lobster Cili yang paling win. 


3) Menyaksikan Pertujukan Buaya dan beri buaya makan di Taman Buaya Tuaran


Kat Taman Buaya Tuaran, kami sempat menyaksikan Pertunjukan Buaya.  Suatu pengalaman yang mengujakan tatkala melihat aksi pekerja di Taman Buaya Tuara berjaya baring dan mencium  buaya . Tapi jangan korang cuba pulak aksi mereka yer. Mestilah diorang sudah menjadi penjinak buaya terlatih. Bukan itu saja, kat sini pun korang berpeluang memberi buaya makan makanan yang disediakan oleh pihak Taman Buaya Tuaran. 




4) Beli Cenderahati di Pasar Kraftangan , Pasar Malam Kampung Air dan Pasar Ikan Masin


Wajib beli cenderahati bila melancong kan untuk kawan-kawan dan diri sendiri tanda kenangan pernah datang ke Sabah. Tempat yang sesuai untuk beli barangan cenderahati seperti keychain, gelang mutiara ada 2 pilihan samada di Pasar Kraftangan atau Pasar Malam Kampung Air.  Untuk beli ikan masin atau ikan bilis sabah adalah di Pasar Ikan Masin. Korang boleh request untuk dibungkus terus dan senang nak bawa ke lapangan terbang.




5) Melawat Rumah Terbalik Sabah


Penutup jalan-jalan di Sabah , tak sah kalau tak singgah di Rumah Terbalik Sabah. Tapi gambar tidak boleh dirakam di dalam Rumah Terbalik ni. So kalau korang nak tengok apa yang terbalik dalam rumah tu, korang kena pergi sendiri lah nampaknya. Selain itu, dalam rumah tersebut juga ada Muzium 3D. Kat dalam ni korang boleh bergambar sampai lebam. Kat luar rumah terbalik pun ada juga tempat yang boleh bergambar kenangan tanda korang sudah sampai di Rumah Terbalik Sabah. 


#MYTravelAdventure – What’s your local travel story?



Join #TravelokaMY today in this #MyTravelAdventure and tell the world your local Malaysian travel story. How to join? Find out here.

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)