Wednesday, June 29, 2016

Sambal Terung Ili Sulaiman Channel AFC

Assalamualaikum. Dah penghujung ramadhan dah. Paling risau minggu ni sebab server email saya akan dihujani kad-kad raya versi elektronik baik dari orang perseorangan dan jabatan yang syok sendiri siap video bagai.haha.Ampun. Maklumlah nak bercuti panjang hari raya nanti lebih kurang 10 hari.  Semoga kamu baik-baik sahaja wahai server.

Ok dah la pasal kerja. Bosan kan. Kita cerita pasal makanan berbuka puasa lagi bagus. haha. Jangan kecam saya update pasal makan. Kalau tak boleh makan, memang tak mengadap handphone atau pc kan. Saya kan memang suka tengok channel AFC ( Asian Food Channel) kat Astro tuh. Hari tu tengok lah Ili Sulaiman ni ajar masak Sambal Terung , tapi dia sebut Aubergine Sambal lah kan. Terliur sangat terus buat untuk berbuka semalam. My hubby cakap tak pedas. haha. Tu pasal lah saya 
buat. Saya bukan tahan pedas macam dia kan. Tapi dia makan jer. 

Resepi Sambal Terung 

Bahan-bahan:-

2 batang terung dipanggang sehingga kulit menjadi kehitaman. Buang kulitnya .
1 biji limau nipis
Minyak untuk menumis

Bahan-untuk ditumbuk :

2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
4 biji cili padi atau lebih kalau suka peada
4 biji cili merah 

Cara-cara: 

Buang kulit terung yang dipanggang tadi tapi kalau ikut ili dia masukkan dalam mangkuk dan tutup untuk senang buang kulit. Saya rasa senang jer buang kulit dia. Lepas tu hancurkan terung tu tadi dengan garfu. 

Tumiskan bahan-bahan tumbuk dan masukkan gula dan garam kemudian  angkat. Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama dengan terung yang dah dilenyek tadi. Perah asam limau. Boleh tambah lagi garam atau gula mengikut kesesuaian rasa korang . 



Ili punya version - credit http://www.asianfoodchannel.com/recipes/aubergine-sambal



Ini versi saya, tak nak kalah ..hahaha


Saya panggang terus jer atas dapur pun boleh. 

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Saturday, June 18, 2016

Minyak BeBe Anugerah Rahsia Bayi Tidur Lena

Kenapalah saya baru tahu tentang Minyak BeBe Anugerah ni. Bila saya banyak baca banyak testimonial positif di Facebook Anugerah ianya memang sesuai sangat untuk my Nayla yang selalu kembung perut semasa bayi. Dulu memang boleh dikatakan hampir setiap malam dia akan menangis macam kena pukul sebab tak lena tidur. Macam - macam minyak lah saya sapu sampai satu tahap saya biarkan dia menangis sendiri sebab letih punya pasal. Saya pun naik pening dengan minyak-minyak tu. Minyak kemana saya kemana. hahaha.

Terkenang semasa dulu. #mygadisbunga #36weeksbaby



Terkenang semasa dulu. #eh #jangankecamsaya


Bila saya cuba Minyak BeBe Anugerah ni bau dia memang lembut saja dan tak seperti minyak-minyak angin yang kuat baunya tu dan yang best tak melekit dan tak panas, memang sesuai sangat lah untuk bayi kita kan. Kalau korang nak tahu minyak ni rupanya mengandungi Minyak Kayu Putih, Serai, lengkuas, Pudina dan Limau Purut. Patut lah bau ajer rasa macam nak makan. Minyak ni bukan sahaja untuk bayi, tapi yang dah tak bayi pun boleh. Kebetulan hari tu , anak saya sakit perut sebab banyak sangat makan masa berbuka, letak minyak ni lega sket perut dia. 



Testimonial Positif Minyak BeBe Anugerah 





Disamping kembung perut yang menjadi masalah utama bayi kita, Minyak BeBe Anugerah turut membantu : 

 Menghangatkan tubuh bayi,
• Melembab dan melembutkan kulit bayi.
• Menghindari bayi daripada kesejukan, angin pasang dan sawan angin.


Harga bagi sebotol Minyak BeBe Anugerah

 Semenanjung Malaysia :   RM 15.00
Sabah & Sarawak :            RM20.00

Korang berminat untuk mendapatkan produk ini? Sila PM/SMS/Whatsapp  dengan keyword “BeBe”

✔ PM di  http://bit.ly/PMAnugerah
✔ atau SMS/Whatsapp ke 019-222 7006

Untuk pembelian secara online : http://www.anugerahwellness.com/index.php/minyak-bebe-anugerah.html

Untuk maklumat lanjut :

Website Official:

http://www.anugerahwellness.com/index.php/minyak-bebe-anugerah.html

Facebook Official:

https://www.facebook.com/anugerahwellness



Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, June 17, 2016

Puding Raja, Kerabu Sarang dan Murtabak Raja untuk berbuka

Salam 12 Ramadhan. Dah masuk 12 hari kita berpuasa. Yer ker. hahaha #mohonterasa bagi yang tak cukup. Hari ni baru free sket so boleh lah mengupdate blog. Nak tayang juadah sepanjang berbuka yang kita suka, boleh? #jangankecamsaya ok ! 



Resepi Puding Raja

Bahan bahan:
10 biji pisang lemak manis digoreng dengan minyak 
1 cawan biji gajus - disangai
Jala emas
Buah prune dibelah dua
Buah ceri hijau

Untuk Kuah Kastard:
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1/2 tin air
1 cawan gula
Daun pandan
Esen vanilla

Resepi Jala Mas
credit : http://saduranrasa.blogspot.my/2012/01/puding-raja-royale-pudding.html
video : https://www.youtube.com/watch?v=6njP4Ab2kT4
Bahan-bahan

    30biji telur ayam – diambil kuning sahaja 
    800g gula halus
    3 helai daun pandan
    8 cawan air 
    Daun pisang untuk dibuat corong

 Cara memasak
Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
Angkat dan tuskan.
Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
Hidangkan.

Nota
    Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas 


Cara nak makan : 

Susun pisang goreng di lapisan paling bawah.Atasnya taburkan jala emas, buah prune,ceri dan biji gajus, kemudian tuangkan sos kastard. Sedap makan sejuk-sejuk tau. Jala Emas tu adalah pemberian Ad dan Am dari Kelantan tau :) Puding raja ni memang terkenal di negeri Pahang . Kiranya makanan raja-raja pahang. OK  bai. Nak feeling raja kejap :p


Goreng jangan terlalu lama sebab nanti lembik sangat


Bahan-bahan hiasan :) Masam-masam manis bergabung dalam mulut. 


Patutlah mahal kalau membelinya . Kos hiasan pun dah mahal kan. 
Pisang saya beli dalam RM5 untuk 20 biji. 

Yang ni pulak kerabu sarang atau kerabu sare ( rumpai laut) yang my hubby beli kat Hulu Langat


Rasa kat atas tidak menepati selera, so saya modified ikut style mak saya. hehehe. Barulah sedap :) 



Yang ni pulak Murtabak Raja Zairah dari Kota Bharu beli dengan Kak Yat :) Sekali hadap jer habis. Memang sedap :)

Korang suka berbuka menu apa ?

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Allah ‘Azza wa Jalla  berfirman dalam hadith qudsi, aku sangat mengasihi hamba-hambaku yang bersegera berbuka puasa”. (Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith ini hadith hasan)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, June 08, 2016

Serama Negeri buat pencinta Ayam Serama

Awal tahun 2009 , kami bertiga (Haslizan, Ramesh dan Dinend) mula berjinak-jinak di dalam dunia Ayam Serama.Pada awalnya kami hanya membeli dari para pemilik serama yang lain dan  cuma memiliki beberapa ekor ayam serama sahaja. Dengan minat yang mendalam tentang serama,  kami mula mempelajari ilmu membela serama dengan betul agar tidak berlakunya perkara-perkara yang tidak dingini tentang serama.




Uniknya serama ini pada kami bertiga adalah ianya seekor ayam kacukan dari beberapa spesis jenis ayam barulah terhasilnya serama yang berkualiti.Setelah kami belajar selok belok tentang serama, baru kami yakin dan membeli ayam-ayam yang berkualiti untuk dibela dan menyertai pertandingan.Seawal tahun 2010 kami di Serama Negeri menyertai pelbagai pertandingan dalam negara.Dengan minat dan kesungguhan,  kami sering menang dalam pertandingan dan dengan itu lah jiwa serama amat tinggi dalam diri kami.





Ayam serama yang agak manja dan jinak ini dikatakan haiwan yang mudah rapat dan boleh di belai.Nilai seseekor serama  bergantung pada pencapaian dalam pertandingan serama.Apabila sesekor ayam yang kerap menjuarai pertandingan pembidaan pada nya akan bermula.pada kami ayam yang sering kali menang dlam pertandingan,kami akan kacukkan ia dan mencari induk yang berkualitu,agak penurunan anak di setiap generasi keluar dan ada bakat yang akan di ketengahkan.Seekor anak serama bergantung pada nilai kecantikan dan nilai keturunannya.Apabila salahsilah keturunannya yang sering kali menang,ia turut mempengaruhi harga seseekor baka.Baka atau jenis serama ada banyak dan ianya bergantung kepada minat individu tersebut.Di Serama Negeri kami mengutamakan baka kubing(raja alam) kerana ia adalah ayam pertama kami yang sering kali menang di pertandingan.



Raja Alam (Nature King of GSN)

Terbaru kami di Serama Negeri, kami sedang mengeluarkan anak-anak dari baka saudara Kie Tanjung Musang dan saudara Mie Kebab Penang.Dalam hasil kacukan antara kedua baka ini adalah yang dikatakan patern terbaru dari segi warna kuning cair atau kuning keemasan,memiliki ekor putih atau kelabu,setiap anak keluaran ini agak laris di pasaran sekarang.


White Dragon @ Naga Putih (Sold to AM Salak Tinggi)

Pada kami serama bukan hanya sekadar hobi yang menguntungkan.Nilai seekor anak serama yang berkualiti tinggi seawal umur 2 bulan  boleh mencecah  antara 350-800 seekor.Harga bergantung pada umur dan potensi seseekor serama itu sendiri.Anak serama yang biasa nilai nya juga murah.Serama boleh  mencecah harga puluhan ribu ringgit,dan tidak di nafikan hobi serama tidak merugikan.


Zan (Serama Negeri) with President of Serama Club Belgium


A group of Serama Club Belgium members visited Serama Negeri in 2011

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan ayam serama , boleh berhubung terus dengan pemilik Serama Negeri :

seramanegeri.com

FACEBOOK :https://www.facebook.com/rndcapitallogistics/?fref=ts

INSTAGRAM :https://www.instagram.com/seramanegeri/

YOUTUBE : https://www.youtube.com/user/ramesh086/videos



* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 36 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Kalau beriklan  setahun keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM50 secara PERCUMA.Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, June 06, 2016

Selamat Menyambut Ramadhan 1437 H


Terlebih dahulu, saya memohon ribuan kemaafan jika ada antara tulisan saya ada mengguris hati , menyinggung perasan korang samada secara sengaja atau tidak sengaja, semuanya atas kekhilafan saya sendiri. Dalam bulan yang penuh barakah ini juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa . 

Semoga kita sama-sama dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna disamping membuat perkara yang menambah saham kita di akhirat kelak contohnya seperti bertadarus,bersedeqah dan solat malam. Bagi ibu-ibu yang menyediakan juadah berbuka dan bersahur , semoga terus istiqamah, in sya Allah banyak pahala buat kita sepanjang bulan ni :) Tahun ni merupakan tahun ketiga buat my Nuha berpuasa. Harap dapat puasa penuh tahun ni. Tahun lepas 2 hari jer tak cukup tu pun sebab demam. Tahun ni my hubby cakap nak bagi dia RM50 kalau berjaya puasa penuh. hehe. Bagi semangat sket kan. 


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)