Wednesday, May 13, 2015

Panduan Mengisi Borang Cukai Pendapatan e-BE for dummies



https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx

Kalau nak guna sistem ezHasil boleh rujuk manual yang dah diberikan :-

    a) ezHASiL
   b) Permohonan No. PIN & Login Kali Pertama
   c) Terlupa Kata Laluan
   d) Pengaktifan Kod Sementara
   e) Pembaharuan Sijil Digital



Ni saya nak tunjuk cara nak isi borang untuk yang pertama kali nak submit .Tahun ni saya tolong submitkan untuk my hubby dengan bantuan Kak Long saya. Selama ni saya tak kena bayar lagi, begitu juga hubby.So tahun ni merasa la kena bayar . Rupanya tak lah rumit sangat nak isi. 

1) Mula-mula kena ada borang EC dulu dari majikan ( Pastikan Tahun sama la dengan Tahun Taksiran kan) . Ni saya buat untuk tahun lepas tu pasal 2013. Sebab yang 2014 dah submit dah.


Contoh Borang EC 2013

2) Nampak tak ruangan A pada borang EC tu, yang tu just masukkan amaun yang A kat atas tu kat borang e-BE. Ada sesetengah company dia tak terus kira macam UiTM so kena tambah sendiri 3 jumlah tu, gaji , bonus dan tambang percutian tu. Lepas tu Automatik B dan C akan terpapar pada borang e-BE. Jika ada Potongan Cukai Bulanan (PCB) masukkan amaunnya pada D dari borang EC ke borang e-BE tersebut. 


3)Yang ni paling best nak isi. Kat borang pelepasan ni lah yang menentukan korang dapat rebet ke tidak. Yang ni kena simpan resit pembelian buku dan jumlah tu masukkan pada B1. RM1000 tu . Boleh manfaatkan sepenuhnya bagi yang suka baca buku tu. SSPN pun untung juga sebab sampai RM6000. 

4) Bagi yang dah beristeri boleh isi Z1 dan Anak. RM1000 untuk seorang anak. Makin banyak anak makin untung gitu kiranya :)  Dan yang masih belajar jer lah. Dah kerja tak boleh dah la.hehehe
Yang Z2 tu boleh masukkan KWSP yang telah dipotong dan insuran yang korang amik. Rugi juga kalau tak amik insurans sebab sampai RM6000. Begitu juga insurans pendidikan dan perubatan RM3000.So kalau nak save amik dua-dua insurans. Zakat dan fitrah biasa dah ada dalam borang EC . Masukkan ajer kat situ.Amik Z3 dari borang EC masukkan dalam borang e-BE. Yang zakat ni tak de limit so kalau korang ada sedeqah, wakaf ke apa biasa boleh dapat resit, simpan resit tu. Kena simpan 7 tahun tau resit-resit ni. 

Boleh rujuk sini untuk pelepasan yang lain  : http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=3&unit=1&sequ=1



4)Yang ni akan generate siap-siap bila dah isi maklumat sebelum ni.   ZZ tu amaun yang korang kena cukai. So kalau ada rebat, akan ada la amaun kat situ . Kalau ada lebihan boleh belanja saya yer :) hehehe


5) Dah settle boleh la simpan dan cetak pengesahan. Kalau ada bayaran kena buat bayaran  Boleh rujuk manual  : http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=2&unit=5000&sequ=7


Korang dah dapat ke rebat cukai pendapatan ? hahaha

p/s: 

Tarikh hantar borang setiap 31 April setiap tahun :) Moga panduan ini berguna untuk tahun depan selagi diorang tak tukar sistem baru :)



2 Comments:

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)