Wednesday, December 31, 2014

Hotel Super Cowboy, Melaka , Indah Gambar dari Rupa

Penutup tahun 2014 dengan percutian keluarga kami ke Melaka. Sebenarnya, percutian keluarga ini tak dirancang pun sebab esoknya adalah Hari Keluarga ofiz my hubby. So kebetulan alang-alang dah cuti krismas tu, so terus sambung cuti hari Jumaatnya. Ingat nak bertolak awal pagi tapi malam semua pakat tidur lewat , so dalam pukul 11 baru gerak dari rumah. Sampai-sampai dalam pukul 2 lebih. Ngam-ngam soi boleh check in. Jalan agak jam sebab hujan turun sepanjang jalan ke Melaka.


Tapi servis check in memang mengecewakan. Hampir sejam juga baru dapat check in sebab ramai orang. Ada yang datang dengan booking online seperti Agoda tapi nama tak der dalam senarai. Saya buat phone reservation jer, nasib baik nama ada.Nombor booking yang dibaginya pun tak betul. Mula memang nak booking online tapi bila check di Agoda dan Booking, dah penuh pulak tarikh tu.Lagi worst case scenario, kena saman parking lagi depan hotel tu.Patutnya remind la kat pelanggan pasal parking kan. 


First time katakan datang sendiri ke Melaka. Tak sangka hari Sabtu pun kena bayar parking separuh hari. Padahal saya kena beli sebuku buku parking tu RM6 sebab diorang tak jual mengikut jam. Tak tahu la kena kencing ke apa, sebab sebelum tu dia tanya nak berapa jam.Bila tanya sampai pukul berapa nak kena bayar parking, dia cakap tak boleh beli ikut jam pulak. Kedai 24 jam tepi hotel tu. 



Ok. Jom masuk bilik pulak. Gambar hotel dan bilik dah view di Agoda dan Booking.Nampak gambar macam luas gitu. Sekali bila masuk bilik, mak aihhhh keciknya. Saya booking Cheng Ho City View. Harga cuti sekolah RM152 nett tapi kena bayar deposit RM50 ( dipulangkan bila check out).

Jom kita tengok gambar yang ada kat dalam website. Memang indah gambar dari rupa. Semua gambar kredit kepada Hotel Super Cowboy, Melaka  http://hotelsupercowboy.com/rooms.html.

Kemain luas kat depan boleh buat semayang berjemaah lagi.

TV zaman dinosour dalam gambar tapi sebenarnya flat screen . Risau jugak TV zaman dinosour ni sebab lasaknya my Nayla tu.

Siap ada almari bagai ...

Panjang mejanya dalam gambar tuh...

Hakikatnya....

Terpaksa rapatkan katil sebab tak der ruang langsung untuk solat

Lebih kurang 4 kaki jer ruangnya. Kalu tinggi memang tak lepas nak solat. Hubby pun mcm tak lepas nak solat saya tengok..huhuhu..Rasa bersalah sangat rasa booking bilik ni. Kalau tahu amik yang mahal sket janji selesa.

Kemudahan yang ada.

Almari pakaian memang tak der. Just tempat gantung baju jer tak tersnap. Dalam gambar kemain ada almari kau. hahaha

Tengok bahagian depan tu, muat-muat badan jer lalu depan katil. Dalam gambar kemain luas.Memang duk atas katil jer lah.Nasib ada aircond untuk puteri-puteri lilin mak.TV flat skrin. Wifi ada tapi langsung tak boleh connect. 

Breakfast pun tak berapa nak semenggah sangat. Menu asal boleh jer. Ada mee goreng dan nasi goreng. Sosej , roti dan baked bean. Sekian cerita hotel yang tak best tapi cerita JJCM mungkin pengubat percutian ke Melaka hari tu. 

Surat Cinta. Terima kasih Melaka atas memori indah ini. Nasib baik kena bayar RM10 jer .Mungkin sebab bayar awal kot. 

________________________________________________________________________________

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR MUSLIM CARE FASA 2  @ Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Seksyen 8, Shah Alam

Setelah tamatnya Bantuan Bencana Banjir fasa pertama, hari ini kami melancarkan Bantuan Banjir Fasa kedua yang memfokuskan pembangunan semula dan pemulihan harta benda yang musnah semasa bencana.
Untuk fasa kedua, kami sangat-sangat memerlukan tenaga sukarelawan bagi melancarkan misi bantuan bencana banjir ini untuk dihantar ke lokasi bencana bagi menjalankan kerja-kerja seperti:
1. Pembersihan
2. Membaik pulih kerosakan
3. Pengagihan bantuan
4. Pembinaan semula
5. Dan apa-apa tugas dari masa ke semasa
Kepada yang berminat, berikut adalah jadual Perlepasan sukarelawan untuk misi fasa kedua ini:
Team Ke-2: 5-7hb Januari 2015
Team Ke-3: 7-9hb Januari 2015
T̶e̶a̶m̶ ̶K̶e̶-̶4̶:̶ ̶9̶-̶1̶1̶h̶b̶ ̶J̶a̶n̶u̶a̶r̶i̶ ̶2̶0̶1̶5̶ (SUDAH PENUH)
Bertolak dari Pusat Operasi kami di Thibbun Nabawi, Seksyen 8, Shah Alam tepat jam 9pm pada tarikh yang telah ditetapkan.
Pengangkutan, penginapan dan makan disediakan. Sila bawa pakaian yang sesuai untuk kerja2 mencuci. Digalakkan membawa kasut getah (Rubber boot).
Sumbangan barangan bagi kerja-kerja pembersihan juga diperlukan dan kami menerima barangan seperti senarai ini sahaja dipusat operasi kami, iaitu:
- WANG TUNAI
- WATER JET
- PERALATAN MENCUCI
- WATER PUMP
- HOSE
- TIKAR LIPAT
- PENYODOK TANAH
- PENYAPU BERUS DLL
- GENERATOR SET
- GAS MASAK
- DAPUR GAS
Semua barangan boleh boleh dihantar ke Pusat Operasi kami di:
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
Jalan Tebing 8/8, Seksyen 8,
40000 Shah Alam, Selangor
GPS: http://bit.ly/1B592fY
Wang tunai boleh disalurkan kedalam akaun kami seperti berikut:
Maybank Account:
564490413882 Muslim Care Malaysia
RHB Account:
26-2120-0000-4747 Muslim Care
Bank Muamalat Account:
14010007654717 Muslim Care Malaysia
Bank Islam:
14014010147470 Muslim Care Malaysia
14032010093666 Muslim Care Malaysia
ataupun sumbangan online di http://www.muslimcare.org.my/derma/
Maklumkan tujuan sumbangan anda di talian berikut:
Abdul Razak Mohamed: 011-1571-1581
Amina Tahir 019-860-1837

Mohon rakan blog untuk viralkan post ini. Mereka mengharapkan sumbangan orang ramai untuk meringankan beban mangsa bencana banjir ini.Sumbangan masih boleh dihantar sehingga pemberitahuan kelak. 


10 Comments:

  1. isk.. sabor jer lah.
    dlm gambor kt website kemain lah besornye.
    hakikatnyeee.. sangat mengecewakan.

    x sabar nak baca n3 JJCM.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry JJCM paling best kan..hahaha. tapi bila nak post teringat kat mngsa banjir, acaner..huhuhu

      Delete
  2. sian eliss...dtg melaka dgn pengalaman tak best...huhuhu...parking mmng kena bayar walaupun hari ahad kat melaka ni..smp pkul 6 ptg biasanya..ada kawasan smp malam...hotel tu lak tak pernah la tido situ..tp lalu kat situ la gak hari2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker..hahaha. nasib baik hr ahad pergi check in a famosa pulak.. kalau dak mau kena saman lagi..

      Delete
  3. kecinya macam hotel bajet jer...mcm x padan plk dgn hrga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..memang siot jer.. harga lebih kurang yg kita pegi kik melaka dulu..

      Delete
  4. alahiii.. dah la first time dtg melaka. mcm ni pula.. malu ai sebagai org melaka. hihihi pasni leh menyewa kat homestay saya k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada homestay yer.. nanti kita ushar2 yer.. dan boleh masukkan iklan homestay kat blog ni kalu nak..

      Delete
  5. ishkk indah khabar dari rupalah.. teruknye..malunya I sebagai orang melaka celup kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tau tak per.. kesian ai tau.. nasib baik semalam ja...

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)