Friday, March 28, 2014

Knowledge Explorace @ UiTM Shah Alam

*Awas, Entry ini banyak gambar.

Dah lama betul tak join acara yang kena lari-lari macam ni. Rasanya last masa diploma dulu lah kot.Semalam dalam sejarah jugaklah join Knowledge Explorace sempena event Knowledge Day 2014 @ my ofiz. Punyalah pancit. Hahaha.Yang tak tahan, boleh tahan jauh jugak antara satu checkpoint ke checkpoint tu. 

Banner Event. Ada 10 Checkpoint . Tengok tu. Dah la jauh- jauh. Mau tak pancit. 

Sebelum start, haruslah posing bersama ahli kumpulan.

Ni checkpoint kami yang kedua @ PTAR 2, UiTM .  Dah lama tak masuk library.
Tiru aksi uncle gedek jap..

With KEcrew @ Checkpoint PTAR 2


Cabaran individu  even berkumpulan. Yang pertama ni rai yang kena buat origami. 

 Kami kena bantu decoration untuk bunga sakura yang rai buat tu. 

Belasah jer laa...

Corak batik kekdahnya katanya :p

Inilah hasil tangan keras kitorang...hehehe

Cabaran yang sungguh mencabar sampai terkopak kasut saya yang dah lama terperam kat rak tu.
Pinjam selipar staf PTAR 2. Tak hantar lagi seliparnya..Maaf yer dik..huhuhu..Tak sempat..Mungkin tengah hari ni saya pulangkan yer :) Tapi dengan selipar ni berjaya ke 3 lagi checkpoint yang lain tau. hahahaha


 Ni checkpoint ketiga,. Saya yang kena buat. Just guna software prezie lebih kurang powerpoint untuk siapkan slide presentation. @ Pusat I-Learn , UiTM 

 Ahli kumpulan pun nak posing sekali :)


Ni checkpoint keempat @ ACIS , UiTM. Kena tulis khat by Khairunnisa. Staf baru kitorang ni . Masih single kot :p


Ni checkpoint  kelima @ PTAR 1, UiTM. 

 Ni checkpoint  keenam kat Bilik Pengarah kitorang. Cabaran kena minum air halia pekat. Nasib baik dah biasa minum. So very easy peasy jer la :p
Dah habis..


Posing bersama Pengarah kitorang yang baru, Prof Madya Mohd Zaki Abdullah :)

Ni cabaran ketujuh yang Ad kena cantum lukisan 3D. 


Masa ni semua ahli kumpulan pun tak nampak gambar 3D dalam lukisan ni. Bila kat ofiz,saya try tenung balik baru saya nampak ada dolphin dalam lukisan ni. Bukunya ada banyak lagi lukisan 3D ni. Memang best !Lupa pulak nama bukunya. Bila saya dah tahu saya update yer. 

Posing @ Checkpoint ke 8 , Galeri Tun Razak

Ni cabaran ketujuh. Kena lukis lukisan yang diarahkan. 
Posing @ Checkpoint ke 9,Gesturz, UiTM 
berlatarbelakangkan lukisan oleh Anith Fatin Hazizan .
Tajuk lukisan : Tertulis tak terlihat,senyuman itu masih ada .
 Teknik : Media campuran atas kanvas
Tahun 2012

Ni cabaran terakhir yang tak sempat nak buat kat Arkib UiTM . Kena makan burger dan bagitau apa 8 bahan yang ada dalm burger tu.

Walaupun kumpulan kami dapat saguhati jer tapi kitorang tetap berbangga sebab boleh join event macam ni. Atleast boleh hilangkan stress mengadap coding hari -hari tu. Gambar ambik hadiah tak ada pulak . Dalam kamera sapa ntah semalam. hehehe

Korang pernah join event ala-ala explorace mcm ni  ?



Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]


Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  


6 Comments:

  1. yang tengok gambo ni boleh rasa penat, inikan plak orang yang kene buat kan ...

    ReplyDelete
  2. tahniah jps... terbaek.. enjoy + skit2 bdn....... ahahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. enjoy tu penting..sakit badan kita kira kemudian..hehehe

      Delete
  3. Fulammmaaakkkk..
    bangga ar.. best jugak sesekali dapat joint acara cam nih kan.
    dpt gak keluarkan peluh.
    Tahniah yer~ ade hadiah lebih x? ahaks.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)