Thursday, October 31, 2013

Cabaran sebagai fridge magnet collector


 Masih ingat koleksi fridge magnet terkini saya yang lepas ? Kalau korang perasan, peti ais dua pintu saya menempatkan dibahagian atas pintu dengan jenis seramik (mudah pecah)  dan bahagian bawah dengan jenis getah.Korang rasa apakah cabaran terbesar sebagai fridge magnet collector ni ?


 Cabaran yang paling utama bagi saya adalah warga paling cilik dalam rumah kami yang dah pandai berdiri dan tertarik dengan koleksi fridge yang pelbagai warna ni. Siapa lagi kalau bukan Nur Nayla Hazeeqa yang bakal menginjak ke usia 10 bulan pada 8/11/2013 nanti.

 Hai semua reader blog Ummi :) Saya baru selamat jatuhkan 2 keping magnet Ummi.Masa ni Ummi baru perasan apa yang saya baru buat sebab sebelum tu dia tengah goreng keropok.Patut senyap Ummi cakap.

Nampak tak keropok kat atas kabinet tu. Saya nak cabut yang ketiga pulak.Ish apsal kuat sangat melekat ni.

Ok dah jatuh yang ketiga...Cuba yang ni pulak..Menarik ni...
4 sudah untuk hari ni. Yang lain kita cuba lagi lenkali. Sebab Ummi telah angkut saya pergi layan Mr Arrogant I Love You ;p

Korang pulak apakah cabaran sebagai fridge magnet collector? 



Wednesday, October 30, 2013

Putu Bambu, anyone?

Saya memang sudah jatuh cinta sama putu bambu.Dulu pandang ajer macam tak terliur.Rupanya sedap eh putu bambu jika tak kedekut gula melaka.Kalau tak memang tak sedap.Dan makan panas-panas memang syok habis.



 Ni my hubby beli kat hulu langat..memang terbaik.sejuk pun sedap...



Tengok tu dia punya gula melaka...alahai...terliur..harga tak silap RM 2.50 tak silap..nanti my hubby betulkan kalau salah dan lokasi kat mana yer..hehehehe

Update blog dr smartphone mmg mencabar.Masih lagi berbengkel di luar ofiz tapi masih dlm uitm..hai kak su!!!hahaha

 Korang suka makan putu bambu tak?

edisi less words @ elissmie.com


Tuesday, October 29, 2013

Supper @Melting Pot,Concorde Inn,KLIA

Ni edisi jjcm@elissmie.com. Sebenarnya kami kesini sebab nak jumpa kazen my hubby dan keluarga yang akan bertolak balik ke Qatar.Setahun 4 bulan diorang tak balik.Hari tu masa kat terengganu tak sempat jumpa.Ada jugak rezeki nak jumpa.Kalau tak tahu la bila boleh jumpa balik. Jom la layan gambar kitorang kat situ.

                           
My hubby dan kazen dia

      Saya dan isteri dan anak-anak kazen my hubby

Saya minum teh o ais ajer.Dah la cair gila.mamak tengok menangis ni.RM7.

Concorde Inn Kuala Lumpur International Airport
Jalan KLIA 1/60, KLIA, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel:  +603-8783 3118     Fax: +603-8783 1211


Sempat beli fridge magnet kat situ.Tapi mahal btol la seketul.RM 12.90.Yang saya beli kat situ yang Muzium Negara tu.Yang lain-lain tu saya dapat minggu lepas.Sarawak dari Azhar,masa konvo my nuha tu ngecek MBSB yang buka booth kat situ dan satu lagi Cherating lupa nak tayang hari tu.


 Koleksi terkini fm setakat 29/10/2013

Monday, October 28, 2013

Tarian Barakallah @ Konvokesyen ke 19 TTAUiTM, Shah Alam

Sabtu lepas, my hubby amik cuti sebab nak sama-sama melihat persembahan my Nuha untuk Konvokesyen ke 19, TTAUiTM, Shah Alam yang bertempat di Dewan OIA, Bangunan Inovasi UiTM.Tak sangka my Nuha terpilih untuk buat persembahan. Ingatkan semua budak 5 tahun terlibat tapi hanya yang mengambil persembahan ajer rupanya. My Nuha punya konvokesyen ke 20 lah tahun depan kiranya :) Tahun ni amik aura dulu naik pentas.


Jom tengok My Nuha menari tarian Barakallah. Tapi yang paling kelakar dia cakap Ummi kita ada satu rahsia tau tapi jangan cakap siapa-siapa kecuali Auntie Ad. Cikgu suruh semua orang tengok Aimi macam mana nak menari. Kiranya tu taktik cikgu la kot supaya semua tak lari step. hehehe.Alamak ni rahsia, jangan cakap kat my Nuha yer.Tapi masa mula-mula memang diorang duk follow Aimi yang depan my Nuha tu, last-last baru tak.Bila tengok persembahan ni tak sangka, cepatnya masa berlalu. Dah besar anak dara saya yang sorang ni .




Bagi yang tak dapat tengok video layan gambar-gambar kami kat bawah ni jer lah yer :)



My Nuha kat tengah belakang tu. Aimi kat depan dia tu.


Close up sket...


Sebelum persembahan


Sebelum kena make up dengan cikgu dia. Suka sangat la dia kena make up.

 Me and my Nayla. Bevahe jer hari tu even kena paksa bangun mandi dan tengok persembahan kakak.

 Masa ni dengar persembahan 6 tahun nyanyi lagu Tegar tu. Suka sangat dia .

 My Nuha bergambar dengan cikgu-cikgu dia. Menyibuk ajer kat situ :p

 Jubah yang kitorang tawaf satu bandar Dungun mencarinya . Punyalah susah nak cari.Last-last terjumpa kat kedai area Paka ajer. Yang ni dah dialter oleh makcik my hubby kemudiannya sebab labuh.RM60 sehelai ni. Mahal btol jubah kanak-kanak ni yer.

 Anak-anak korang ada buat persembahan di tadika??


Transform your life in only 5 mins. Enjoy improved health, heightened intimacy and a new you! #MyVibrance



Friday, October 25, 2013

Kos pembinaan rumah di Terengganu masih murah ?

Sebelum tu, Selamat Pengantin Baru kepada kakak ipar saya yang telah selamat diijabkabulkan malam tadi. Tak dapat balik sebab cuti hubby dah tinggal sket.Balik Terengganu hari raya haji hari tu sedih jugak sebab tak dapat tidur kat rumah my ma dan abah sebab diorang tengah renovate rumah menggunakan pinjaman felda.Jumlah pinjaman dalam 40K tapi sekali dengan interest bagai maka kos tu dalam 30K lebih dan diorang tambah lagi finishing seperti mozek dan syiling dengan duit sendiri . So jumlah keseluruhan dianggarkan hampir 50K untuk 3 bilik dan 1 bilik air.Kontraktor ni diappoint oleh pihak Felda. Kira masih murah jugak kan ?Lebih kurang saiz rumah saya sekarang yang mana saya beli RM175K dulu yang sekarang sudah dijual pada harga 340K++ { boleh tengok kat sini } .


Jom lah tengok rumah ma dan ayah saya dalam pembinaan yang dianggarkan siap sepenuhnya sebulan lagi, Insya Allah.

My Nayla tengah posing kat bahagian dapur. Sket ajer ruang untuk my Ma dan Abah berteduh sementara tunggu rumah ni siap sepenuhnya.

Dari pandangan hadapan.Memang kecil sedikit dari saiz asal rumah saya.


Masuk belah dalam pulak. Syiling baru sudah dipasang masa minggu saya balik tu.


2 bilik di bahagian kanan rumah.

Ni bilik tidur satu lagi.

Ni bilik air. Ehem ehem, yang ni ada share.hahahaha

Long, boleh dah siap-siap beli riben nak potong perasmian bilik mandi kita bulan depan..hahaha


Ni lokasi ruang tamu. 


Semoga rumah my ma dan Abah cepat-cepat siap. Tahun depan nak buat akikah my Nayla yang terpaksa ditangguh disebabkan proses pembinaan yang lambat dimulakan sebab proses kelulusan pinjaman yang senang cerita karenah birokrasi. Tapi tahun depan ada anak buah baru, so sekali akikah dia jugak dan kenduri naik rumah :) Semoga berjalan lancar proses pembinaan rumah ni.

Diakhiri dengan bubur lambuk kasih sayang oleh my Ma untuk tatapan abang-abang dan adik yang tidak pulang beraya. 

Ni buah perah. Korang pernah makan tak ? Rasa dia macam kacang rebus atau biji cempedak gitu. Kena rebus dulu baru boleh makan.
 
Jom buat koleksi tupperware : [ klik sini]
Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

Wednesday, October 23, 2013

Warung Aziz Satar @ Kuala Kemaman, Terengganu

Hari ni JJCM @ elissmie kita makan lite-lite ajer yer. Kali ni makan kat Warung Aziz Satar yang terletak di Kuala Kemaman, Terengganu. Masuk simpang sebelum Masjid Geliga dan perhentian bas kemaman tu lepas tu jumpa simpang , amik kiri. Kedai ni terletak disebelah kanan. Kedai ni bukan kedai pelakon veteran tu yer. Tak tahu la Aziz ni bin Satar atau sempena dia jual satar kat kedai dia.


 Harus tayang muka mak yang kembang setaman ni. Ok salahkan ubat darah tinggi sebab effect dia boleh buat kaki dan muka kembang macam ni.hahaha. My Nayla pun dah tak sabar nak merasa laksa tu.
Saya pekena laksa kuah putih tapi tak berapa umphh. Saya buat sendiri lagi best . Berlagak.hahaha

 Sotong celup tepung bukan cekodok sotong yang biasa kelihatan di restoren sekitar KL dan selangor .
Yang ni lazat sungguh. Nanges tengok.Terliur lagi :(
RM 10

Hubby makan mee calong . Mee ni kuah dia sup tapi mee tadi di celur sebentar dalam air panas.RM4

 Hubby duk pekena sotong celup tepung. Kat warung ni pun ada jual nasi putih dan lauk kampung. 
Ikan bakar pun ada.

 Yang ni kami tapau makan kat rumah mentua. Satar, otak-otak dan pulut lepa (pulut panggang).


Korang suka makan satar dan otak- otak terengganu ?



Tuesday, October 22, 2013

Pantai Teluk Cempedak dan koleksi fridge magnet dari pahang dan Jepun

Hari ni entry mengimbau nostalgia. Masa praktikal sem akhir diploma di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, boleh kata setiap hari jumaat kitorang lepak kat Pantai Teluk Cempedak . Dekat jer pun masa tu dari ofiz tapi sekarang ofiz tu dah pindah Bandar Indera Mahkota. Kitorang datang pantai ni lepas check in kat Hotel Seri Malaysia untuk lunch.


Ni saya 10 tahun lepas di Pantai Teluk Cempedak.Nostalgianya :)


Pantai yang tenang.Masih tidak berubah.


Lepas lunch, makan aiskrim kat situ :p
 Gambar saya amik tadi kat belakang tuh la..
Tak berani nak amik gambar kat situ sebab hutan dan my Nayla kan kecik lagi :p

 My Nuha seronok dapat main buai dengan angin pantai sepoi-sepoi bahasa tu..

 Tak sangka datang sini balik dengan anak-anak dan boyfriend yang kini dah selamat menjadi suami ..

 Ironinya, saya pakai baju kurung hari tu dan 10 tahun lepas jugak masa bergambar di sini :p

With my Nayla

 Sempat bergambar dengan jeep classic ni :)

Korang pernah sampai Pantai Teluk Cempedak ? 

p/s:
my nuha cakap macam nama makanan kan tempat ni :p

Tujuan asal kesini sebenarnya nak beli fridge magnet sebab tak banyak pilihan di Cherating sebelum tu. Jom tengok koleksi FM yang saya beli untuk koleksi peribadi. 

Koleksi terkini setakat 22/ 10/ 2013 :)


Ni FM yang paling saya suka sebab sekali dengan bottle opener tu. FM Kuantan.

 Yang ni beli di Kuala Kemaman. Batu Bersurat Terengganu. 

Teluk Chempedak dan Pulau Tioman ni beli di Pantai Teluk Chempedak. 

 Ni pulak FM dari Jepun dari mantan boz dulu, Faidah . Terima kasih ida :)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)