Friday, November 30, 2012

Pulut Durian Musang King dan anak sepupu made in Japan

Hari -hari lalu gerai durian, sampai bau durian pun boleh masuk dalam kereta. Bila tengok entry Kak Yanmie pasal Pulut Durian hari tu, terus rasa teringin nak makan. Pengaruh rakan blogger betul namanya ni . Pantang orang up entry pasal makanan, terus teringin nak makan. 


Pastu cakap la dengan hubby, minta dia belikan durian sebiji sebab teringin sangat nak makan pulut durian. Tapi dia buat dek jer. Hampagas btol.Yer la, dia memang tak suka makan pulut durian kan.Sekali balik rumah esoknya, semerbak bau durian. Rupanya dia belikan durian Musang King lagi Angkut dari ofiz dia kat Langat pulak , terharu mak :)


So malam tadi,merasalah makan pulut durian. [ Resepi boleh klik sini]. 
Sorang-sorang ajer makan, puas hati.Lepas tu nuha pulak mintak sket :p Dia pun hantu pulut .


Untuk mengelakkan panas badan, jangan lupa minum air dari kulit durian yer . Alhamdulillah, malam tadi dapat tidur lena walaupun makan durian 6 ulas. hahaha

Korang pernah ke makan pulut durian ?


Muhammad Yazid Yuuki - Anak sepupu baru 
D.O.B 21 11 2012 @ Hospital Kawagoe-shi, Saitama, Japan
Tahniah Mie & Yati , dah lengkap sepasang :)


 Pemanggang ajaib untuk dimiliki dan katalog tupperware terbaru sudah keluar , klik sini laju-laju untuk pembelian dengan harga ISTIMEWA [ klik sini]
Kereta comot sebab musim hujan ? Terjah Tip Top Auto Spa Seksyen 7 sekarang . [ klik sini]
Baju kurung dan kain pasang pelbagai pilihan, terjah Cotton-Purple. [ klik sini]


Thursday, November 29, 2012

Indian Cuisine Buffet Lunch @ Intekma Resort & Convention Centre

Hari ni edisi JJCM @ elissmie bawak korang makan buffet lunch pulak. Sebenarnya kitorang kesini sebab nak raikan Kak Ray yang telah pun bersara pada Selasa lepas dengan ucapan Hai Kak Ray, buat apa kat rumah tu ? Tak boring ker? hahaha 


Kebetulan sekarang tengah ada promosi @ Pendeta Coffe House, Intekma Resort & Convention Centre dan hari jumaat pulak ada  diskaun 15% untuk ladies, so apa lagi, kitorang terjah la kesini. 


PEMBUKA SELERA

3 JENIS SAMBAL MELAYU,ROJAK BUAH,2 JENIS ACAR, 2 JENIS KERABU,SALAD MAKANAN LAUT,SALAD CENDAWAN CAMPUR,KERABU CRAB STICK,KERABU KERANG,MIX GARDEN SAQLAD,4 JENIS DRESSING,JERUK-JERUK MALAYSIA,KEROPOK & PEPADOM
 

HIDANGAN UTAMA

NASI BUKHARA
AYAM KADAL
PARU GORENG DAUN KARI
MUTTON MADRAS
IKAN KARI BENDI
KETAM  SAMBAL DAUN KARI
PERIA GORENG TELUR
BAYAM GORENG
 
PENCUCI MULUT

INDIAN DESSERT,ASSORTED FRENCH PASTRIES,2 JENIS KEK PILIHAN,MIX TARTLET,ASSORTED MOUSSE CAKE,PIE CAMPURAN,BUAH-BUAHAN SEGAR,TIT BIT,COOKIES,1 JENIS BUBUR/PENGAT,SAGOO GULA MELAKA,PAYASAM

Jom la layan gambar makanan. Kualiti gambar tidak memuaskan sebab pencahayaan kurang dalam kafe tu [ padahal pakai kamera hp cap ayam :p ] 


Yang diraikan Kak Ray yang telah berkhidmat dengan UiTM selama 30 tahun lebih. Hebat !!

 Saya @ 28 Weeks dengan Kak Ray

 

Motif sudu garfu :p 


Kambing golek tapi dah siap golek :p 

ROASTED LAMB TANDOORI 

 


NASI BUKHARA

 AYAM KADAL


MUTTON MADRAS


KETAM  SAMBAL DAUN KARI

 Antara yang sempat saya jamah kat bawah ni jer . Jamah jer bukan makan..hehehe


Dessert - kek jer pun :p




Nasi Beriani, ketam dan daging . Sayur dan ulam tidak ketinggalan.


Cendol

 Ni kambing golek tadi. 2 slices jer dia letak :p


Boleh pilih makan belah dalam

Atau hirup angin luar kat sini

INTEKMA Resort & Convention Centre 
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia 
Tel: +603 5522 5000 Fax: +603 5522 5004
More info : Website
FB : Link 


Korang suka tak makan Indian Cuisine ?
 
 
p/s:

Rasa macam rugi jugak buffet lunch ni sebab tak dapat makan banyak-banyak :p lagipun sekarang ni, makan pedas-pedas sket rasa panas dengan tekak, tak tahu la pasal apa. Haish..
 

Wednesday, November 28, 2012

Penghantaran Yakult ke rumah secara percuma ?

Bukan percuma Yakult. Yakult tu kena beli sendiri lah tapi diorang hantar tu secara percuma setiap minggu ke rumah korang tanpa jemu. Tapi tiada paksaan pun nak beli ke tak. Rumah saya adalah salah satu kawasan yang ada penghantaran yakult secara percuma ni. So, setiap minggu memang beli la kecuali tiada kat rumah atau stok tak habis lagi. Kalau korang nak tahu, hospital rangkaian KPJ pun bagi Yakult ni untuk sajian pesakit diorang. [boleh baca sini]



Kitorang selalu beli Yakult Ace Light ni. RM4.50

Yakult ni memang bagus  untuk yang ada masalah penghadaman.Nak- nak bagi perempuan mengandung ni macam saya ni kan, memang selalu ada masalah sembelit ni.

Can pregnant women consume Yakult?

Pregnant women can consume Yakult as part of a normal balanced diet. One of the main functions of Yakult is to help prevent constipation. Pregnant women often suffer from constipation, so taking Yakult may help. [ Boleh rujuk FAQ kat sini]

Manfaat Yakult [ kredit kak ina ]

Manfaat Yakult adalah terletak pada bakterianya yang mampu hidup sampai usus kita kerana itu bakteria ini dapat memberikan manfaat seperti:

 1. Mencegah gangguan pencernaan
2. Meningkatkan daya tahan tubuh
3. Meningkatkan jumlah bakteria berguna dalam usus
 4. Mengurangkan racun dalam usus
5. Menyekat jumlah bakteria yang merugikan dalam usus.



 Kawasan rumah korang ada ke penghantaran yakult ke rumah macam ni?Korang suka tak minum yakult?

Kalau korang nak jugak penghantaran percuma ke rumah / nak jadi wanita yakult , boleh isi borang kat sini.
Maklumat lanjut : http://www.yakult.com.my

Tuesday, November 27, 2012

Hubby mengidam durian crepe, saya mengidam pavlova dan Pai Tee

Orang lain yang mengandung, orang lain yang mengidam . Layankan jer la dia yer. Bagi hubby peluang nak mengidam jugak. Mesti dia baca entry Eyriqazz pasal Durian Crepe ni Durian Crepe Gebu dan Sedap. Semalam cakap kat saya suh order durian crepe dengan Irma. Hari ni, saya masuk jer blog irma, sekali terpandang entry baru Tempahan Durian Crepe Sudah Dibuka. Memang fenomena jugak Durian Crepe skang ni kan. Tak pasti la irma guna resepi apa, adakah guna resepi 5 jenis tepung ?




Buat semua penggemar durian. Tempahan sudah dibuka.Pengambilan hari SELASA 27 Nov 2012 bermula pukul 3 petang hingga 10 malam atau JUMAAT 30 Nov 2012 pukul 12 tengahari hingga 10 malam.[ korang nak order, klik sini] Sedihnya, ingat nak amik hari Sabtu ni tapi cuma sampai jumaat sahaja bukanya.




Pavlova yang saya menang hari tu pun, dan irma janji nak buatkan 2 layer tu, tak terambil-ambil lagi ni. Dah terliur sangat dah ni. Minggu depan family day ofiz pulak kat Bukit Merah Laketown Resort ! Bila la nak merasa pavlova free ni asyik tertunda-tunda ajer :( Pandangan Peribadi Pavlova Irma boleh baca kat sini.



Dan Pai Tee, yang ni saya makan 2 minggu lepas dengan mantan boz Ida , di TCRS Tesco Shah Alam. Rasa nak makan lagi :p

Korang rasa nak mengidam sama ker ? hahahaha. lariksss..



Monday, November 26, 2012

Dah boleh shopping barangan untuk baby ke?

Dulu tak perasan pulak bila saya mula beli barangan untuk baby. Tapi rasanya saya beli masa kandungan dah 7 bulan keatas.Ni dah 7 bulan lebih sket, jantina baby pun dah tahu , so senanglah sket nak shopping kan. Since, baju kakaknya ada dalam satu  storage box besar yang masa lahir dulu [ bila masa la saya beli banyak-banyak ni dulu , hahaha :p ]so saya tak gelabah sangat lah.


Ok , kita tengok dulu baju yang ada. Yang mana boleh guna lagi kita amik, yang mana dah kusam sangat kita ketepikan. Tapi ada sesetengah baju ada macam bintik kuning-kuning gitu. Mungkin sebab lama sangat dalam storage box tu. Petang nanti nak try beli klorox, kot-kot boleh tanggal. Sebab baju semua elok lagi. Kalau boleh tanggal, jimat lagi kat situ. hahaha. Kedek sangat ! ;p



Baju sebelum dipilih untuk dibasuh.


Cuaca petang semalam memang panas betul, cepat ajer kering baju- baju ni. 
Abaikan toyol comel kat tepi tu, sempat lagi dia berdiri kat tengah panas tu :p


Semalam, my Nuha yang paling sibuk pilih sama baju baby :) Siap jumpa headband dia, dan cakap muat, sampai ke malam dia duk pakai . Masa baby dulu asyik tanggalkan :p Dah besar kemaruk pulak.hahaha. Makin tak sabar nak beranak , bila tengok baju-baju kecik-kecik dan sarung tangan dan kaki yang comel-comel ni..alahai..


Korang rasa, bila waktu yang sesuai untuk shopping barangan baby ikut pengalaman korang?


Checklist barangan baby apa yang perlu untuk beli, boleh rujuk sini dan print [ klik sini ]



Friday, November 23, 2012

Pernah ke naik Menara Taming Sari, Melaka ?

Tak habis lagi rupanya pasal Melaka. Maklumlah, bukan selalu dapat pergi Melaka kan. So, nak abadikan jugak la kenangan yang ada di Melaka. Masa sekolah dulu, pernah jugak datang Melaka, banyak gak tempat pergi melawat tapi haram, satu gambar pun tak amik. Sabar jer la. Kalau ada pun, kamera cikgu saya kot. 


Hari tu, kami menumpang kereta boz kami pusing-pusing cari makan kat Melaka tapi masa tu dah lewat sangat dah. Banyak kedai makan dah tutup. Tak happening langsung la [ Jangan marah orang Melaka :p ] . Nak pergi jauh-jauh, bukan saya yang drive kan. Masa pusing-pusing ternampak lah Menara Taming Sari. Boz kitorang dropkan kat situ, dia ingat kita nak naik. Tapi kitorang pergi beli FM ajer kat situ.Tapi sempat la amik gambar .



Ini kaunter untuk beli tiket masuk. 


Saya tengok sekejap ajer dah turun . Rupanya cuma 7 minit bila baca spek kat bawah ni.


Spesifikasi Menara Taming Sari ,Melaka
Tower Name Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)
Cost RM 24 million together with support building (Melaka house)
Height 110 meter
Passenger Capacity 66 passengers
Technology Switzerland
Ride Duration 7 Minutes
Operation Hour 10.00 am to 10.00 pm – Daily


 Ni harga tiket masa saya pergi hari tu.

 RM 15.00 ( Dewasa) per ride
RM 10.00 ( Kanak - kanak ) per ride





Apa yang korang boleh nampak bila naik tower ni ? Sebab saya tak naik kan, sebab rasa rugi tengah malam :p So kita amik dari website diorang jer la apa yang boleh nampak bila naik menara ni.

Saksikanlah panorama Indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Menara Taming Sari. Anda pastinya akan teruja melihat keindagan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul,Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka. Disamping itu, anda bepeluang melihat kepesatan pembangunan di negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia.

Kalau korang rasa nak pusing-pusing amik angin malam kat sekitar bandar Melaka tu, boleh jugak cuba naik beca ni. RM20 satu beca.Dia offer kat saya, kak, naik beca boleh dengar lagu, amik gambar,boleh berhenti tempat menarik amik gambar. Kalau naik dua orang jimat sket kan, boleh share. Yang ni pun tak naik, amik gambar jer la, tu pun dari jauh . Orang cakap, nak amik gambar dengan beca pun kena bayar. Kedek btol. hahaha

Korang pernah ke naik Menara Taming Sari, Melaka ni ?


Menara Taming Sari,

Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka, Malaysia.
Tel  : 06-2881100
         06-2813366
Fax : 06-2881551


 Pemanggang ajaib untuk dimiliki dan katalog tupperware terbaru sudah keluar , klik sini laju-laju untuk pembelian dengan harga ISTIMEWA [ klik sini]
Kereta comot sebab musim hujan ? Terjah Tip Top Auto Spa Seksyen 7 sekarang . [ klik sini]
Baju kurung dan kain pasang pelbagai pilihan, terjah Cotton-Purple. [ klik sini]

Thursday, November 22, 2012

Update tentang kebun mini dan Fridge Magnet dari Korea

Korang masih ingat pasal kebun miniku yang menjadi realiti kat tepi rumah tu ? [ boleh baca balik kat entry ni- klik sini] . Setelah hampir 9 bulan gitu , jom la kita tengok apa yang dah terjadi pada tanaman tepi rumah ku itu. Dah berapa bulan dah tak jenguk sebab cuaca skang kan bagus, asyik hujan ajer. Tak perlu siram sangat dah. Weekend hari tu, hubby ada sedikit kerajinan dia pi cabut rumput dan buang siput ba*bi yang sedang bermaharajalela kat kebun miniku itu.


Bawah ni gambar yang hubby baru email . Dia ada kat rumah, sebab sakit mata. 2 hari dah kat rumah . Harap- harap saya dan my nuha tidak terjangkit sama. Tapi syok jugak, kalau dapat pergi tengok wayang macam awal tahun hari tu gara-gara sakit mata jugak , hahaha.


 Sebelum - baca entry ni

Selepas , hubby amik dari tingkap bilik kedua ajer :p

Tengok, kemain subur pandan dan pokok kari saya berbanding mula-mula tanam dulu . Pokok kari tu tak pernah pun petik sebab malas nak keluar , sebab bermacam-macam mangga dan kunci hubby taruk kat pintu dapur :p Pandan pun sama, guna yang depan rumah ajer dah la depan rumah tu macam tak membesar pun sebab duk tengah panas :p

Lupa nak suh hubby snap gambar pokok ceri buah saya depan pagar rumah tu. Dah la sekarang tengah berbuah. Dah sama tinggi dengan saya la. Lepas ni, redup laa depan rumah tu. Sukanya :) Tu jer la update terkini pasal kebun mini saya. Projek cili dan daun sop tu tak berjaya, dan sekarang pasu-pasu tu terbengkalai jer depan rumah. Macam nak tanam kangkung, orang kata tu paling senang nak hidup :p Tengok la kalau rajin, kalau malas saya beli ajer kangkung kat kedai runcit tepi tu. hahaha


Korang dah ada ke kebun mini kat rumah ?
 Pasar mini tak aci yer :)



Koleksi FM terbaru dari Korea. Terima kasih mantan boz ku, Ida dan of coz hubby dia la, sebab hubby dia yang outstation ke Korea. Syoknya...An nyoung ha seh yo!! hahaha


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)