Tuesday, July 12, 2011

Percutian ke Port Dickson @ Tiara Beach Resort

Walaupun ini kira stok entry-entry basi, aku tak kira lah, janji dapat update pasal percutian kami yang secara tiba-tiba bulan lepas. Amik, sebulan baru nak update.hahahaha.

Seminggu sebelum tu,kitorang lepak umah Long aku , then dia cakap kat kitorang jom pergi PD main air. Dia berdua boleh jer nak pergi tapi konsep yang di apply disini "The More The Merrier" so kami bersetuju join diorang. Dah la duit baru nak ada (gaji) minggu nak pergi tu kan. Kira jadi terus lah.Seharian jugak kitorang duk meng"gugel" dan men"call" hotel tapi banyak dah fully booked.


Bila datang ofiz tanya Niza, dia cakap dia sewa dengan private owner Tiara Beach Resort search kat dalam Mudah.Com. , terus aku search dan buat pembayaran deposit jam-jam tu jugak.Excited bebenor namanya tu yer kawan-kawan yang dirahmati Allah sekalian.

Mari lah layan gambar yang ada dalam simpanan aku, mintak ngan Long secoet ajer dibaginya :p

Bilik yang kami sewa adalah studio apartment. Macam ni la sebijik. Ni aku cilok dari mudah.com
Deposit RM50 -  2D1N RM 130 (Weekend)

Wristband - RM30 seorang dewasa untuk petang (Day 1)  dan pagi (Day 2)
My nuha just RM12

Kemudahan yang disediakan :-

2 super single beds + toto+ aircond,kipas+water heater + kettle + TV + mini fridge + basic furniture

Meh tengok bilik setelah dilanyak :p

My nuha tengah menyelongkar apa ntah kat almari tu . Ni rumah siapa dia tanya :p

My love my life my angels...

My Nuha, hubby n me...

Long n Kak Long..Kat almari bawah tu ada mini fridge.


Apa lagi, jom main air..

 Belikan my Nuha pistol air masa hari pertama...

Nak belajar berenang kononnya, haram tak pandai-pandai..buat penat ajer my hubby duk mengajar :p Kena stay lama lagi kot baru pandai...hahahaha.Seronok jugak main air ni. My Nuha lagi la, sampai2 ajer TBR terus ajak main air..kitorang bantai rehat dulu sejam baru turun main air..

Ni kolam dewasa .Kalo nak mandi sini kena pakai swimsuit. My hubby mandi kat sini maklumlah dia kan pandai berenang..


close up kolam renang dewasa..


Stok-stok tak reti berenang, mandi kat sini pulak...Layan ajer lah...Kat situ ada jugak bahagian kanak-kanak, sekejap ajer main kat situ, ada slide dan buai dalam air. Gelungsur besar tu aku tak berani nak try takut lemas..hahahaha


Celup-celup kaki dulu....warm up :p

terjun..hahahaha..

Long aku yang penat melayan nuha sementara aku berenang, eh, berendam...hahahaha


My nuha dengan Long aku..


Ni hari kedua, masa ni dah beli pelampung untuk my Nuha. Aman sket nak berenang, eh, berendam ;p
Kat situ tak der pulak orang jual pelampung.Kitorang beli kat luar. Kesian my nuha, terliur tengok pelampung orang masa first day tu..


Konon nak buat skill baring atas air laa..harammm tak terapung :p
 
p/s: 

Outfit aku hari pertama dan kedua baju sama ajer :p

Korang kalo pergi Port Dickson, suka stay hotel mana ? Makan kat mana?

Tengah hari kami makan disini -   Gerai makan cowboy , mesti cuba punya !!

12 Comments:

  1. haih.. berjalan ajer!!! jeles sungguh!!!

    ReplyDelete
  2. hehe..siap mention lg outfit sama tu..hehe..memang best kan TBR sebab kolam dia meriahh

    ReplyDelete
  3. kat Tiara ni ok juga..cuma jauh dari laut je kan..so leh mandi pool sajok

    ReplyDelete
  4. patutnya umi ada kursus minggu ni kat sana tapi tak dapat pergi...lain kali wajib pergi ni...

    ReplyDelete
  5. cadangan : patut didalamkan lagi kolam dewasa, baru syok nak "sommersault berputar" hiahhhh...chiaki attackkkk!!!

    luas dah OK sebab bleh penat gak berenang ulang alik 2 kali ikut kepanjangan kolam tu.

    ReplyDelete
  6. adoi sodapnyo.cuti2 mesia...bila plak buleh pg PD...ko igt tak aku pg taim dok uitm dungun dedulu..ngn niza n siti..tp mase tu kami dok Glory Beach...

    ReplyDelete
  7. mcm syok pulak aku tengok.
    haihh..lmbt lagi la dpt pi mkn angin neh

    ReplyDelete
  8. ada no contact app tu tak?

    ReplyDelete
  9. salam sis..done follow...
    bila2 free follow saya ye www.norhafizahmahazir.com :)

    ReplyDelete
  10. Salam sis.

    ada x number contact apartment tuh?
    emel: bella_gurl91@yahoo.com

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)