Thursday, January 09, 2014

Yazid Supersized Burger @ Seksyen 7, Shah Alam

Hari ni JJCM @ elissmie.com bawa makan burger. Nak tak ? Ada ker orang suka makan burger kat sini ? Tapi tak elok sangat kalau makan selalu kan. Sekali sekala boleh la. Kali ini lokasi JJCM adalah di Yazid Burger @ Seksyen 7 Shah Alam. Dalam food court Seksyen 7 betul-betul belakang .Sama tempat lah dengan D'Arab Cafe yang menyajikan pelbagai pilihan nasi Arab tu. 
 Harga untuk saiz 1kg - RM40 Harga untuk saiz 500g - RM20 Harga untuk saiz 250g - RM10 .Tengok depan cashier tu ada contoh saiz burger. So pilihlah yang mana berkenan dan larat nak habiskan.  So kami pilih yang 500g untuk kongsi bertiga. Total burst RM20.
 Kami tapau jer. So sementara menunggu burger siap amik gambar dulu. Tuan belog harus enterframe kan. 
 Ni lah burger dari pandangan atas. Siap dibungkus dalam kotak kek lagi. 
Yang ni basic jer la. Tak tambah apa-apa. Tapi dah cukup rasa dah. Patty dia pun berjus ajer. Lepas ni boleh la cuba lagi. Hubby boleh habiskan separuh. My Nuha suku jer. Yang selebihnya saya makan. Kalau lapar tahap kebulur mau habis satu biji ni.hehehe 


Korang dah pernah makan Yazid Supersized Burger ni ? 



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)