Friday, November 23, 2012

Pernah ke naik Menara Taming Sari, Melaka ?

Tak habis lagi rupanya pasal Melaka. Maklumlah, bukan selalu dapat pergi Melaka kan. So, nak abadikan jugak la kenangan yang ada di Melaka. Masa sekolah dulu, pernah jugak datang Melaka, banyak gak tempat pergi melawat tapi haram, satu gambar pun tak amik. Sabar jer la. Kalau ada pun, kamera cikgu saya kot. 


Hari tu, kami menumpang kereta boz kami pusing-pusing cari makan kat Melaka tapi masa tu dah lewat sangat dah. Banyak kedai makan dah tutup. Tak happening langsung la [ Jangan marah orang Melaka :p ] . Nak pergi jauh-jauh, bukan saya yang drive kan. Masa pusing-pusing ternampak lah Menara Taming Sari. Boz kitorang dropkan kat situ, dia ingat kita nak naik. Tapi kitorang pergi beli FM ajer kat situ.Tapi sempat la amik gambar .



Ini kaunter untuk beli tiket masuk. 


Saya tengok sekejap ajer dah turun . Rupanya cuma 7 minit bila baca spek kat bawah ni.


Spesifikasi Menara Taming Sari ,Melaka
Tower Name Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)
Cost RM 24 million together with support building (Melaka house)
Height 110 meter
Passenger Capacity 66 passengers
Technology Switzerland
Ride Duration 7 Minutes
Operation Hour 10.00 am to 10.00 pm – Daily


 Ni harga tiket masa saya pergi hari tu.

 RM 15.00 ( Dewasa) per ride
RM 10.00 ( Kanak - kanak ) per ride





Apa yang korang boleh nampak bila naik tower ni ? Sebab saya tak naik kan, sebab rasa rugi tengah malam :p So kita amik dari website diorang jer la apa yang boleh nampak bila naik menara ni.

Saksikanlah panorama Indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Menara Taming Sari. Anda pastinya akan teruja melihat keindagan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul,Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka. Disamping itu, anda bepeluang melihat kepesatan pembangunan di negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia.

Kalau korang rasa nak pusing-pusing amik angin malam kat sekitar bandar Melaka tu, boleh jugak cuba naik beca ni. RM20 satu beca.Dia offer kat saya, kak, naik beca boleh dengar lagu, amik gambar,boleh berhenti tempat menarik amik gambar. Kalau naik dua orang jimat sket kan, boleh share. Yang ni pun tak naik, amik gambar jer la, tu pun dari jauh . Orang cakap, nak amik gambar dengan beca pun kena bayar. Kedek btol. hahaha

Korang pernah ke naik Menara Taming Sari, Melaka ni ?


Menara Taming Sari,

Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka, Malaysia.
Tel  : 06-2881100
         06-2813366
Fax : 06-2881551


 Pemanggang ajaib untuk dimiliki dan katalog tupperware terbaru sudah keluar , klik sini laju-laju untuk pembelian dengan harga ISTIMEWA [ klik sini]
Kereta comot sebab musim hujan ? Terjah Tip Top Auto Spa Seksyen 7 sekarang . [ klik sini]
Baju kurung dan kain pasang pelbagai pilihan, terjah Cotton-Purple. [ klik sini]

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)