Monday, November 19, 2012

Pertama Kali ke Setia City Mall , Setia Alam

Last week, kali pertama jejak kaki ke Setia Alam City Mall, Setia Alam. Bawa anak-anak buah my hubby window shopping ajer. Dah warning mereka awal-awal, barangan kat situ semua branded sebab malam sebelum tu bawa diorang ke Uptown Shah Alam, so kalau rasa nak beli baju, beli kat situ siap-siap. 



Dari rumah saya tak sampai setengah jam, tak perlu masuk keluar tol pulak tu. Kalau poket tebal, mau rabak shopping kat sini ajer. Ada beberapa tempat ajer sempat kitorang terjah dalam tu sebab sampai pun dah dekat-dekat pukul 4 sebab my Nuha boleh pulak tertidur sebelum kitorang keluar tu.


Kitorang pergi hari Khamis, punyalah ramai manusia hari tu maklumlah cuti awal muharam kan. Bila nak masuk parking, tengok parking yang available semua floor adalah 0. Canggih sistem parking diorang ni sebab boleh tengok dekat board sebelum masuk dan dalam tempat parking tu pun ada board untuk tengok berapa parking yang available.Tahu memang parking penuh kan sebelum masuk , so tunggu jer la mana-mana kereta nak keluar kan. Banyak level pulak tu.Akhirnya, setelah naik sampai ke level P4, dapat jugak parking :) Phewww...Kitorang hari tu, sebab masuk tak sampai 3 jam, so free jer la parking nya.Yang best tu, siapa ada green car (hybrid) , siap ada parking khas..jelez . Nak beli tak mampu lagi.


Parking rates Weekdays      Weekends
First 3 hours                  FREE      RM 2.00
Subsequent Hour(s) RM 1.00       RM 1.00
Lost Tickets RM 25.00

Motorcycle Rates

RM 1.00


Ada berapa kedai jer sempat kitorang terjah dalam tu. Pertama yang kitorang masuk adalah Daiso.Memang tak sempat snap gambar, yang ada ni semua google ajer :p Ingatkan semua barangan berharga RM5 tapi ada jugak harga lain rupanya. Tapi bermula dari RM5 la yang saya sempat tengok. Tapi tak amik apa-apa pun, sebab tengok panjangnya line nak membayar tu, tak kuasa mak :p Lenkali boleh terjah lagi.


Lokasi :Daiso Japan,  LGMM01 , Setia City Mall 

Lepas tu masuk Parkson , sebab anak buah nak beli baju. Sekali semua pun mahal-mahal even ada sales kan. Sudahnya tak membeli apa pun dalam tu, memang window shopping habis-habisan. So, tinggalkan anak buah berdua tu jalan-jalan sendiri.

Lokasi : Parkson, UG-DS01, L1-DS02 , Setia City Mall

Check it out! #Windows8

Kitorang pergi tempat favourite my hubby pulak. Mana lagi kalau bukan book store :p Kat situ ada MPH. My nuha sempat jugak pow Abah dia dengan buku mewarna BoboiBoy. Mana-mana pergi, mesti ada habuan untuk dia.

Lokasi : MPH, LG-41, Setia City Mall
Malaysia
10.00 am - 10.00 pm

Lepas tu , my Nuha lapar pulak . Tengok ada Mc'D pulak sebelah MPH tu, terus belikan dia nugget sebelum kitorang keluar pi food court kat Tesco makan tengah hari di waktu petang. hahaha. Save budget sket :p Sebenarnya ada banyak jugak pilihan tempat makan kat situ , boleh tengok kat sini.

Hari tu dapat flier pasal Setia City Mall, dalam tu terselit Durian Pancake or Durian Crepe yang tengah menjadi kegilaan ramai balik :p Yang boleh didapati kat Sweet Chat, tak silap RM8.90. Kot ada yang mengidam kan. Biasa makan yang Cik Noor belikan kat The Garden, MV jer dulu :p Yang ni tak tahu la sedap ker tidak :p

Lokasi :Sweet Chat,  L2-06

 Korang dah pernah sampai Setia City Mall? 


Website: Setia City Mall Website
Facebook :
http://www.facebook.com/setiacitymall

Address:
No. 7, Persiaran Setia Dagang
Bandar Setia Alam
Seksyen U13, 40170 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Business Hours: 10.00am - 10.00pm




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)