Friday, March 02, 2012

5 Stok Makanan Di Rumah Dari Terengganu....

Entry ini adalah mendapat inspirasi ketika sedang bercuti sakit beberapa hari yang lalu.Seronok jugak kalau dapat berblogging dari dapur hari-hari ni :) Ini adalah menonton drama korea sambil menggoreng keropok dan menyediakan makanan tengah hari.

*Awas, aksi ini berbahaya untuk ditiru , hanya pakar dan terlatih sahaja mampu melakukannya :p



Ini untuk menonton drama

Ini kuali sedang menggoreng keropok

Ini makanan tengah hari me hari itu kononnya Atkins Diet lah sangat :p 
Marah adik Tak Nak Gemuk :p

Jom lah kita tengok 5 Stok Makanan Di Rumah me yang diimport khas dari Terengganu , iaitu me beli masa balik Terengganu lah kiranya (kampung halaman me n my hubby )  :- 





1) Keropok keping - Yang ni me siap-siap buang plastik dia masuk dalam balang kedap udara sebab entah kenapa kat rumah me ni bubuk senang masuk dalam plastik keropok ;p Me campur segala jenis keropok dalam ni, kalau goreng boleh rasai pelbagai jenis ikan. Heaven ;p Sekali goreng satu balang besar.






2) Budu - Memang tak sah tak beli. Selalu beli 1 dozen terus, boleh dapat murah sket. Biasanya my ma yang belikan, so dah save duit budu disitu.hehehe. Yang ni kalau makan nasi lauk singgang, ada ulam , letak asam limau kerat lintang dan lada jarum dua biji..perghhhhhhhhhhhhhhhh..merecikkkksss



 3) Sos Pencicah Keropok - Dah ada keropok mesti ada pencicah dia yer dak. Kat sini jarang dijumpai lah sos pencicah ni.RM10 untuk 3 botol. Yang ni bukan sahaja sedap buat cicah keropok, tauhu dan tempe pun sedap jugak.Banyak guna :p


 4) Stok Mee Lidi - My hubby suka makan mee lidi dari mee kuning biasa yang kadang-kadang mengandungi asid borik tu kan. RM1.10-RM1.50 sepaket tapi kat sini ada pernah me beli kat Tesco, tapi skang dah tak jual.

5)General's Teh Wangi Uncang Teko - Yang ni stok paling kelakar. Alamat kilang dia kat Batu Caves tak silap tapi kat Selangor tak pernah jumpa. My Long dah pernah call kilang tu tanya dia kata ada kat Giant atau Tesco, tapi memang me tak pernah nampak pun.Yang ni memang 1-2 kotak me beli. Dalam 1 kotak ada 10 pek yang mengandungi 10 uncang. Lipton dan Teh Boh memang harus dipandang sebelah mata lepas try teh ni  :p So , sapa nak minum teh ni, mai laa minum petang dirumah me ok !


Rumah korang, stok apa yang selalu ada, especially dari kampung halaman ? 
 
p/s:

Hari ni my hubby dapat MC lagi 2 hari dan menjadi supir me pergi kerja :) seronoknya kalau ada supir hantar kerja hari-hari. Wink ;-) Tq lalings :*


p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Nak beli tupperware dan NAK tupperware PERCUMA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]

 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)