Wednesday, February 22, 2012

Che Det di UiTM dan lukisan orang yang pertama

Hari ni bersiaran lambat sket sebabnya baru ajer abes program Syarahan Perdana, Tranformasi Minda Penyelidik Muda oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.Amik gambar guna handphone cap Nokla biasalahkan. So kualiti gambar memang tidak memuaskan even Tun datang sebelah bahu ajer :p Hampir sejam jugak baru habis syarahannya.



"Kita tidak boleh berpuashati dengan sesuatu alatan/produk setakat itu sahaja tapi perlu memikir macam mana untuk menambahbaiknya"- YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad"


Nampak halus ajer :p Zoom pulak jadi pecah..hahaha


Amik gambar kat skrin lagi nampak :p

p/s:

 Pengakuan Tun, dia tidak tahu menggunakan komputer :)

Teringat pulak lukisan yang aku hasilkan dengan melakar wajah Tun Mahathir semasa mengikuti kursus motivasi sekolah aku setelah kaunselor suruh melukiskan wajah idola masing-masing 17 tahun lalu. Sebab aku melakar wajah Tun adalah kerana semua orang lukis gambar dia. hahahaha :p Masa tu form 1, tak der idola lagi kot ;p


Ni lukisan orang yang pertama my Nuha. Yang diconteng ditepi buku mewarna yang me beli. Mata, hidung, mulut semua ada. Bila tanya , apa kat atas kepala ni. Rambut ker? Oh, itu kaki. Jawabnya dengan selamba tanpa rasa bersalah ;p 


Korang masih ingat tak lagi lukisan orang pertama korang ?

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)