Wednesday, August 03, 2011

Datin, puasa-puasa ni bertaubatlah...

Ada pulak cari anak ikan dalam blog saya yang suci murni ni :p Semoga datin mendapat keinsafan di dalam bulan yang mulia ni yer :) Ker ada anak ikan sedang membaca belog saya ni ? Scary dowh..hehehehe :p




Kalo cari resepi ikan untuk berbuka puasa tu tak per..Contohnya , resepi ikan bakar saya seperti disini :) Daripada beli kat kedai yang belum tentu jaminan sedapnya tu kan :)

Hari ni nak berkongsi resepi, eh eh.. tak mo, tak mo :p Puasa..takut tak tahan dugaan :p Ni nak berkongsi entry dari  Suzie iatu entry dia semalam ,  Sedikit serik dgn makanan kat bazar Ramadhan | ayam percik mentah. 

Korang pernah rasa tidak puas hati dengan peniaga di Pasar Ramadhan ? Saya rasa sesetengah peniaga yang jual kat pasar ramadhan tu masak sekadar melepaskan batuk ditangga dan sekadar mencuba-cuba merebut peluang berniaga dan meraih keuntungan semata-mata.Aku memang banyak yang tak puas dari puas lah selalunya.Plzzz laa...Kepada peniaga pasar ramadhan, kalo tak tahu masak, duduk rumah sahajalah...Jangan tambah dosa :p


Nabi s.a.w., sabdanya: “Barangsiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperoleh seperti pahala orang yang berpuasa tadi tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa -yang diberi makan tadi-.” Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi credit: here

Tu pasal tahun ni berazam nak masak sendiri sahaja.Lagipun kalo beli, ada ajer yang tidak kena pada selera tekak. Tapi semalam dapat excuse la sebab tadak stok lauk mentah dalam peti . Berbuka dengan nasi tomato, gerai yang memang selalu aku beli dan sedap.Takut nak try gerai lain. Semalam frust sungguh tak ada pulak pucuk midin (paku pakis merah orang sini cakap ) untuk buat bubur lambuk..Selalu time tak nak tu ada jerrr...Resepi bubur lambuk Terengganu kat sini.

P/s:

Dugaan bawak anak pergi terawikh : Dia buang air besar pulak sebelum terawikh tu.Terpaksa laa balik rumah dan  solat terawikh kat rumah ajer.. haih!! hehehe.


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)