Monday, August 16, 2010

10 Pilihan Kuih Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan

Salam semua.Macam mana weekend korang? Seronok? Dah shopping baju raya? Kuih raya? Sempat tak masak untuk berbuka?Aku tak masak berbuka, tapi masak untuk lunch ajer untuk my Nuha.Aku tumpang sekaki ;p Hari ni, aku nak buat entry berbau makanan.Kalo korang tak tahan dugaan, sila lah beredar yer..hehehehehe.Kuih pilihan aku mestilah kuih yang berasal dari negeri aku(Terengganu) atau negeri abah aku la( Kelantan). Dan mesti MANIS punya semanis owner belog ini..hahaha.Perasan!

1) Lompat Tikam - Kalo kat sini bubur sumsum ker apa nama dia. Lompat tikam ni ada 2 version jugak.Kalo style terengganu ada santan putih kat atas, dan bawah ada tepung dan disiram dengan air gula.Kalo style kelantan, ada tambahan pulut tu.Pilihan aku versi terengganu. Semalam beli yang versi kelantan.



2) Onde-onde / Buah Melaka - Ni dalam periuk nasi pun boleh buat, kalo tak de dapur :p



3) Asam gumpal - Satu-satunya kuih yang ada kacang hijau yang aku makan.Sagu dan filing dia kacang hijau, dan ada kuah santan.Kalo letak dalam peti ais, memang terangkat.



4) Tepung Pelita - Susah nak cari yang betul-betul sedap.



5)Agar-agar - Ni memang banyak la kat pasar ramadhan tu dengan macam-macam warna dan ada yang letak buah yang menggiurkan jugak.




6)Nekbat - Rupa asal dia macam bahulu tapi saiz kecil.Tak boleh makan macam tu ajer.Nekbat ni kena sira dengan air gula baru boleh makan.



7)Akok - Ni pun ada 2 version jugak lah.Akok kelantan dan akok terengganu.Tapi pilihan aku adalah akok kelantan la , akok kedut :p



8)Puteri Mandi - Biasa kalo bulan puasa, mak aku mesti buat kuih ni.Mudah dan cepat.



9) Tok Aji Serban / Seri Muka - Ni kena guna telur banyak baru best.Teringat mak aku punya weh.



10)Murtabak - Ni juadah wajib jugak family aku.Mesti ada punya masa berbuka.

Kuih Pilihan Untuk Berbuka Di Bulan Ramadhan korang pulak apa???Silalah share, mana tahu boleh aku cari hari ni. Macam lah puasa :p



semua image : credit to Google Image

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)