Monday, May 17, 2010

Selamat Belated Hari Guru, cikgu-cikgu sekelian..

Terima Kasih kepada semua cikgu yang mengajar aku dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, kolej dan universiti.Mak aih.Banyak betol sekolah aku kan?Korang ada?hahaha.

Bila Hari Guru, pasti aku teringat sajak Guru Oh Guru dari Usman Awang.Sebab aku pernah deklamasikannya pada Hari Guru sekolah aku.Tapi lupa plak dah sekolah mana.Maklumlah banyak sekolah.Rasanya macam sekolah rendah ajer.

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
source :here

Teringat plak zaman-zaman belajar dulu.Seronok jugak bila difikir-fikir balik.Terjumpa gambar-gambar lama kat FB time belajar dulu.Lupa plak dari FB saper aku cilok ni.hehehe.Mintak ampun yer!

p/s:
Ni masa degree..Tak semua batch aku yang ada dalam gambar ni..

p/s: 
Ni masa SPM.Tengok aku, selim melim lagi masa ni..hahahaha.Ni pun bebudak kelas aku tak cukup jugak.

p/s:


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Apapun, TERIMA KASIH cikgu kerana cikgu, saya jadi seperti sekarang !
dan kena bayar PTPTN jugak!hahahaha.


Korang ada cakap TERIMA KASIH pada cikgu korang???



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)