Thursday, March 04, 2010

Kelate tu gapo?

Kelate tu adalah sebuah negeri di pantai timur.Nama betul Kelantan.Dalam loghat kelantan disebut Kelate.Faham? Tak faham sudah! montot terbelah![ayat Tiara-copy sket yer tuan tanah.hahahaha. larikss]Ini adalah sambungan atau kesinambungan entry INI. [Sila baca dulu entry ni ]

Sebagai seorang bathroom blogger yang tegar, harus ada bergambar dalam jamban KLIA dan Pengkalan Chepa nyer airport.Harus! hahaha.Sampai-sampai airport asyik nak kencing jer Niza nih.hahahaha.Keji !


Lepas tu, driver uitm KB bawak kami ke Restoren Yati Ayam Percik 2.Tengok kat dinding, tahap kebersihan A ko.Kata driver tu, hotel sekitar tu pun amik Ayam Percik kat kedai ni tau! Kalo dia bohong, aku bohong korang sekali la.lalalala.Ironinya, awek yang duk meja sebelah tu sama flight ngan kami tadi.Memang famous la kat sini kan? :P

Sila tahan nafsu sekarang!!!!![Ini adalah berbentuk amaran kepada ibu-ibu mengandung dan mempunyai kalori tinggi dalam badan.hahahaha.Opss!]


Mempersembahkan, Ayam Percik.RM4.50 seketul.Sedap dan puas hati!!


Enak dimakan bersama nasi kerabu.RM1.80 tak silap.Sedap dan lazat hingga menjilat daun pisang ko!

Jus Naga a.k.a Dragon fruit, bukan Naga minum tapi aku yang minum!hahaha.RM3 tak silap.

 Lepas tu, kami dihantar ke hotel untuk melayan mata setelah perut kenyang.Hahahaha.Hotel yang sama masa kali pertama aku datang dulu. Ridel Hotel.Ok la biliknya.Twin bed macam ni baru seratus lebih semalam.Ok laa free , tak yah bayar kan :) Toilet pun siap ada heater, apa lagi korang nak?TV pun pasang asteruk.

 Baru perasan konsep hotel Ridel ni ala-ala tema ikan gitu..hahahaha

Disambut dengan welcome drink.Air apa ntah, pahit semacam jer :p

Sesudah bermanja-manja di bilik hotel dengan Niza, hahahaha.Bakal adik ipar aku datang jemput untuk menjadi pemandu pelancong yang tak bergaji untuk kami.Dia bawak kami ke Cerana Villa Resort dan Medan Ikan Bakar.Yang specialnya, atas air ko kami makan.Sungai kelantan beb!! Terbuai-buai kami makan.Perghhh mana nak cari kat KL?


Menu : Kuey Teow Kung fu yang aku ngan Niza makan, Sotong Celup Tepung , Mihun Tomyam(my SIL) , popia goreng dan Teh o ais laici.Not bad la food dia tp mahal sket aku rasa! RM40++ untuk 3 orang makan.


Lepas makan, ke wakaf Yeh Yeh...eh silap, wakaf Che Yeh yang ala-ala uptown laa kat Shah Alam nih.Semua barang made in golok/rantau panjang tak silap aku :P Aku pun rembat la yang mana berkenan di hati kan.key chain Arsenal tu mestilah untuk my laling :P

Setelah abes mengajar guna sistem  kepada staf UiTM KB, kami gi Pasar Siti Khadijah beli buah tangan , sambung lagi ko!ada lagi yang tak terbeli malam tadi kat wakaf che yeh tu.
Korang perasan tak? Aktiviti utama cuma sekejap jer, tapi yang sampingan tu banyak!hahaha.Tu lah kelebihannya kalo keja gomen.Lariksssssss!!!

Ok la, aku sudahi Melawat Kelantan 2010 ni dengan satu set hidangan KFC yang terbaru dipasaran iaitu Shrimp Hearties Combo B RM 11.50! Ke aku yang lama tak makan KFC?Ni makan sebelum naik flight malam bertolak balik ke KLIA.


Ad, tiket warna warni boleh dapat di airport KB sebab dia tak de self check in machine.Hihihihi.Korang perasan ada karpet kuning tepi flight tu? Aku curik amik gambar ni dari KFC.Masa tu MB Kelantan dan exco kerajaan negeri tengah tunggu ketibaan Sultan Kelantan tak silap aku lah.

Pastu dapat hadiah dari UiTM KB.Terima Kasih semua!!!! Dulu bagi kain, sekarang kain lagi.Sutera lagi. :) Jimat budget raya.Yang tahun lepas pun baru pegi jahit hari tu :)


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)