Wednesday, October 24, 2012

Checkers Shah Alam , beli barang harga borong?

Berapa kali dah my hubby cakap kat saya yang barangan kat Checkers yang baru buka area depan Public Bank Seksyen 15 tu murah tapi tak berpeluang nak terjah pun. Malam tadi, kebetulan hubby pergi Public Bank bayar duit kereta , so ajak sekali masuk Checkers nak belikan kawan-kawan taska my Nuha jajan sket untuk sambutan hari lahir kawan-kawan dia bulan 10 hari ni.
 

 Bila sampai kat situ tengok macam gudang pun ada. Sebab banyak kotak-kotak tersusun gitu kan. Ala-ala Tesco Extra jugak. Masa saya pergi malam tadi, tak ramai sangat orang. Memang berbeza la dengan Tesco. Mungkin orang dah biasa dengan pasaraya lain, so Checkers dipandang sepi kot.

 Barangan yang kemas tersusun tapi sayang masih belum ada label.
 So melilau sket nak cari barang. Tapi mudah jer nampak. Bahagian depan banyak barang yang dalam kotak-kotak kecil , tapi bahagian belakang memang untuk yang peniaga beli la.Besar-besar kotak dia.

Ada juga wet market - tak sempat tengok pun dalam tu sebab nak cepat


Kemudahan troli memang banyak dan ada yang jenis untuk angkut kotak besar.
 Kata pasar borong kan :)


Jom tengok hasil rembatan di Checkers :-

Yang ni 36 keping cuma RM 7.50


Milo ni di speedmart RM 13 ++ tapi kat sini RM12.90

Yang ni RM 4 ++. Ni biasa beli RM5++

Yang ni pun kopi kegemaran hubby. 
Memang murah. Selalu RM16 ++ , kat sini RM14 ++

Beli barang tak seberapa, tapi habis jugak dekat RM100.


 Parking space walaupun tak seluas Tesco tapi ok lah banyak jugak.

Korang pernah beli barang di Checkers?


CHECKERS CASH & CARRY (SHAH ALAM) SDN BHD (971304-A) 
LOT 7, PERSIARAN SELANGOR, SECTION 15,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03 - 5511 2255 FAX: 03 - 5511 1188 (Account & Purchase) / 5511 1177
 (Receiving) EMAIL: checkers@unifi.my
GPS: 3.062626,101.526433
Lokasi lain  : klik sini


p/s:

Petang ni bertolak balik Terengganu. Doakan perjalanan kami lancar yer :) Selamat Hari Raya AidilAdha in advance :) Tuan tanah kedaung cuti sampai Isnin.

Tuesday, October 23, 2012

Detailed Scan Minggu 24 @ DEMC dan Scan 3D/4D tidak berjaya

Jumaat lepas, ada appointment untuk detailed scan dan Scan 3D/4D di DEMC. Saya yang menurut perintah ajer la. Appointment pukul 9.30 tapi 10.20 baru dapat masuk bilik padahal saya nombor tiga. Sorang-sorang lebih setengah jam untuk detailed scan ni. 


Detailed Scan / Anomaly Scan - This scan takes a close look at your baby and your uterus (womb). Most women are offered a detailed scan at about 20 weeks to look for any structural problems or birth defects in the baby. Doctors usually call this a fetal anomaly scan, and may also be used to check the position of the placenta.source- here

Jom kita tengok apa yang doktor check untuk detailed scan kali ni.Alhamdulillah semuanya normal.Tapi jantung tak boleh tengok dengan jelas dan  3D/4D scan tak berjaya dilakukan jugak sebab baby NH tutup muka. Kena repeat detailed scan untuk tengok balik jantung dia dan mulut/ hidung sebab kedudukan baby yang menutup kedua-dua belah muka dengan tangannya tu..geram mak ! haisshhh ! Appointment seterusnya pada 2 November depan.

 Ni full view di minggu ke 24

Ini kaki yang kuat menendang sejak akhir-akhir ni.

 Mata. Adakah sepet seperti Umminya :p
Mata tu, sebenarnya bukan bahagian mata baby. Itu bahagian kepala baby, di kira diameter parietal nya. ( BPD)..Itu gambar otak kiri & kanan, ada nampak pembahagian tengahnya - tq doc !



Tulang belakang  

Ginjal kalau tak silap

 Bunyi degupan jantung

 Tulang peha. Masa check kat sini, doktor tengok sekali gender. Kosong ajer katanya. hahaha. Gegirl lagi la , so boleh recycle baju kakak. Mode : redha asalkan selamat dan sihat walafiat :)


Tali pusat

Ukuran saiz otak tak silap .Kalau salah jangan marah :p banyak sangat nak kena ingat :p



Ni cecair ammnion kot ker plasenta ntah. Tapi doktor cakap plasenta punya kedudukan dah naik. Alhamdulillah tak menutup jalan keluar. 
Harap-harap boleh bersalin normal



 Rumusan dia la ni. Tak faham sangat ;p Tapi yang pasti EDD 5/2/2013 ( estimated due date ) :p


Caj yang dikenakan RM100 sepatutnya RM250 sebab  3D/4D scan tidak berjaya tu ! 
Dapat jugak CD semua koleksi gambar untuk detailed scan ni sebanyak 19 keping. Ada yang tak faham/ tak ingat  so tak letak kat sini. hahaha

Definisi Asas Ultrasound

BPD........lebar kepala HC..........ukur lilit kepala AC..........ukur lilit tbuh FL...........panjang tulang peha HL..........panjang tulang bahu RAD........tulang radius/lengan belah ibu jari ULNA......tulang ulna/lengan belah jari kelingking TIB.........tulang tibia/tulang betis besar FIB.........tulang fibia/tulang betis kecil NB..........nasal bone/batang hidung NT..........tebal kulit tengkuk NF..........tebal kult tengkuk CM.........cecair bhgn belakang otak CEREB....otak kecil AFI.......jumlah air ketuban EFW.....jangkaan berat bayi PLACENTA.....uri PLAC ANT.....placenta bhgn atas PLAC POST....placenta bhgn belakang PLAC FUNDAL....placenta bhgn atas puncak rahim PLAC LOW LYING...placenta rendah (sblm 28minggu) PLAC PREVIA.....placenta rendah (slps 28minggu) PLAC U/S.....placenta tinggi CEPH...kepala di posisi bawah/pubic BREECH......songsang/kepala di bhgn atas TRANSVERSE.....melintang

Korang dah pernah buat detailed scan dan 3D/4D scan ?


Monday, October 22, 2012

Pak Long Nelayan Steamboat & Luk Luk

Hari ni JJCM di elissmie nak bawak korang JJCM di Shah Alam iaitu di Pak Long Nelayan Steamboat & Luk Luk. Tak sangka sebenarnya di Plaza Massalam ada menyediakan tempat pekena steamboat waktu tengah hari. Kitorang sebenarnya secara tidak sengaja terjumpa kedai gara-gara nak pekena The Chicken Rice Shop (TCRS). Tempat makan ni bersebelahan ajer dengan TCRS iaitu di ground floor. 




Apa-apa pun, terlebih dahulu , terima kasih kepada Kak Ema sebab belanja kami sempena hari lahirnya bulan ni :) Sebelah dia tu anak dara dia, status kena tanya mak dia sendiri ! hahaha. 
Baru grad tu :p

Jom tengok apa yang kami santap tengah hari lepas . Jangan terliur naa...

Ada dua pilihan tempat untuk makan, samada bersila


 atau duduk kat kerusi lah :)

 Setiap meja saya nampak memang ada dapur steamboat ni. 
Boleh baring-baring atas dapur  dia sebab tak panas, yang panas cuma periuk :p




Kami order family set RM27.50


Ni sekali dalam set


Yang ni tambahan , Lala buluh RM5 , ada lagi yang kami tambah tapi lupa nak snap :p
Telur Puyuh (RM2)  , Udang (RM5)

 Sos dia memang sedap. Kalau campur dengan tomyam dia baru terangkat . 
Kuah tomyam dia masam sket.

 Tahap kebersihan A


Total Bil : RM67.90


 Kat sebelah dia, Pak Long Kopitiam. Owner yang sama jer . 


Korang suka tak makan steamboat ?
 



Lot LB-1A,Level 1, Plaza Shah Alam, 
Jalan Tuanku Ampuan Zabedah 9 E/9
Seksyen 9, 41000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03 - 5510 3359

p/s

Tahniah kepada Zulfahmi Khairuddin memang ditangga kedua untuk MotoGP 2012 Moto3 dan Hafizh Syahrin di tangga keempat MotoGP 2012 Moto2 !
 

Thursday, October 18, 2012

Siapa suka makan tembikai ? Alahai tembikai....

* update laju-laju masa amat mencemburuiiiiii ku..

 Ni kisah last week, kelakar habis dan memang wajar dikenang. Punya la tak perasan dalam purse ada berapa ringgit , dengan konfiden pergi kedai beli tembikai. Masa kat kedai runcit sebelum tu, my Nuha beli jajan dan saya rasa dengan balance duit yang ada mampu beli sebelah tembikai kat gerai dekat rumah tu. ( Nak makan punya pasal lagipun hubby dah pesan awal-awal suh beli hari sebelumnya)


Sampai-sampai kat gerai jual tembikai, pilih tembikai yang sederhana. Lepas tu minta sebelah. Punya eksen, amik yang sebelah yang besar dari sebelah lagi. Lepas tu, gulpppp.. telan air liur sebab tengok harga RM2.60 sekilogram :p Harga dia jadi RM6.50. Balance duit adalah RM 5 lebih. hahahaha. Nak tergelak ke nak menangis pun tak tahu. Mintak izin, tuan gerai cari duit dalam kereta kejap kot-kot terjumpa duit syiling, sambil dalam hati berdoa, ada lah duit syiling celah-celah beg tu.hahaha. Kalau tak der, saya dah nekad untuk melarikan diri dari gerai tembikai tu..hahahaha. Alhamdulillah , ada :p So, dapatlah beli separuh tembikai :p


 Inilah tembikai yang dimaksudkan. Nasib baik laa manis.

Korang pernah ke alami situasi begini ?
Siapa suka makan tembikai angkat tangan laju-laju ?

Korang dah cuba ke apps kat fb ni, kartunkan anak korang yang comel lote tu !!


Wednesday, October 17, 2012

Lama dah tak makan kat Kenny Rogers Roaster

Jumaat lepas kitorang meraikan geng pakatan hari lahir yang seterusnya tanpa ditemani geng pakatan yang telah berpindah tu. Siapa lagi, Niza the KB lah kan :p Mula-mula ingat nak pekena steamboat kat Hotel UiTM , sekali diorang cakap penuh pulak hari tu. So, saya pun decide nak makan Kenny Rogers. Lokasi yang dipilih adalah di AEON Bukit Raja. Senang nak parking .


Kali ni giliran saya yang belanja :) Asyik tertangguh saja saya punya birthday dari bulan 9, lajak ke bulan 10.Saya pilih KRR sebab dah lama betul tak makan kat sini. Last 2009 kot .hahaha. [entry ini]
Servis agak pantas dan pelayan dia walaupun tak berapa nak senyum tapi cergas buat kerja.



Mula-mula tunjuk muka sendiri :p


Lepas tu muka Ad :p



Dan last sekali , Datin Ema :)


Masa kami sampai tak ramai sangat orang , lepas tu ramai pulak yang masuk.



Nak bayar pun siap kena beratur.


Pisau dan garfu, bagi yang tak kenal. hahaha. Motif ? :p

Kitorang semua order Kenny's Chicken Meals (RM 17.50 )
Roasted ¼ chicken with 3 side dishes & 1 Kenny's Home-made Muffin.



Ad punya plate



Ni saya punya. Nom nom nom


Ni Datin Ema punya


Muffin perasa vanilla. Tapi yang sejuk pulak diorang hantar !


Tropical Paradise ( RM7.50 )  Mango Juice (RM 6.90)  Ice Lemon tea (RM 5.90)

Sedap tak ? Licin menjilat tulang..hahahaha


Dah kenyang tu tak reti nak bayar ? hahaha :p Total bil = RM80++
Tahap Kebersihan A , memang bersih :)


 
Lokasi KRR : 
AEON Bukit Raja Lot G-24, 
Bukit Raja Shopping Centre, 
Persiaran Bukit Raja 2, Bandar Baru Klang,
 41150 Klang, Selangor 
Tel: 03-3341 2009 
Korang suka tak makan di Kenny Rogers ?



My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, October 16, 2012

Air tangan suami dan Workstation baru

Dah beberapa hari guna workstation baru. Ok, bukan workstation ibu mengandung. Yang tu masih sama lagi. Akhirnya pc yang telah berkhidmat kepada saya selama 5 tahun lebih ni, terpaksa digantikan atas desakan bos saya. hahaha. 


Saya sket punya sayang workstation lama sebab macam-macam dah software yang saya install untuk memudahkan kerja-kerja kat ofiz ni . Nak kena carik installer pulak satu hal. Hangen satu badan. Dulu , dah install main delete jer installer. Lagi satu padan muka, saya buat backup hari sebelumnya, dan dengan  confident gila saya pergi delete semua fail asal kat dalam pc yang memuatkan fail-fail sepanjang perkhidmatan saya. 

Tapi mujur fikiran masih waras ( padahal dah menangis sebabak sebelum tu.hahaha) dan google nak dapat fail tu balik. Rupa-rupanya , zaman dah semakin canggih, fail tersebut dapat diselamatkan dengan software Restoration even dah empty trash ok dengan syarat baru didelete lah. Lama-lama memang tak boleh jugak la ! [ boleh download kat sini ]



Selamat datang workstation baru, lenovo. Semoga dapat berkhidmat dengan jaya.
Apsal window ni asyik tertutup sendiri ye? Apa pulak tak kena dengan kau ni..


Selamat jalan romeo ! Eh, workstation lama  !

Ok, nak cerita bab air tangan suami pulak. Semalam saya request nak makan roti goreng telur bawang lada [ resepi disini] air tangan suami. Suami layankan saja isteri dia kan. Petang tu , saya siap-siap beli bahan-bahan untuk my hubby beraksi didapur.

My hubby tengah buat sentuhan terakhir.

Tadda, our dinner last night ! Roti Telur Bawang Lada.
My hubby cakap, roti sempena anniversary ke 5 :)
Terima kasih sayang !

Ni side dishes ajer, saya goreng nasi goreng cina ajer malam tadi, konon nak bagi nuha makan, last-last semua makan sebab banyak , harung bawak bekal pi ofiz pagi ni. Begitu jugak dengan roti :)

 Jarang dapat makan hasil air tangan suami ni kan, setuju para isteri ?hahaha


My Nuha | Aku Bukan Chef

Sunday, October 14, 2012

Sudah 5 tahun hidup berumahtangga?

Tak sangka, 14 / 10 / 2007 yang lalu , saya dinikahkan dengan lelaki pilihan hati dan mendapat restu orang tua. Alhamdulillah, tahun ni tahun ke lima saya bergelar isteri.Semoga tahun ke lima ini lebih mematangkan kami dalam melayari bahtera rumahtangga ini.





Sayang, Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke - 5. Semoga kasih dan sayang serta cinta kita sampai ke syurga. Amin



Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)