Tuesday, June 12, 2012

Nasi Goreng Menangis @ Restoren Lagenda 17

Ni jalan-jalan cari makan sebelum balik kampung hari tu. Bawa anak buah my hubby makan kat luar sebab masa ni diorang baru sampai dari Terengganu. Lepas amik diorang di Stesen Bas Seksyen 17, terus bawa diorang kesini menjamu selera.


Kali ni kami cuba makan di Restoren Lagenda 17, pemiliknya adalah lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan. Lokasi sebelah ajer dengan Restoren Shuhaida Seafood.Deko dalam restoren ni memang menggambarkan seorang yang dari dunia bola sepak gitu.


 Harus ada gambar dia kan :)
 
 Menarikkan wall paper dia.

 Ada gambar David Beckham dalam wallpaper ni ;p


Jerseynya yang diframekan, menarik idea ni, semestinya 17 :)

Me and my Nuha

 Three of us :) - candid ni ;p

 My Nuha


 Nina & Luqman, anak-anak buah my hubby


 

Nasi Goreng Menangis , 3/5 Bintang.RM6.50
Kepedasan, sederhana bagi my hubby tak sampai menangis pun.


Nasi Goreng Lagenda , 3/5 Bintang.RM6.50
Biasa-biasa ajer.

Hainanese Chicken Rice, ni my nuha yang punya. 
Ok la rasa dia. 3/5 Bintang.RM6.20

 Dia memang suka makan nasi ayam dan semua nasi yang ada rasa-rasa ni :)

 Bandung Cincai RM2


Restoren Lagenda 17, 
Hainanese Chicken Rice,
85JL Snuker 13/28,
Seksyen 13,  Shah Alam
Tel : 03-55237717


Korang suka makan pedas-pedas?



Monday, June 11, 2012

Diriku sudah bergelar nenda, skirt MakCikRehan dan Cek ChurpChurp Kedua

Hari Rabu lepas, saya sudah bergelar nenda. Terima kasih "Mohd Hadiff Danial " sebab dah buat diri saya menjadi semakin tua , nenek saudara tapi .  Ini my hubby punya cucu saudara .



Terima kasih MakCikRehan, skirtnya sangat cantik sekali sudah saya terima sebelum balik kampung hari tu.
Klik sini jika mahukan satu atau dua :)



Model cilik melaram, siap request nak pakai pergi sekolah esoknya :) Macam nak kena beli satu lagi sebab hari-hari dia minta pakai skirt cantik :)



Terima kasih Kleenex Malaysia, lembut sangat ...Nak sample percuma klik sini laju-laju ..





Apa cerita hujung minggu korang ?


Friday, June 08, 2012

Akok , Otak-Otak Terengganu dan Ayam Tempayan Kuantan

Hari tu balik Terengganu, sempat jugak jalan-jalan cari makan. Cari makanan yang teringin gitu kekdahnya.Di area paka ni ada satu warung Akok Ayah Wan bersebelahan dengan kaunter tiket bas ekspres tapi dah tak buka. Memang selalu beli kat situ dan rasanya itu adalah akok tersedap di sekitar Paka tu yang pernah saya cuba.

So misi pertama adalah mencari Akok lah. Kalau di Shah Alam ni, memang susah la nak jumpa akok yang menepati piawaian tekak my hubby . Saya belasah ajer makan sebab ustaz kata mungkin rezeki kita setakat tu jer la hari tu kan. Ustajah sangat kan :p 


Lepas tu terpandang , warung ni . Ianya terletak berhadapan dengan masjid Kampung Pinang Merah ( Masjid yang Ustaz Azhar selalu buat ceramah agama setiap hari Isnin Minggu Pertama Tiap2 Bulan ) .

 

Ni masjid tu. Nak dengar ceramah Ustaz Azhar, bolehlah datang sini :)


 Selain Akok ada jual jugak kuih bakor (kuih bakar lah yer ) dan Bahulu. Tapi Akok Kelantan tak kelihatan hari tu.


Inilah rupa akok tu. Lemak-lemak, rasa pun sedap. 50 ¢ sekeping


Ini kuih bakar. Tapi me suka yang dalam acuan besar sebab kat tepi dia lebih garing..Yang ni tak sure pulak harga.



Ini pais ikan. Tak beli sebab tak masak lagi.Macam otak-otak tapi yang ni seekor ikan dia letak.

So misi kedua, cari otak-otak. Sebenarnya beli otak-otak sebelum ke gerai akok.Gerai ni kat sebelah kanan, sebelum Masjid Kampung Nyior.



Inilah rupa otak-otak dengan isi ikan tenggiri.

Yang ada cuma RM8. Saya borong semua. Tak silap 60 ¢ sekeping


Semasa misi pencarian makanan yang diidam , terpandang Ayam Tempayan Kuantan ( Cawangan 2) .


No telefon tidak tahu kenapa diorang tutupkan, mungkin no salah :p

Ianya terletak sebelum simpang masuk Masjid Kampung Nyior. 


Ayamnya memang sedap dan terasa seperti Ayam dalam Nasi Arab Mandy Chicken gitu.
 Style Arab lah ni kan.

Ada banyak tempayan kat situ..


Ni harga ayam tempayan. Siapa yang lalu sini, boleh la cuba yer :)

Diorang tengah siapkan ayam  yang saya beli..Potong siap-siap , balik boleh terus makan.
Lebih bersih dari Ayam pusing gitu kekdahnya sebab tak terdedah dek persekitaran :)


Menu wajib semestinya CT lah kan. Yang ni beli di Pantai Sura Jetty, Dungun.


Dan terakhir sekali, Keropok Goreng RM 2



Mana satu makanan yang korang paling terliur ?

Beli tupperware dengan harga istimewa, boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



Thursday, June 07, 2012

Rindu Bau Ombak..Cis :p

Hari ni baru masuk ofiz secara official. Sakan bercuti siap my Nuha tak nak balik tu :p Sempat pergi ke pantai bersama keluarga selepas sessi minum petang di warung pekena ICT ( Ikan Celup Tepung) .Terima kasih Long belanja :)


Kami ke warung biasa kalau ke Pantai Paka ni , pernah review dulu kat [ entry ni - klik ]

Ikan Celup Tepung - RM 3 seekor (saiz sederhana)
Sotong Celup Tepung - RM 8 seekor (saiz besar)
Air jagung - RM2


Jemput makan semua ! 

 Air Jagung + Ikan Celup Tepung


Sotong celup tepung, tak snap pulak sebab dapat last :p

 Moh laa kita ke pantai..

 Warung tadi kat belakang ajer..Belah hujung kanan tu Residence Resort Paka, boleh jalan kaki ke sini.



My Ngah yang tak sudah-sudah update status fb ;p

 Cantik kan kayu balak tu :p

 Romantic couple of the day, My Abah dan My Ma


Anak-anak sibuk main pasir..


3 stooges maybe :p

 My Long aksi apa ntah :p

My Nuha with lil cousin, Rayyan.. "Baby Gayyan - panggilan my Nuha " . Not so baby :p
Rambut sama ikal :) Hafiz Awan Nano Jr gitu kekdahnya :)

Last but not least, saya dan my hubby :)

Baru nak romantik, anak datang serbu ;p


Rindunya bau ombak, korang rindu tak ?


Friday, June 01, 2012

Hujan sepanjang jalan ke Terengganu

Alhamdulillah, sudah selamat berada di bumi Terengganu jam 2 pagi tadi. Kitorang bertolak jam 7 malam. Walaupun trafik lancar selepas keluar tol gombak tapi hujan sepanjang jalan melambatkan perjalanan kami sekeluarga.Berhenti untuk solat dan makan di RnR Temerloh tapi kecewa jugak sebab ikan patin kurang menyengat kali ni. Tak per, kita makan lagi on the way balik nanti.



Namun breakfast pagi ni, tidak mengecewakan sebab my MIL dah siapkan laksa kuah lemak putih :) Sedapnya..Kali ni dapat makan laksa gandum pulak .Hari ni cuaca cerah di sini, lepas jumaat nanti boleh la ajak my hubby pekena ICT ( Ikan Celup Tepung  ) hahahaha

 Korang dah pernah sampai ke Terengganu ?


Beli tupperware dengan harga istimewa, bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)