Tuesday, July 07, 2015

Teaser, baju raya kami tema asal hijau sudah dan sampul duit raya

Sebut pasal baju raya, semua pakat berebut datang baca kan ? Mesti nak kepochi baju raya orang jugak. hahaha. Kata kat diri sendiri ajer. Mohon terasa. hahaha. Ok lah, memang nak tunjuk baju raya pun. Tahun ni, serius sangat susah nak cari baju kurung raya warna hijau. Kalau ada pun harga tak menepati budget golongan marhaen.Tema jubah bersepah-sepah. Tahun lepas cari jubah kemain susah. Hari Sabtu lepas,dalam pukul 10 lebih dah terpacak kat GM Klang . Sejam jer dapat shopping dengan aman. Lepas tu, sesak -sesesaknya. Baju pun tak banyak pilihan. Di Blok A dari level 4 sampai level 1 kami jelajahi. Jumpa satu kedai jer jual baju kurung sedondon dua beradik tu. Kedai yang sama kitorang beli jubah my Nuha tahun lepas dan baju kurung lycra 2 tahun sudah. 

Kedai baju kurung kanak-kanak :

Widad Creative & Resources, GM Klang,
2F-079, Level 2, 
Block A, GM Klang,
 Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic, 
41200 Klang, Selangor

Lepas dah settle baju my nuha dan my nayla, settle jugak my hubby. My hubby pakai kurta tahun ni..Tapi saya punya tak ada pulak. Nak nanges pun ada. Kalau ada pun jenis stok baju raya saya 3 tahun lepas jenis yang ada manik. Lace pun tak menarik pada mata saya. Macam lace murahan yang digunakan.Cantik lagi baju raya lace saya dulu.  Esoknya hari Ahad, kami ke Plaza Alam Sentral. Kat sini lagi dahsyat. Harga baju mostly RM150 lebih keatas untuk baju kurung. Akhirnya jumpa yang murah kat ruang legar tingkat 3 tak silap. Baju saya cotton plain jer tu, tambah batu sket dah RM70. Hari ni ingat nak pergi cari lace kasi meriah sket. hahaha. 



Teaser, baju raya kami dengan tema, asal hijau sudah. 
Tak sabar nak ambil gambar raya tahun ni :)



Hari ni pun dah tukar duit raya kat Affin Bank. Tak dapat duit baru tahun ni . Semua duit recylce katanya.Boleh la dari tak ada. Terima kasih Kak Izan memudahkan urusan :) 

Dapat sampul raya dari Affin Bank

Yang ni dapat dari ofiz ku, UiTM Dihatiku ;p


Baju raya korang dah ready ker? Duit raya tukar ke tidak?


Friday, July 03, 2015

Taman Buaya Tuaran dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Semalam dah tengok baju raya, hari ni kita tengok buaya pulak. hahaha. Ni episod last lah jalan-jalan ke Sabah. Flight kitorang malam tu tapi petang tu driver dah hantar ke KKIA. Maklumlah sabtu kan, diorang pun nak cuti. Apapun terima kasih daun keladi buat 2 driver UiTM yang bawa kami jalan-jalan hari sabtu tu, Encik Hazrul dan Encik Awang. Dah pergi Jambatan Tamparuli, kami bergerak ke Taman Buaya dalam pukul 10 lebih macam tu. 


 Tiket : 
Dewasa RM 10.00 
Kanak-kanak ( 4-12 tahun) RM 5.00


Waktu operasi :  
Dibuka 8.30 pagi - 5.30 petang. 

Pertunjukan Buaya:
Isnin - Sabtu : 11 pagi dan 3 petang.
Ahad dan cuti umum : 11 pagi, 1.30 petang, 3 petang.

Persembahan Kebudayaan:
Isnin - Sabtu : 11.30 pagi dan 3.30 petang.
Ahad dan cuti umum : 11.30pagi, 1.30 petang, 3.30 petang.

Ada banyak replika buaya kat situ. Boleh bergambar sampai lebam

Kami sekeluarga . Eh ada buaya nak geget peha mak la :p

Kalau buaya betul memang tak mampu nak duduk macam ni . Mau dingap ..selamat...
selamat masuk perut buaya..hahaha

Ada kerbau tersesat kat taman buaya..hehehe

My nuha pun nak tunggang kerbau. 

Yang ni buaya betul. Baby buaya kot

Masa beli tiket dia kata ada orang bagi buaya makan tapi tak nampak pun. Kami sendiri yang bagi buaya makan . Nampak lapar semacam jer macam tak bagi makan.hahaha

Ada ayam yang diorang letak kat situ kalau nak bagi buaya tu makan. Kena bayar RM2 ada la 3 ketul ayam mentah. 

Kat situ pun ada jual barang-barang berasaskan buaya..contohnya

Amik kau..kepala buaya pun ada

Kulit buaya

Keropok kulit buaya ker ni..hahaha

Daging buaya, paha dan ekor pun dijual..Semua dalam peti beku saya tengok..seramm mak.

tapi yang ni kalau bagi free mak terima..dah tak seram :)
RM 6K tak silap beg ni..

Sedang menunggu persembahan buaya. Budak kecik tu tak nak berjalan. Nasib naim pinjamkan sekejap carrier tu . Tq yer Naim dan Nad :)

waktu persembahan


Dah mula dah persembahan.. Ni buaya macam kenyang dah, jalan pun slow motion jer

Dah nganga mulut tu bang.. Sebenarnya kesemua kaki dah dikepakkan untuk tujuan keselamatan

Amboi bang..siap kona baring lagi atas buaya..hahaha

Tengok, digeli-gelikannya tekak buaya tu..nasib tak kena ngap..

Amboi..cium pulak dah

close up sket ..scary mak..hahaha

Dah habis show, kitorang tunggu show kebudayaan pulak  kat dalam Rumah Panjang ni

Naik tangga yang mencabar ni dulu :)

Tarian Sumazau

Pentas untuk persembahan

Haruslah posing dulu sementara menunggu persembahan

Anak-anak pun nak tumpang posing

Lepas persembahan, diorang ajak naik menari sekali.Naim dan Am volunteer menari sekali
Jangan terkepit kaki sudah..hahaha

Ni dah lepas persembahan

Jauh pulak gambarnya 

Waktu persembahan

Kat dalam tu pun ada taman rama-rama

Terus nak nyanyi lagu rama-rama tadika 

Dari Ulat Jadi Kepompong
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong
 Cukup Masa Kelongsong Pecah
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah
Rama-rama yang dipelihara 
Sebelum bertolak balik, singgah sekejap solat di Masjid Terapung atau Masjid Bandaraya Kota Kinabalu atau Masjid Likas ni. Binaan masjid ini diilhamkan dari senibina Masjid Nabawi Madinah . Sampai sini dulu, lepas ni kita jejak Masjid Nabawi yer sayang :) In sya Allah 

Boleh baca selanjutnya kat sini : https://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Kinabalu_City_Mosque

Sini pun nak kena posing sebab masjidnya cantik kan..

My Nuha kat dalam masjid

Dari dalam masjid
Cantiknya corak dalam kubah dia..

Ok dah habis dah..Selamat tinggal sabah..semoga ketemu lagi yer :)


Thursday, July 02, 2015

Baju kurung raya ibu dan anak sedondon Tema Hijau 2015

Tahun lepas dah pakai Jubah dengan Tema Maroon-Purple untuk hari raya. Tahun ni hubby cadangkan untuk ikut tema anak buah dia nak nikah bulan 11 ni. Kekdahnya serampang dua mata lah. Pakai raya dan kenduri sekali harung. Tapi hijau pun ada banyak hijau. Tak tahu mana lah yang akan menjadi pilihan kami. Janji hijau. Yang mana cantik depan mata, kita rembat dulu. hahaha.Sementara tu kita membuatlah carian di alam maya dulu dan tayang kat my hubby , hijau macam mana yang didambakan. Ingat sabtu ni baru nak pergi shopping baju raya untuk anak-anak. Stroller pun dah sampai tu. Test suruh my Nayla naik nampak ok. Nanti kita bagitau pengalaman dengan stroller payung yang dimaksudkan yer bila tiba masanya.


Skang meh la kita jamu mata. Kalau korang nak beli baju kat bawah ni berhubung terus dengan pemilik baju yang dinyatakan kat bawah setiap gambar. Ini bukan entry iklan tau . Semoga bermanfaat kot-kot ada yang tengah mencari baju kurung raya sedondon ibu dan anak perempuan. Oh perempuan jer yer sebab anak-anak mak semua perempuan. Kalau nak tengok dress atau jubah sedondon ibu dan anak boleh klik entry ni http://www.elissmie.com/2014/07/jubah-dan-dress-sedondon-ibu-dan-anak.html tapi link tersebut tak tahu la available ker tidak lagi tahun ni, rajin-rajin korang klik yer.




http://najjahshoppe.blogspot.com/2015/06/kurung-moden-medina-sedondon-ibu-dan.html


http://akma81.blogspot.com/2015/04/yang-ditunggu-dah-tiba-set-sedondon-ibu.html


http://akma81.blogspot.com/2015/04/yang-ditunggu-dah-tiba-set-sedondon-ibu.html


http://akma81.blogspot.com/2015/04/yang-ditunggu-dah-tiba-set-sedondon-ibu.html


http://mawarcottonshoppe.blogspot.com/2015/06/koleksi-sedondon-prade-lace.html


https://instagram.com/firhan_fazlin/

https://instagram.com/firhan_fazlin/


https://www.facebook.com/NNAShoppe

p/s:

Yang ni ibu sahaja tapi berkenan btol tengok design dia. Kalau tak jumpa ni, memang beli online la nampaknya.Warna pun cun jugak. Ada sesiapa pernah nampak baju kurung last ni untuk kanak-kanak? Sharekan link yer :)


Warna hijau mana yang korang rasa paling menarik?




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)