Tuesday, June 16, 2015

Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang Air Asia KLIA 2 - Kota Kinabalu

Alhamdulillah. Selamat pergi dan balik dari bengkel di UiTM Sabah sekali dengan cuti-cuti malaysia ke Sabah. Kami naik flight jam 9 pagi tapi delayed jadi 10 pagi. Pukul 7 lagi kitorang gerak dari UiTM Shah Alam. Kali ni, merasa naik Air Asia. Kitorang booking dari bulan lepas lagi tiketnya sebab masa tu ada promo tak kena GST. Tiket saya ditanggung oleh UiTM dan just bayarkan untuk my hubby dan anak-anak. Cuak - cuak juga nak pergi sebab baru lepas gegaran dan banyak gegaran susulan. Tapi Allah permudahkan , Alhamdulillah.

Tengah beratur untuk drop bag. Kami sampai agak awal tapi rupanya dah panggilan terakhir untuk drop bag. Dalam jadual ada 15 minit lagi sepatutnya baru boleh drop bag. So kalau sampai awal korang pergi cepat-cepat kat tempat drop bag dan tanya samada boleh drop bag ke belum . Di KLIA2, kaunter drop bag untuk Air Asia adalah T dan U . 


Beg masa nak pergi 17KG. Saya beli sampai 40 KG takut tak cukup. Sekali guna separuh jer.Lepas dah siap drop bag, masuk ke ruang perlepasan dan cari gate yang dinyatakan pada boarding pass. Jauh jugak nak menapak tu. Nasib baik my Nayla nak berjalan masa ni. Saya nampak ada kemudahan buggy tapi tak banyak. 


Anak dara pingitan sebelum berlepas ke KKIA Terminal 2

Posing sebelum berlepas dari KLIA 2

Posing bersama anak-anak pulak . Nak tengok kaunter drop bag boleh tengok huruf pada tanda arah kat atas tu.

Kapal terbang sudah tiba

AK 5106  . Terima kasih kepada semua pilot dan crew cabin yang membawa kami ke Sabah dengan selamat. 

Ketua pramugari yang bertugas

My Nayla so far ok jer cuma nak kena pakai seat belt tu yang lemah sket. Meraung-raung dia. Tapi paksa jugak. My Nuha ok jer dia cuma dia takut jugak lah masa nak naik tu. Bila kat atas ok jer. 

Kami 3 beranak satu row

My hubby terpisah dengan laluan orang nak jalan jer 

Ada ajer buat muka dia ni

Haruslah wefie bersama para penjakun. Maklumlah first time naik kapal terbang dan saya first time naik Air Asia.

Baca maklumat keselamatan sampai lebam dan perhatikan pintu kecemasan.

Jangan ambil mudah kan 

Amboi khusyuk baca flyer yer dik sambil hisap jari

Akhirnya tumbang dua-dua sampai KKIA 

Breakfast yang dah kami order online siap-siap

Ini breakfast saya.Chicken Satay Wrap. Sedap jugak RM9.00

Pak Nasser's Nasi Lemak RM12.00 
Kalau bab makan, kejut tak per dia ni. Habis sebekas dia sorang. Adik tak bangun-bangun sampai sudah

Permandangan luar tingkap. Alhamdulillah cuaca ok cuma sedikit berawan.

Membelah awan biru 



Selamat tiba di KKIA Terminal 2

Ni pulak hari nak bertolak balik ke KLIA 2. Semua beg dah beranak pinak gitu. hahaha

Mencabar sungguh otw balik sebab ada bawa barang terlarang. hahaha
Sebenarnya diorang ni bawa balik barang basah seperti ikan, sotong dan ketam sebab memang murah kat sini. Sekali air sotong meleleh . Terpaksa diorang buang sotong yang buat berair tu. Sebelum tu siap cakap ada stok susu dalam tu. Memang ada pun tapi ada tambahan barang basah. Diorang cakap, lain kali nak bawa barang basah, beli polisterin dan bawa naik kat atas lagi selamat . Yang warna biru tu la tong ice box yang diorang letak barang basah tu. 

Drop bag counter di KKIA Terminal 2. Sebab hari tu diorang awal drop bag kat KLIA2 kitorang pergi la tanya nak drop bag awal sekali tak boleh lagi. Dalam 6.30 petang baru boleh drop bag.Flight kami delayed lagi 15 minit so bertolak jam 945 malam yang sepatutnya 9.30 malam.

Terima kasih boz yang baju belang yang merealisasikan impian kami ke sini. Nanti bawa kami ke Sarawak pulak yer..hehehe

Dah bertolak. Tak nampak apa..gelap kan. Cuma cahaya lampu menemani kami. Dalam pukul 1 pagi kami selamat sampai KLIA 2.

Sempat lagi wefie sebelum berlepas. My Nayla dah tidur tak bangun-bangun sampai KLIA 2
AK 5131  . Terima kasih kepada semua pilot dan crew cabin yang membawa kami balik ke KLIA2 dengan selamat. 

Selamat tiba di KLIA 2. Tapi punya lah jauh nak kena dukung my Nayla. Sakit pinggang. Digalakkan bawa stroller lah kiranya kalau dah lewat pagi sampai tu sebab mesti diorang tak nak jalan punya. My Nuha nasib baik ada stroller barang so boleh la naik tu. My hubby lak sakit belakang, terpaksa la mak dukung sampai keluar..huhuhu

Tambang pergi balik dari KLIA 2- Kota Kinabalu RM 1216.26 untuk my hubby dan anak-anak

Semoga ada rezeki lagi lain kali boleh jalan-jalan lagi, In sya Allah. 

Korang pernah naik kapal terbang air asia dari KLIA 2 ? 



Tuesday, June 02, 2015

D'pinang homestay, Melaka

Musim cuti sekolah dah bermula ni kan. Ada merancang percutian ke Melaka?  Hari ni nak promo homestay yang ada kat Melaka pulak . Dah pernah sampai Melaka ker tidak? Kalau tak pernah, boleh la ke Melaka cuti-cuti sekolah ni. Last year kami dah ke Melaka untuk percutian keluarga, Tahun ni kemana pulak yer. Ops.Biarlah rahsia dulu .Ok dah melalut pulak. Ni nak promo D'pinang homestay, Melaka yang terletak di pusat bandar Melaka, iaitu Pantai Klebang dan Pantai Puteri, dpinanghomestay berada ditengah-tengah. Menarik bunyi nyer kan ?

Teringat coconut shake yang saya minum kat Pantai Klebang hari tu. Terasa pulak kat tekak ni. Tapi dah diet ni tak minum dah air manis-manis. Insaf. Tapi kalau korang belum cuba, boleh la cuba, tapi berpada-pada lah yer :)

Antara tempat menarik di Melaka :
  • Zoo Melaka
  • Melaka River Cruise
  • Menara Taming Sari
  • Kota A Famosa
  • Jonker Street
  • Taman Buaya Melaka
  • Dataran Pahlawan

Jom kita tengok kemudahan yang disediakan oleh D'pinang homestay ni .


Dari pandangan hadapan

Garaj yang boleh memuatkan 2 buah kereta


Antara kemudahan yang disediakan antaranya adalah :-

1. Mesin basuh automatik dan ampai yang besar berserta hanger yang banyak supaya memudahkan penyewa untuk menjemur baju (sabun dan pewangi bawa sendiri).

2. Peralatan memasak seperti dapur, kuali, lesung batu, pisau, rice cooker, sudip, senduk, pinggan, cawan dan sebagainya. Bak kata pepatah senang nak masak lah kalau dah bercuti reramai tu kan jimat duit. 

3. Buaian bayi & basin mandian bayi sekiranya pelanggan mahukan, dan ianya PERCUMA. Apa yang anda perlu buat adalah request sahaja!!!!

Ruang tamu 

Ruang menonton televisyen


3 bilik tidur dengan 1 katil queen dan 1 katil double decker dan 2 single



Ada kemudahan dapur disediakan dan peralatan untuk memasak

Peti ais yang disedikan

Antara kemudahan lain yang disediakan



Peta Lokasi

Jalan Klebang Besar
Berada di jalan persekutuan (FT005)
Berhampiran dengan Balai Polis Batang Tiga, Giant Superstore Klebang, Cendol Bakar, Klebang Beach Resort, Palms Condo Villa dan sebagainya.

Kadar harga : 

RM200/malam - Cuti Sekolah/ Hari minggu/ Perayaan

RM180/malam - Hari biasa (Isnin-Jumaat)

RM150/malam - 5 hari berturut-turut 

RM2,000 - Sebulan berturut-turut

Nota : Perlu booking terlebih dahulu. 

Oleh itu, kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyewa di d'pinang homestay yang berpengkalan di Klebang, Melaka. Boleh hubungi pemilik seperti dibawah.  Untuk booking rm50 (akan dikembalikan) 

Fairuz : 012-7454751/019-4212782
Hanie : 019-6609951

Monday, June 01, 2015

Jatuh cinta dengan shawl pin pulak !

Dulu-dulu tengok orang pakai shawl rasa teringin jugak nak pakai tapi tak kuasa mak nak membelit pagi-pagi kan. Boleh naik darah gitu. Hahaha. Tapi sekarang dah berjinak-jinak pakai shawl tapi instant punya lah.Senang kerja mak noks! hehehe . Dah jatuh cinta dengan shawl harus la jatuh cinta dengan shawl pin pulak. Kawan baik dia la tuh kan :) Saya baru ada 4 ketul jer pun shawl pin ni. So pakai la tu sampai lebam.

Ini shawl pin pertama . Jauh datang ni dari Korea :) Ni beli dengan ofiz mate, Lina . 

Ni beli last week kat PPP yang lepas. RM10 untuk 3 pcs. 
Yang ni bentuk bunga. 

Yang ni macam crown gitu. 

Dan yang ni pun bunga warna hitam. Ni tudung dua muka yang kedua. Sesuai pulak dengan muka saya. Cepat dipakai gitu. 

p/s: 
 Gambar hari ini setelah 46 hari berdiet. Muka masih sebesar talam lagi , jangan percaya efek gambar ni . hahaha. 



Nanti kalau dah banyak koleksi shawl pin, kena beli satu bantal pin pulak :) 
credit : https://instagram.com/kitagebu/

Bawah ni ada beberapa instagram yang korang boleh follow untuk beli shawl pin yang menarik.Ada juga instagram bawah ni untuk korang beli borong charm dan pin untuk buat sendiri shawl pin korang nak atau korang boleh jual untuk tambah pendapatan sampingan :) Menarik kan. 



https://instagram.com/zahra_ija/


https://instagram.com/kitagebu/


https://instagram.com/illabahari/



https://instagram.com/koleksiemerald/


https://instagram.com/penitimurahborong/


https://instagram.com/sha_sha_style/


https://instagram.com/20limit/

Korang dah ada banyak koleksi shawl pin? 

** Ini bukan iklan berbayar yer..

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 36 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM50 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Thursday, May 28, 2015

Pewarna kuku Peel Off

Skang ni kat bawah ofiz saya ada PPP ( Pesta Perabis Pitis ) nama manja dia. Asal gaji jer ada la pesta kat bawah tu. Kelmarin terjebak beli tudung dua muka, semalam lak terjebak beli pewarna kuku peel off.Belikan untuk my Nuha la . Dia tu memang suka sangat la pakai inai. Skang dah sekolah, kesian pulak dah tak boleh pakai inai. Hari tu my Ma pakaikan jugak inai kat dia tapi pakai kat kaki jer. Katanya mana cikgu nampak gitu.Tok Ji dia layankan ajer ler.


Semalam, Wina tunjuk pewarna kuku yang dia baru beli dan boleh peel off. Dah tahu pasal ni dah lama tapi tak pernah jumpa pulak orang jual kan. So terus suruh dia belikan sekali untuk my Nuha warna macam inai. Merah la kiranya.Macam-macam warna ada tau. Kat situ ada jual dua jenis pewarna. Satu jenama Miss Rose 18 ml dan satu jenama BK 7ml. Harga sama jer RM5. 

Yang ni jenama BK 

Yang ni jenama Miss Rose.


Saya beli yang ni, Jenama Miss Rose kod warna 21


Jangan risau, untuk berwudhu korang kopek jer dan tak perlu pakai nail remover ke haper. Senang kan :) Bau dia pun tak kuat. Macam bau belon yang masa budak-budak kita tiup dengan straw tu. Yang satu lagi tak try pulak bau dia macam mana. 

Korang dah pernah cuba Pewarna kuku Peel Off  ni ? 


Friday, May 22, 2015

Misi Kurus 3 bulan setelah sebulan berdiet

Rasanya tak lambat lagi nak ucap Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru, yang mengajar saya dari tadika sampai sekarang. Ilmu tidak pernah habis kan.Semakin banyak yang kita belajar, sebenarnya semakin banyak yang kita tak tahu. Pengalaman menjadi guru ganti dan diraikan semasa hari guru memang tidak dapat saya lupakan. Even dah tak mengajar pun masih ada anak murid yang panggil saya cikgu. Diorang sekarang pun dah menempuh alam universiti. Sekejap masa berlalu kan.Tu kisah 10 tahun lepas. 


Ok lah. Berbalik kepada misi kurus 3 bulan saya dah masuk hari ke 34 hari ni dimana hari ni adalah sesi penimbangan. Alhamdulillah hari ni jejak angka 72 KG. Tepatnya 72.3 KG yang sepatutnya saya target 72 KG . Mungkin tersasar target last week dari 73 KG cuma tercapai 73.6 KG.Petua untuk kurus, mesti kena ada penimbang kan ? Dah order penimbang dari Lazada. Sebelum ni pinjam Kak Sal punya. Harap-harap sampai la penimbang saya tu hari ni. Kat rumah tu macam tak yakin sket nak guna sebab tak tahu berat secara tepat. Yang ni saya beli yang digital punya.


Berat terkini. Penurunan sebanyak 4.7 KG sepanjang 5 minggu berdiet.




Saya masih bertahan berdiet mengira kalori . Rasanya diet ini memang sesuai dengan saya. Kena pilih diet mana yang korang selesa dan boleh follow. Setiap hari saya peruntukkan setengah jam untuk kembali mengayuh kuda oren saya tu. Terbakar la kalori dari tak terbakar langsung kan.Kadang-kadang follow zumba kat youtube. Setiap jumaat ada join Zumba anjuran Pewani UiTM. Boleh la keluarkan peluh dari duk kat ofiz atau keluar shopping setiap jumaat. hahaha, Air masih minum sampai 3 liter sehari dan sekarang tambah lagi sebotol air detox untuk my hubby. Dia pun nak kuruskan berat badan. Semoga istiqamah juga la. Selain nak bagi nampak cantik ianya untuk kesihatan kan.hehehe. Lupa nak bagitau, saya masih makan nasi sekali sehari. Segenggam ajer ok ! hehehe

Botol mybottle ni saya beli dari instagram. Memang ok sebab dia ada macam penapis jugak kat dalam so bahan-bahan detox tak der la terkeluar masa minum. Botol dan pouch ni RM 26 termasuk pos.

Rupa penapis dia

Preparation detoxwater setiap malam. Botol detox saya dalam entry ini

Kalau rasa nak mengunyah , saya makan kacang dua ni

Jam dari Lazada tu untuk kira kalori tapi beza seratus kalori dengan kuda oren tu. Dah beli pun murah , mak redha jer la. Atleast ada guide kan..hehehe


Saya ada beli buku Diari Diet dari Susu Sejat. Kat dalam tu boleh tulis la berapa kalori yang masuk dan keluar . So boleh nampak la apa yang saya makan tiap-tiap hari tu. Air manis memang tak sentuh lagi la sepanjang berdiet ni. Hari tu ada buat test gula tu. Pinjam Rai punya. Alhamdulillah bacaan gula 5.8. Harap 2  bulan nak jumpa doktor nanti result masih cun lagi lah.

Darah tinggi pun dah try selama 5 hari tanpa ubat untuk tunjukkan result kat doktor. Yang ni dah lama doktor suruh saya buat. Kalau tekanan darah dah normal mungkin doktor akan kurangkan dos sedikit demi sedikit. Mungkin darah tinggi mengandung tu cuma lambat turun jer doktor cakap. Harap-harap begitulah. 

Bacaan semalam. Pagi ni dah makan balik ubat darah tinggi macam biasa. Harap boleh stop ubat tu atau kurangkan dos atau tukar ubat bila consult dengan doktor nanti sebab ubat ni tak sesuai untuk ibu mengandung. eh :p

Korang dah timbang berat badan ker ? Ada penurunan tak ? Jom sama-sama #sihatcantik 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)