Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tahun ni raya kelima dah muncul kat ofiz. Tu pun sebab sebelum raya kena kuarantin 10 hari sebab my hubby ada close contact dengan rakan seofiznya. Memang tak sabar nak masuk ofiz gamaknya. Isnin tu terus masuk . Hari pertama berpuasa sunat dan ganti terus. Kafe ofiz pun tak buka.
Hari ni bekerja dari rumah sebab esok dah mula PKP 3.0. Sepatutnya wfo hari ni. Redha je la untuk kemaslahatan Ummah. Sebenarnya naik tepu jugak dan asyik nak mengunyah kalau duk rumah ni. huhu. Baru nak turun berat , takkan nak naik balik ni. haha. Done bebel. Kita sambung kisah raya yang rasanya lebih kurang sama je macam tahun lepas.
Sepatutnya tahun ni giliran pagi raya di rumah saya. Namun Covid masih memisahkan kita tak dapat bersua di pagi raya. Eh. Ternyanyi lah lagi . Awal pagi lagi semua dah bangun . Siap-siap nak solat hari raya Aidil Fitri . My hubby pun pukul 6 lebih dah siap nak pergi amik Nasi Dagang yang kami tempah di Restoren Eddiey Mokku.Lepas dia balik , pukul 8.30 macam tu bersedia untuk solat Aidil Fitri. Jom lah tengok gambar raya apa yang adanya pulak. Tak ada yang elok sangat macam biasa. haha
Haruslah bergambar hari raya sekeluarga . My hubby tak nak baju raya. Ok la. Rupanya tema tahun ni memang warna block saya tengok. Sedondon dah tak relevan katanya. hahahaha
Gambar ni Nawfa pulak dah muncung tu kenapa. hahaha
Tahun ni saya sedondon dengan my Nuha. Kisah baju Nuha ni tragis jugak. Yang kelakar, baju saya tu baju raya tanpa sengaja. Remaja sangat untuk saya kan. Sebabnya tu pilihan Nuha. Sekali bila sampai saiz salah. Saya mintak tukar saiz dan dia cakap amik masa semingu sebab dia kena semak dulu. Sekali saya order yang lain sebab takut lambat. sekali sampai pulak saiz yang ngam dengan Nuha. Dah jadi 3 helai baju raya nuha. Satu saiz tu memang saiz saya. hahahaha. Lucu. Sehelai lagi tak dan nak return balik. Tunggu lepas PKP nanti la gamaknya.
Baju raya by Hasnuri
Nawfa pulak pandang Ummi dah kenapa tu. haha
Nayla dan Nawfa baju sedondon tahun ni
Baju raya by Himayya
Anak- anak dara mak
Mak nak posing sorang sat, ni tgh setting kamera.
Anak bongsu pun nak tumpang
Tahun ni tak ada drama. Boleh la posing lebih sket dengan my hubby
My hubby dengan anak-anak daranya
Giliran mak pulak dengan anak-anak dara
Yang ni posing bertiga sementara tunggu my Nuha bersiap. Anak dara dah kan. Lama bersiapnya.
Bersedia solat sunat Aidil Fitri. Tq my Ma sponsor kain telekung raya.
Outdoor dengan my hubby lepas hantar makanan raya untuk jiran-jiran
Teman dia siram pokok lah pulak
Aktiviti pagi raya katanya. Layankan je la. Dah la dia tebas pokok mulbery dan ceri. Pokok nangka pun tinggal tunggul je. huhu
My Ma & Abah. Team raya #terengganu . Alhamdulillah ada adik saya boleh beraya bersama. Tragis jugak buat Ngah saya walau senegeri tapi tak sama daerah. So tak dapat beraya bersama jugak.
#teamrayakualalumpur
Yang ni pun tragis. Tahun lepas takut covid. sekali tahun ni nak berkumpul sebab tak leh merentas daerah la pulak. Sabar je la Long
Team raya #terengganu, Family Adik saya
Family Ngah saya. Baju family diorang by , sepupu saya.
Tahun depan boleh tempah sekali ni.
Anak buah saya yang sebaya dengan my Nawfa. Dhiya Sofea.
Close up Kuah Nasi Dagang
Nasi Dagang
Acar jelantah
Ketupat palas macam-macam jenis my hubby beli. Banyak lagi yang tak kukus.
Kuih raya. Ntah bila beranak. hahaha. Beli 4 balang tapi banyak dapat .
Akhir sekali, Semoga berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan dan Semoga Covid 19 lenyap habis dari bumi. Aaaminn.. Harap PKP 3.0 ni cepat tamat dan dapat segera pulang ke pangkuan keluarga di Terengganu. Cuti masih banyak lagi ni. huhuhu. Buat kawan-kawan, stay safe . Elak bersesak-sesak kat tempat awam kalau tak ada keperluan. Simpan stok makan banyak sikit biar tak kerap sangat keluar kan.
Throwback Raya 2007 - 2020 : http://www.elissmie.com/2017/07/throwback-raya-aidilfitri-2007-2017.html
Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.