Assalamualaikum dan selamat petang. Dah makan ke belum? Kalau belum boleh la pergi makan dulu. Entry hari ni berbau makanan lah lagi. Entah bila nak kurus pun tak tahu kalau asyik mencekik macam ni. Semalam saya bercuti sempena birthday sendiri. Hahaha. Terima kasih kepada semua sahabat saing rodong yang sudi mendoakan saya sempena birthday saya semalam. Saya doakan agar semua kebaikan di balas ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari Allah . In sya Allah.
Sebenarnya my hubby dapat MC semalam, so ajak lah pergi dating. Breakfast je pun. Anak-anak dah pelik sebab tengok maknya pakai kasual kan. Lagi pelik bila tengok Abah pun pakai tracksuit je. Hahaha. Ajak la my hubby pergi TTDI nak makan kat Restoren Mak Uda tapi teringat yang Kid pernah update makan kat Restoren Mak Uda kat shop lot depan AEON tu. Nak pergi punyalah jam sebab waktu orang nak pergi kerja kan. Tapi demi sepinggan nasi minyak kami hadap jua. Nasib la buka kedainya . Bila tanya diorang kata, memang sama dengan cawangan TTDI Jaya . Alhamdulillah
Dengan cinta hati
Restoren Mak Uda Selera Timur
16, Jalan Boling Padang G 13/G,
Seksyen 13, 40000 , Shah Alam, Selangor
Map
Dah sampai rumah, saya keluarkan daging jiran bagi hari sebelum tu. Maka terjadilah nasi daging hentam ajer lah labu. Belasah ajer bahan yang ada dalam almari dapur tu. Alhamdulillah bertambah tambah my hubby dan anak-anak saya makan. Kiranya in lah dengan tekak.
Resepi Nasi Daging @ Pressure Cooker Russell Taylors by Eliss
Bahan- bahan:-
5 cawan beras
2 helai daun pandan disimpul
4 tangkai daun kari
3 sudu rempah kari dijadikan pes (*boleh juga gunakan rempah kurma)
Rempah 4 beradik ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1 kiub ayam
Sedikit garam
2 inci halia diketuk
3 ulas bawang merah dihiris
1 tin susu cair (2 cawan)
3 cawan air
Daging setengah kilo
1 biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
Cara-cara :-
1. Tekan bake by default P10. Masukkan minyak sapi dan tumis rempah 4 beradik , bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan pes sehingga pecah minyak. Masukkan beras, susu cair, daun pandan , daging dan garam ( penutup PC terbuka)
2. Tutup penutup PC.Halakan valve ke seal. Tekan Rice (tekan pressure select - jadikan P10) .
3. Dah keluar tanda bb ( siap masak) , halakan valve ke exhaust . Buka penutup PC. Gaulkan nasi sehingga mesra dan sedia dihidangkan.
Buat sambal masak merah dan sambal nasi ayam dengan timun dan salad. Settle. Sebenarnya nasi daging ni lebih kurang nasi minyak la. Kalau belah kedah ni diorang makan pulak dengan daging bakar cicah air asam gitu bersama dalca pulak. Semua menu daging la hai.
Macam mana? Masih tak ada rasa nak beli pressure cooker ?
Jom beli ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah bila ada pressure cooker . hahaha. larikss..#jommasakelissmie
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, pada suatu masa kami di dalam perjalanan, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang menunggang binatang, lalu dia memandang ke kanan dan ke kiri. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kenderaan lebih hendaklah diberikan kepada orang yang tidak ada kenderaan dan sesiapa yang mempunyai bekalan lebih diberikan kepada orang yang tidak ada mempunyai bekalan.” Seterusnya Baginda menyebut berbagai-bagai lagi harta yang patut dibelanjakan, sehinggalah kami semua faham dan sedar bahawa sesiapa pun di antara kami mempunyai harta yang banyak dan berlebihan daripada keperluan sendiri. Maka mereka tidak lagi berhak ke atas harta-harta tersebut.
(Riwayat Muslim)