Thursday, April 05, 2012

Korang guna filter air tak kat rumah?

As salam semua.Korang guna filter air tak kat rumah? Kalau ikutkan, air dari loji sebenarnya amatlah bersih tapi bila dah lalu paip yang lama maka air bertukar menjadi air karat ( my hubby kan kerja loji pembersihan air :p) .Sejak pindah ni, memang kitorang bercadang nak pasang filter lah sebab bila masak air tu memang jelas nampak kuning tu kan. Dah berapa banyak dah air karat masuk dalam perut ni. Dulu duk menyewa pun memang nampak air tu berkarat . Masa tu tawakal ajer lah :p


Last week,  ada company Blondal ( yang bangunan ada bear atas tu kat batu 3 tu ) datang kat rumah offer filter air ni kan untuk percubaan seminggu gitu. Kalau tak nak , dia akan angkut balik lah filternya ni.Dia sambung terus kat paip utama tu.



Semalam diorang datang nak amik balik la filternya. Since me nak beli terus filternya, so dia tak jadi nak amik la. Filter dia ni namanya Blondal HydroGuard.


Korang tengok beza air yang gambar atas dan bawah. Makin lama guna makin tinggi la kekaratannya. Ini baru seminggu.

Yang menarik pasal produk ni, ianya dah disahkan oleh SIRIM dan mendapat pengesahan HALAL gitu dari JAKIM. Lagi satu, kalau nak basuh tak perlu susah-susah angkut tong tu, just pusing ajer suis/tombol ke apa nama dia tu, then dia keluar la segala air hitam berkarat tu . Then pusingkan balik ke kedudukan asal.Air tu kalau tak nak membazir buat lah jirus pokok. Lagi satu, kalau korang nak pindah mana-mana diorang boleh angkut dan pasangkan sebab diorang ada rangkaian seluruh Malaysia (40 tahun ok syarikat ni dah beroperasi, no wonder la kan)


 Bila dah setuju, diorang fotostat ic dan tandatangan perjanjian lah. Since me amik bayar bulan-bulan selama 18 bulan, so bayaran deposit RM500. Kalau makin pendek, makin rendah deposit dia.Bulan-bulan kena bayar RM100++. Bulanan tu tak yah susah-susah nak bank in ke haper sebab collector akan pungut dari depan rumah saja kan. Menarik kan ? Kalau ada kad kredit pun, zero interest katanya.

Nanti diorang akan datang balik bawa tin kosong dah akan isi barang-barang dalam dia depan mata kitorang sebab nak bagi percaya lah betul ker dia punya lapisan dalam tong tu seperti yang disebutkan tu. Semalam tak leh nak pasang sebab technician dia tak der.




 p/s:

Punyalah bagus servisnya, mesin fotostat pun diangkut kemana-mana ;p

p/s:

So sesiapa nak cuba, dipersilakan contact me elissmie[at] gmail [dot] com , untuk me bagi no contactnya yer :)

Korang guna filter jenama apa kat rumah?

Wall sticker, mana nak cari? RM 18 sahaja, biasa RM50.Dapatkan disini 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)