Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni baru terasa nak blogging. Lama sangat bersawang ni karang blog ni pupus lah pulak. Dah la blog ni dah kena blocked dek fb. Apa lah yang nak dengki sangat dengan blog mak ni pun tak tahu la. Ni pun entry backdated. Saja buat kenangan kat sini sebab saya dan kawan-kawan yang jadi organizer. Sambutan Hari Lahir Geng Meja Bulat untuk September, Oktober , November dan Disember 2019 gitu. Semestinya bulan kelahiran birthday mak. Mesti lah kena beriya lebih sikit.
Hari persiapan dulu kita tayang. Tu pun dah siap-siap posing bagai dah. Dekorasi mestilah oleh Rai . Kami follow jer lah apa yang dia nak kan dengan budget yang lebih kurang terhad la jugak. Siap pinjam Nawfa punya 1st birthday deko sekali. Budget marhaen katakan. haha. Yang berbalut kain polkadot tu adalah peti besi memang berat nak mampus nak tolak dari situ. Terpaksa la deko dia sekali. hahaha
Hasil akhir . Lupa nak amik gambar sebelum. hahaha
Bersama team organizer dihari persiapan
Yani, projek manager
Mak, tukang pegang duit orang.
Bersama team organizer di hari kejadian
Bersama Puan Pengerusi. Dah kenapa kak Yat tidur. haha
Rai dan Puan Pengerusi GMB
Mak dan Puan Pengerusi
Ucapan aluan oleh MC of the day, Puan Yat Kelate
Ucapan penutup by Puan Pengerusi, Datin Amai . eh. haha
Yang memeriahkan majlis dengan tema baju Cik Butang . Sponsor by Hasnuri. hahaha. Banyak la ko punya sponsor. Beli sendiri. hahaha
Di akhiri dengan doa makan. hehehe
Mestilah birthday angels kena potong kek dulu sebelum makan kan
Ulam je hari tu. hahaha. Entah kenapa yang ni je mak snap.Agaknya busy nau hari tu.
Kek birthday
1 kek is too mainstream. Mesti kena dua. hahaha . Pentamak kalori
Pulut kuning sponsor by Puan Azni
Posing je lah sampai lebam
Posing je lah sampai lebam
Posing je lah sampai lebam
Posing je lah sampai lebam
Mak pun tak habis jugak posing dah blog mak
Rai pun nak jugak. haha
Satu lagi.
Lagi?
Dan lagi..
ok last. hahahaha.
Semoga berjumpa lagi di sambutan birthday GMB Angels akan datang dengan Puan Pengerusi baru dan organizer yang lain.
Doa Dijauhkan Mudharat & Wabak- (Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan sesiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam)." Perawi berkata: "Lalu Aban tertimpa penyakit lumpuh, hingga orang yang mendengar hadith daripadanya melihat kepadanya (Aban), maka Aban pun berkata, "Kenapa kamu melihat aku? Demi Allah, aku tidak berbohong atas nama Uthman, dan Uthman tidak berbohong atas nama Nabi SAW. Tetapi pada hari ketika aku tertimpa penyakit ini, aku sedang marah hingga aku lupa membacanya." (Hadith riwayat Abu Dawud, no. 5088, at-Tirmizi, no. 3388, Ibn Majah, no. 3869, Ahmad, no. 497)