Monday, January 14, 2013

Kelahiran Nur Nayla Hazeeqa @ 36 Wks

Sehari selepas entry terakhir saya hari tu, malam tu saya terpaksa pergi hospital sebab tekanan darah semakin tinggi dan tinggi. So doktor tak nak amik risiko dan terpaksa melakukan pembedahan emrgency gitu laa kekdahya. Ubat sawan terpaksa diberikan untuk mengurangkan risiko sawan. Dah ada tanda sawan iaitu kehadiran protein dalam air kencing.Demi menyelamatkan baby dan ibu, terpaksa la sekali lagi saya dibedah. Yang tak best didengar tu, doktor cakap, kalau ada rezeki sorang lagi memang terus kena pembedahan jugak la. Maka, 3 jer la anak saya nanti :p Insya Allah.


I'm officially mummy of 2 princess :) 


Born @ 36 Weeks , 1.9 KG , DEMC , 10.19 p.m - Nur Nayla Hazeeqa ( Cahaya Orang Yang Berjaya Yang Pandai )

tiny little feets


Terima kasih kepada semua doktor dan nurse yang terlibat dalam membawa khalifah kecil ini kedunia dengan Izin Allah..Terima kasih kepada my hubby dan family dan kawan-kawan yang datang melawat.

Sayang, 

hadiah hari lahir untuk sayang ni awal pulak tiba :)


Proud Tok Ki dan Tok Ji, cucu ke 5 . Cucu perempuan kedua :)


My Nuha yang sayang sangat kat adik dia, tapi dalam masa yang sama jelez jugak :p 

Skang my little princess terpaksa ditahan di DEMC sebab kuning . Doakan my princess cepat keluar. Sedih hari ni tak dapat pergi tengok dia dan breastfeed dia sebab my hubby dah kerja hari ni.Harap-harap dapat pergi tengok dia lepas hubby balik kerja karang, kejap pun jadilah...Rindu sangat....

p/s: 

My Nayla lahir tak perlu dimasukkan dalam inkubator sebab semua organ dia dah matang dan boleh bernafas sendiri cuma saiz ajer kecik :) Terima kasih atas ingatan dan doa semua :)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)