Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Scan 27 Minggu , raut wajah baby 2D dan Suntikan Tetanus

Hari ni kandungan saya sudah berusia 29 minggu 1 hari.Lawatan ke DEMC bulanan ni saya buat sehari sebelum berangkat ke Melaka hari tu.Alhamdulillah, kandungan baik-baik sahaja.Tekanan darah pun ok. Jom la kita tengok gambar scan baby.

 Doktor nak sangat naik kan, hah dah naik pun berat saya. Dah naik 0.5 kg sebelum mengandung hari tu. Tapi kiranya naik 3 kilo lebih dari bulan lepas. Syabbas !!

Kongsi cerita kat sini dan menang hadiah !!


Hari tu mengadu kat doktor pasal tak dapat tengok muka baby masa 3D scan sebab dia tutup muka ( yang 3D tu doktor lain yang buat bukan gynae saya ) so untuk tunaikan permintaan saya, dia scan muka baby dan inilah hasilnya :) Iras siapakah baby ku ini. Hidung tu macam Tok Ji dan Opah dia jer, mancung :) Nama pun dah ada untuk baby NH kali ni..N saya yang pilih, dah H my hubby yang pilih. Tungggggu :) Konsep nama masih sama, NNH lah bagi baby girl.Kalau boy, MNH.



Kena cucuk tetanus kali ni dan jumlah bil RM 361.60 . Buntang biji mata kalau sendiri nak kena membayarnya, tapi seb baik panel cover...phewww..Tapi cucuk tetanus kali ni tak sesakit masa my Nuha dulu. Kalau dulu satu hari rasa kebas jer tangan.

Suntikan tetanus adalah vaksin yang disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai Clostridium Tetani. 

Perlukah suntikan Anti Tetanus Ketika Hamil  ? Klik sini untuk baca selanjutnya..

p/s: 

Bulan depan kena minum air gula (MGTT) pulak ..haish..


Anak korang pulak banyak iras siapa ? 

p/s:

My Nuha ada orang cakap iras hubby, dan ada cakap iras saya..Kami kan seiras :p 

My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, November 02, 2012

Repeat Detailed Scan @ 26 Minggu, Fridge Magnet Percuma

Masih ingat detailed scan saya yang lepas [baca sini]  ? Hari ni, doktor scan yang mana tidak kelihatan dengan jelas hari tu iaitu mata dan jantung . Alhamdulillah, dua-dua pun ok. Kat DEMC tiada pakar jantung, so kalau baby ada masalah jantung memang tak boleh proceed kat DEMC .

Doktor cakap baby nakal sebab selalu tutup muka. Memang tak berjaya la nak tengok 3D/4D :( Mulut pun sekali ni jer dia tak cover, lepas tu sampai sudah dia tutup. Sabar jer lah.

 
  
Tengok tangan tu...Haishhh...Alhamdulillah mulut baby NH tiada masalah. 

Jantung hatiku punya jantung pun tiada masalah. Alhamdulillah :)

Dapat lagi sekeping CD.

Nak menang 15K ? Kongsi aktiviti yang buat korang rasa gembira, dan menang !!


Bil hari ni : RM 50 sahaja

Kalau korang buat appointment dengan DEMC, make sure datang setengah jam awal dari waktunya sebab sebelum tu nak kena isi borang panel / GL. Tapi kalau bayar sendiri , tak perlu la isi apa-apa, boleh la datang lewat sket tapi jangan lewat sangat especially detailed scan ni, setengah jam sorang.Kalau dapat no 3 tu dah hampir sejam lebih menunggu.  Tadi kiranya antara yang awal jugak, dapat no 2. Tak de la berjanggut menunggu macam hari tu. Tapi korang boleh jer isi masa terluang kat situ. Selain dapat akses wifi secara percuma, ada kemudahan lain yang disediakan.


Kalau bosan, ada majalah Parenting dan majalah lain.




TV pun ada.

Dan air percuma. Hari ni air anggur.


Kat DEMC ada antenatal class , RM 20 sahaja.
Sessi akan datang : 17 Nov 2012 & 24 Nov 2012
Boleh call diorang : 03 5515 1882/828

Korang kalau bosan menunggu di hospital buat apa?


Tadi singgah kat myNEWS , tengok ada FM percuma. Take me for free. Terus rembat 2 :p Ingat nak rembat lagi banyak tapi segan pulak .hahaha. Ada 4 jenis atlet berlainan sebenarnya, tak tahulah ni percuma kalau beli apa. Tapi kat situ, dia letak jer free, tak yah beli apa-apa :p

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, October 23, 2012

Detailed Scan Minggu 24 @ DEMC dan Scan 3D/4D tidak berjaya

Jumaat lepas, ada appointment untuk detailed scan dan Scan 3D/4D di DEMC. Saya yang menurut perintah ajer la. Appointment pukul 9.30 tapi 10.20 baru dapat masuk bilik padahal saya nombor tiga. Sorang-sorang lebih setengah jam untuk detailed scan ni. 


Detailed Scan / Anomaly Scan - This scan takes a close look at your baby and your uterus (womb). Most women are offered a detailed scan at about 20 weeks to look for any structural problems or birth defects in the baby. Doctors usually call this a fetal anomaly scan, and may also be used to check the position of the placenta.source- here

Jom kita tengok apa yang doktor check untuk detailed scan kali ni.Alhamdulillah semuanya normal.Tapi jantung tak boleh tengok dengan jelas dan  3D/4D scan tak berjaya dilakukan jugak sebab baby NH tutup muka. Kena repeat detailed scan untuk tengok balik jantung dia dan mulut/ hidung sebab kedudukan baby yang menutup kedua-dua belah muka dengan tangannya tu..geram mak ! haisshhh ! Appointment seterusnya pada 2 November depan.

 Ni full view di minggu ke 24

Ini kaki yang kuat menendang sejak akhir-akhir ni.

 Mata. Adakah sepet seperti Umminya :p
Mata tu, sebenarnya bukan bahagian mata baby. Itu bahagian kepala baby, di kira diameter parietal nya. ( BPD)..Itu gambar otak kiri & kanan, ada nampak pembahagian tengahnya - tq doc !



Tulang belakang  

Ginjal kalau tak silap

 Bunyi degupan jantung

 Tulang peha. Masa check kat sini, doktor tengok sekali gender. Kosong ajer katanya. hahaha. Gegirl lagi la , so boleh recycle baju kakak. Mode : redha asalkan selamat dan sihat walafiat :)


Tali pusat

Ukuran saiz otak tak silap .Kalau salah jangan marah :p banyak sangat nak kena ingat :p



Ni cecair ammnion kot ker plasenta ntah. Tapi doktor cakap plasenta punya kedudukan dah naik. Alhamdulillah tak menutup jalan keluar. 
Harap-harap boleh bersalin normal



 Rumusan dia la ni. Tak faham sangat ;p Tapi yang pasti EDD 5/2/2013 ( estimated due date ) :p


Caj yang dikenakan RM100 sepatutnya RM250 sebab  3D/4D scan tidak berjaya tu ! 
Dapat jugak CD semua koleksi gambar untuk detailed scan ni sebanyak 19 keping. Ada yang tak faham/ tak ingat  so tak letak kat sini. hahaha

Definisi Asas Ultrasound

BPD........lebar kepala HC..........ukur lilit kepala AC..........ukur lilit tbuh FL...........panjang tulang peha HL..........panjang tulang bahu RAD........tulang radius/lengan belah ibu jari ULNA......tulang ulna/lengan belah jari kelingking TIB.........tulang tibia/tulang betis besar FIB.........tulang fibia/tulang betis kecil NB..........nasal bone/batang hidung NT..........tebal kulit tengkuk NF..........tebal kult tengkuk CM.........cecair bhgn belakang otak CEREB....otak kecil AFI.......jumlah air ketuban EFW.....jangkaan berat bayi PLACENTA.....uri PLAC ANT.....placenta bhgn atas PLAC POST....placenta bhgn belakang PLAC FUNDAL....placenta bhgn atas puncak rahim PLAC LOW LYING...placenta rendah (sblm 28minggu) PLAC PREVIA.....placenta rendah (slps 28minggu) PLAC U/S.....placenta tinggi CEPH...kepala di posisi bawah/pubic BREECH......songsang/kepala di bhgn atas TRANSVERSE.....melintang

Korang dah pernah buat detailed scan dan 3D/4D scan ?


Thursday, October 11, 2012

Mana nak beli bedung bayi moden ?

Lagi beberapa bulan, baby NH akan keluar tapi saya ni satu apa pun tak beli lagi. Konon-kononnya masih awal lagi kan. Lagipun banyak barang dah boleh beli secara online tinggal kita nak penuhkan duit dalam bank sahaja. hehehe.

Hari tu, saya ada tengok Ceera pakaikan anak dia, Yunnan dengan bedung bayi moden. Masa my Nuha dulu saya ada jugak beli 2 -3 helai kain bedung. Tapi sekejap ajer pakainya, sebab my Nuha asyik berjaya ajer meloloskan diri dari dibedung. Bila dia besar sket, kain tu memang tak cukup panjang nak bedungkan dia dah. Tiba-tiba tangan dah cekau muka . Bedung tradisional adalah kain lebar, dan caranya balut bayi beberapa kali untuk kemas/ketatkan bedung.

Korang pernah guna bedung bayi moden atau tradisional ?  


 Teknik Konvensional Cara lipatan dan Simpulan Bedung bayi tradisional.



 Jom kita tengok bedung tradisional yang my Nuha pakai.
 
 Yang ni bedung masa DEMC . Hospital punya !

Yang ni saya bedung pakai kain lampin.Mula-mula ok lagi. 


Lepas tu, tengok tangan dia, cepat jer berjaya meloloskan diri.

Sekarang ni dah ada pulak bedung bayi moden.Gugu Swaddle Pod bedung bayi moden dengan inovasi terkini. Korang hanya perlu zipkan sahaja, bayi dibedung dengan kemas dan selesa.Bedung ni sangat sesuai dari bayi baru lahir hingga 7KG tau. Lama lah kiranya boleh tahan kan. Ianya diperbuat daripada material cotton elastik yang sesuai dengan iklim Malaysia.Siap boleh basuh dengan mesin lagi ( Sesuai sangat kan untuk ibu yang banyak makan vitamin M :p ) Pilihan warna pulak memang menarik dan ada yang siap bercorak bagai lagi !


Soft Blue ni menarik sungguh. Yang ni jenis warna plain.

 Yang ni pulak corak-corak, geram pulak  menengoknya ..


Ni pilihan warna yang lain yang menggoda jugak warnanya...haisshh. 
Memang kena beli satu untuk baby NH nanti.



Alahai comelnya model cilik ni dengan bedung moden yang stylo ni kan ?

Macam mana nak guna bedung moden ni ?


Langkah 1
- Buka zip bedung seluasnya
- Ratakan bahu bayi dengan bahagian atas bedung
- Masukkan tangan dan kaki bayi

 

Langkah 2
-Zip bedung hingga atas. 



Langkah 3
- Ikat bahagian bawah bedung yang berlebihan (jika bayi kecil).


 Langkah 4
- Buka zip bahagian bawah sahaja untuk menukar lampin atau ketika meletakkan bayi di kerusi kereta (carseat).


Mudah betul step nak pakai bedung moden ni kan ?   
Korang tak nak tahu ker berapa harga dia??

Cuma RM 35/ Sehelai .Harga belum termasuk pos. Courier RM7 Semenanjung/ RM11 Sabah/Sarawak.



Bedung bayi moden ini didatangkan dengan kotak yang menarik jugak tau !

Untuk pembelian, korang klik ajer link kat sini  ---> https://www.facebook.com/KedaiMamaAndKids/app_251458316228

*Untuk pembelian borong (minimum 6 helai), emelkan kepada :
Nuraliyah Mn | 0137443606

KedaiMamaAndKids@gmail.com


Facebook : KedaiMamaAndKids


Apa lagi ? Kita terjah sekarang ! 


Kot-kot lain kali korang nak beli Gugu Swaddle Pod bedung bayi moden ni, dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)
 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan diri, blog peribadi  atau blog bisnes serendah  
RM 3/Sebulan disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan lebih 6 bulan, korang akan dapat satu review yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.


Tuesday, October 09, 2012

Scan 22 Minggu , Jantina Bayi dan Lai Chee Kang

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 22. Perkembangan bayi dalam rahim sama dengan EDD. Tendangan baby NH dah mula terasa. Memang aktif betul . Asyik nak menendang dan menumbuk :) Uri Alhamdulillah dah tidak menutup laluan macam scan yang lepas dan baby dah tak songsang. Air ketuban pun ok. 




Ni gambar scan. Berat baby NH sekarang 490 gram ! Dah hampir setengah kilo. 



Tapi berat saya naik 500 gram dari checkup sebelum ni. Jadilah 72 Kilogram. Baru naik 2 kilogram dari berat sebelum mengandung hari tu. Haishh..Janji baby sihat walafiat.

Minta doc tengok-tengokkan jantina. Doc cakap macam leper ajer tapi doc cakap jangan percaya lagi. Ada harapan lagi kan ? hahaha.Hari jumaat ni, ada 3D scan untuk scan terperinci. Dulu pernah buat masa my Nuha tapi my Nuha asyik la tutup muka so, doc tak print. Harap-harap baby NH  dan tunjukkan apa yang kami nak tengok .Jantina dia lah :) Bil kali ni : RM329.00



Ni gambar saya yang terkini.
 Still muat pakai baju kurung pergi ofiz  sebenarnya walaupun ada sedikit buncitan :)


 Ni Lai Chee Kang, Tirai Ratus Seksyen 3 Shah Alam [ review sini dan sini]
Rasa biasa-biasa sahaja dan isi tak banyak. RM 4.50

Siapa tahu mana nak cari Lai Chee Kang yang tersedap di sekitar Shah Alam ?

p/s: 

Bukan saya yang mengidam tapi ini ibu yang telah bersalin yang mengidam..hahaha. Ampunkan saya Niez ;p


Thursday, October 04, 2012

Workstation Ibu Mengandung di pejabat ?

Sejak dah berbadan dua ni ( sudah masuk minggu ke 21) , dan sudah hilang mabuk, maka pagi-pagi dan petang-petang memang selalu lapar ajer. Kiranya perkataan LAPAR tu adalah rakan baik untuk ibu mengandung. Setuju ?



Jom kita tengok workstation saya sebelum hamil dan selepas hamil. Ada perbezaan tak ?


Sebelum hamil :)



Selepas hamil :) - Ada tambahan little pantry dalam workstation. 
Nasi lemak tu breakfast pagi ni, ofiz mate, Shikin  jual . Sedap pulak tu :)

Close up sket apa yang ada :p


Paling suka makan biskut marie cicah milo panas- panas :p



 p/s:

Kalau boz baca entry ni, mati.hehehehe.Keja ko ni programmer ker makan ni ? hahahaha. 




Thursday, September 27, 2012

Mood ke laut, atau betul ada kat laut ? Ole-ole dari Kashmir pulak

Hari ni tak sedap badan. Rasa loya dari semalam. Entah mana silap makannya. Dah dua hari, asal malam jer tak lalu makan. Nasib baik pagi dan tengah hari ok. Tapi pagi ni, langsung tak boleh nak telan apa-apa. Tadi jamah laksam yang beli pagi tadi. Memang tekak tak lalu nak telan tapi si kecik duk tendang-tendang ni, terus paksa diri makan. 





Hari ni dah masuk 20 minggu. Sekejap ajer masa berlalu kan. Perut pun dah nampak kedepan sket :) Harap-harap berat badan bertambah agar tak kena marah lagi dengan doktor checkup 7 Oktober nanti !



 Mood ke laut, atau betul ada kat laut ? Ni capture kat Pantai Paka terengganu last week :) 
Air surut best ! Tapi saya tak jamah pun air. Bagi anak jer main air dengan sepupu dia.

Ni ole-ole dari Kashmir. Beg tu selamat dah dengan my Nuha. Drama sangat dia tu, siap cakap dia suka warna beg tu dan Auntie Nenek baik sangat ;p Baik punya bodek :) Nak makan pun pakai lagi !

 

Yang best, bertambah lagi FM antarabangsa mak ! Suka sangat :) Taj Mahal ok !

Setelah sekian lama , akhirnya sampai jugak Sealer yang ditunggu . Esok-esok saya tunjuk macam mana nak guna yer. Tapi tak berapa puas hati dengan produk ni  sebab semacam indah khabar dari rupa ;p Tapi ok la sebab saya tak guna duit tapi pakai voucher ajer RM28 ;)
Beli kat milkadel , klik sini utk register.
Tapi beli kat milkadeal memang tak pernah barang tak sampai !


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)