Showing posts with label personal stuffs. Show all posts
Showing posts with label personal stuffs. Show all posts

Tuesday, November 05, 2019

Jualan Gudang Akhir Tahun 2019 @ Karangkraf , Seksyen 15, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Weekend lepas ajak my hubby bawa anak-anak ke Jualan Gudang Akhir Tahun 2019 @ Karangkraf , Seksyen 15. Lama dah tak pergi kan. Last dulu pergi tahun 2012 kot. hahaha


Kali ni ada 2 ulat buku yang akan memperabiskan duit my hubby. hahaha. My Nuha dah cakap dia nak beli novel so lama sikit boleh baca buku. Gitu. Adik pun tak nak kalah. Dia pun nak buku jugak. 


Mula-mula cari buku pelajaran dulu untuk dua beradik tu. Yang ni Pakej Bestari 5 buku RM 10


Yang ni RM 20 . Harga asal RM 25


Menarik sebab tulisan tangan dan ada gambar-gambar


Sebiji macam tulisan Ngah / Long saya. haha. Dah la kartun2 tu pun hampir sama. 


Memang menarik dan mudah faham jalan kerja yang digunakan. Boleh la beli satu untuk panduan mak bapak sekali. hahaha


Yang ni penghibur suasana je. Tengok la setahun dua lagi. Bakal ulat buku jugak ni


Yang ni my Nuha punya novel. Yang ni RM5 sebuah


Adik pun nak buku la Abah ...


Yang ni my Nayla punya . Pakej Kanak-kanak RM 20 3 buah 


La tak boleh beli buku lagi ke ? TKDMKA


Yang saya cari ni. Al Quran dan Tafsir. Yang ni RM70. Less RM35


Tulisan pun besar


Ada hadis sekali 


Yang ni my hubby punya RM 3 sebuah


Tak bagi buku, saya main kasut je la


Dua beradik yang gembira tapi muka masam je sentiasa. huhuhu


Ok. Jom la balik anak-anak selepas menghabiskan duit Abah korang . hahaha


Total burst  RM106.20 

Korang pergi ke jualan Gudang Akhir Tahun 2019 @ Karangkraf  ? 

#MalaysiaMembaca
#JualanGudangKarangkraf
Kelebihan Membaca al-Qur’an
Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, October 31, 2019

Kos Servis Myvi Mileage 20,000 km

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selasa lepas saya walk in untuk servis Myvi di Pusat Servis Perodua Kawasan Perindustrian Bukit Raja untuk mileage 20K. Selalu lupa nak call dulu. Padan muka. So terpaksa la tinggal kereta dulu dan balik ofiz. Kalau booking appointment dulu, kereta kita akan diservis cepat tapi kalau walk in kena la beratur. Kat situ memang disediakan breakfast tapi sebab saya tak breakfast ,saya balik ofiz jer lah. Terima kasih Kak Yat, Rai dan Ziera mari amik. Diorang pergi breakfast kebetulan kafe tutup hari Selasa lepas tu. 


Pusat Servis Perodua Kawasan Perindustrian Bukit Raja


Apa yang diservis untuk mileage masuk 20K km ni. Saya pun tak faham. Tapi tu lah yang ditick kat buku servis Myvi saya. Yang dia tick tu lah yang dia tukar lah gamaknya kan. Oil Filter, D.Plug Gasket, Air Filter, Cabin Filter, Engine Oil & Battery Water. 


Ni nombor untuk booking appointment untuk servis . Kena buat minimum sehari sebelum.


Pukul 8.30 saya hantar. Pukul 11 pagi diorang dah call suh datang amik kereta. Dah bayar siap dapat gift lagi. 


Dapat bath towel. Alhamdulillah. Rezeki. Mak-mak sangat lompat bintang dapat towel. hahaha


Tengok berapa kena kali ni. 


Close up sket. Total : RM 314.20 


Tahun depan kena pakai car seat . Tapi budak kecik ni memang duk dalam car seat dari baby lagi. Jadi no hal lah. Car seat ni turun temurun dari zaman my Nuha. 10 tahun usianya. Masih releven lagi kah? huhuhu


Bulan ni banyak perabis untuk si merah ni. Genap setahun memilikimu. So sambung roadtax dan insurans yang bakal berakhir November ni. Semua buat sendiri, jimat yang mana boleh jimat. Tidak sia-sia pengalaman menjadi kerani insurans dulu . hahahaha



Sumber : https://bit.ly/2MHEqhh

Monday, September 30, 2019

Pengalaman Pertama Order Guna foodpanda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Biasalah kalau bab jakun serah kat mak lah. Orang lain dah lama order guna foodpanda, baru nak cuba . Lepas ni boleh la selalu order yer. Sekarang musim student tengah ramai sebab dah mula buka sem kan. Kafe pulak tak banyak pilihan. Lagi la kalau lambat, habis la jawabnya. Ingat student je boleh mengadu. hahaha. Staf pun nak mengadu jugak.

So sebagai inisiatif staf yang berhemah, moh la kita order saja guna foodpanda.Yang best kalau nak order tak perlu guna mobile app pun boleh.


Guna browser je https://www.foodpanda.my
Masukkan alamat dan tekan Delivery. 


Pilih la korang nak makan apa. Boleh filter yang Free Delivery untuk penjimatan, 


Satu order boleh pilih dari satu kedai je. Tak boleh nak combine. So kalau nak ramai-ramai kena ikut selera majoriti la. 



Untuk kali kedua, kami order dari Ayam Penyet Nusantara.Ada penjimatan kat situ? Nak tahu. Boleh teruskan pembacaan.


Boleh tengok berapa lama nak sampai makanan yang kita order. 

Dah sampai rider akan call.


Sebelum tekan Place Order, klik pada Do you have a voucher ? Nak dapat voucher boleh tengok kat Shopback.  Dapat lah jimat RM 6.50 hari ni . Best sebab ada Cash on Delivery.


Register Shopback

Alhamdulillah. Dah 2 kali dah order guna foodpanda. Makanan cepat sampai. Tapi lagi best kalau boleh request dari kedai. Banyak cekadak pulak kan. Tapi itulah, kalau bahagian ayam mak suka thigh atau drumstick. Yang lain so far ok. Rider pun ontime je. Makanan pun sampai panas-panas gitu.


Menu hari ni Lele Penyet. Alhamdulillah.Kenyang lunch untuk hari ni. Esok nak makan apa pulak yer? 
Korang dah pernah order ke guna foodpanda?

Mencari Rezeki Yang Halal .
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Thursday, September 19, 2019

Buku Skrap Sejarah Identiti Negara Tahun 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Simpan sini buat kenangan membantu my Nuha buat Buku Skrap Sejarah bertajuk Identiti Negara. Dia masuk pertandingan sempena Bulan Kemerdekaan untuk Panatia Sejarah sekolah dia. Minggu depan baru sekolah dia umum pemenang.Tak kisah la nak tak menang pun. Dah menang kat hati mak dah. Cia cia cia. Semua barangan skrap beli kat MR D.I.Y . Cuma Binding set je beli kat Tesco sebab tak jumpa pulak kat MR D.I.Y. Tak banyak sangat bahan yang ada. Patut kena pergi kedai Maria banyak sikit bahan nak buat buku skrap ni.


Muka depan Buku Skrap. Craft Decoration Alphabet tu RM 1.79


Sticker Fonts tak silap dalam RM6


Adhesive Sticky Note Marker Index Tab  RM 3 


Binding Set RM 6.60 . Kertas warna warni dengan plastik dan 2 keping hard cover untuk kulit depan dan belakang


Penghargaan by My Nuha


Yang ni guna Multicolor Cute Sticker Bookmark Sticky Notes 


Kertas warna pun guna sekali untuk hiasan


Dia jadikan bentuk pokok dan tampal sticky notes berbentuk epal. Menarik lah jugak ideanya. 


Rujukan : Buku Sejarah Tahun 5


Update : My Nuha dapat hadiah saguhati dalam pertandingan ni. Alhamdulillah :) 

Sebaik-baik Infaq Adalah Menafkahi Keluarga
Daripada Thauban RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." (Hadith riwayat Muslim: 994, at-Tirmizi : 1966, Ibnu Majah : 2760, Ahmad : 21346, 21372, 21416)

Thursday, August 29, 2019

Pengalaman Pertama Penggunaan RFID

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Korang dah pasang ke RFID pada kereta korang? Kalau belum, better korang pergi sekarang sebab promosi pemasangan percuma akan tamat pada 31 Ogos ni.Saja bagitau lambat biar korang tak sempat register. Boleh la mak buat lorong RFID tu macam mak punya lane. hahahahaha

Hari Sabtu hari tu , saya walk in ke Pusat Pemasangan RFID kat Tesco Setia Alam. Kiosknya terletak berhampiran dengan Digi Store.Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.  Pastikan dokumen lengkap sebelum walk in dan daftar e-wallet siap-siap. Tempat lain korang boleh tengok kat sini : https://www.tngdigital.com.my/rfid

Dokumen yang diperlukan untuk dibawa bersama:

  1. Kad Pengenalan atau Lesen Memandu asal / salinan atau Passport (jika bukan warganegara Malaysia)
  2. Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (Geran) atau Nota Perlindungan Insurans yang sah (Cover Note)
  3. Surat kebenaran dari pemilik kenderaan (jika pemegang akaun Touch 'n Go eWallet dan pemilik kenderaan berbeza). Muat turun Surat Kebenaran Korporat atau Surat Kebenaran Pemilik Kenderaan. 
  4. Sudah tentu, kenderaan korang !!
Register terlebih dahulu kat sini. 


Ada jugak fotostat kat situ kalau lupa nak buat salinan. Tapi nak cepat fotostat siap-siap.


Bawa kereta kat tempat pemasangan RFID. Kat ruang parking kalau di Tesco Setia Alam. 


Saya punya dia terpaksa letak kat cermin kereta sebab tinted device RFID tak dapat detect sebab silau. Gitu la dia explain. Kalau dia tak betul, mak pun tak betul. Kira halal lah. hahaha


Ni kereta Ad. hahaha. Dah ada dalam whatsapp buh sekali la kat sini.Buat pada hari yang sama. Kitorang memang suka la last minute janji free lagi yer tak. 


Lepas dah pasang, nanti dia bagi borang suruh sign. Katanya lepas 3 hari baru activate. Tapi esoknya my hubby dapat SMS kata dah activate. Terus petang tu kami pergi cuba. hahahaha

Tu dia first transaction.Bagi yang claim tol kat ofiz, jangan risau, dari app e-wallet tu boleh generate report tol dan boleh email ke email korang dalam bentuk PDF. 

Pengalaman saya yang dah hampir 4 hari menggunakan lane RFID ni kita tak boleh nak laju sangat sebab pelekat tu betul-betul detect masa kat depan pagar RFID tu. Bila terlaju sket kena la undur balik. Sepanjang guna ni ada sekali kena undur setakat ni.Tapi ok lah kan sebab lane RFID yang saya lalu ni memang lengang je. So masih boleh bertabah lagi dari lane Smart TAG yang sesak sekarang ni. hahahahahaha. Dajjal tui...Berlagak. So , nasihat saya korang tak payah la nak pasang RFID biar mak buat lane RFID tu lane mak punya. hahahaha. #pembaris #khidmatmasyarakat

Apa pengalaman korang tentang penggunaan RFID ? 


Kebaikan VS Dosa : Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa." Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya." (Hadith riwayat Muslim, No: 2553, at-Tirmizi, No: 2389, Ahmad, No: 16973).

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)