Showing posts with label koleksi fridge magnet. Show all posts
Showing posts with label koleksi fridge magnet. Show all posts

Thursday, August 01, 2013

Bunga api nostalgia masa kanak-kanak dan Poskad Raya serta Fridge Magnet dari Australia

Lama dah tak der segmen nostalgianya@elissmie kan. Kalau nostalgia pasal makanan berbuka makhrukh pulak kan. Yang tu sambung JJCM lepas rayalah. Ni saya duk teringat masa kecik-kecik dulu, lepas jer berbuka mesti sibuk nak main bunga api.Biasa Abah akan bagi saya dan adik dalam 5 batang setiap malam. Kira cukuplah untuk main selama sebulan tu kot.hahaha. Lepas dah habis main bunga api, mesti bakar kemuncup. hahaha.Janji dapat main api. Adik aku dengan semut-semut dia bakar.Nasib baik belum mumayyiz lagi masa tu. Nostalgia sungguh dua beradik main bunga api. 



Sekarang ni giliran my hubby pulak buat tu kat my Nuha. Hari-hari tak sure pulak berapa batang bunga api dia bagi sebab saya pantau dari jauh ajer. Lepas tu balance bunga api dia sorok kat dalam bilik. hehehe. Mak saya dulu dia letak atas almari tinggi. Memang tak boleh nak ambik lah kan. 

Ini la bunga api yang saya main masa kecik-kecik tu.

Ni stok untuk my Nuha main.Kat situ ada mercun pop dan jenis besi. Yang lain-lain memang tak bagi main la.Bahaya kan. Especially mercun bola yang mana banyak kes yang meletup tu termasuk cucu jiran saya yang hilang 3 batang jari tak silap. Keluar newspaper masa tu. Masa tu saya ada  kat rumah. Betul-betul hari pertama puasa.




Lagi setahun dua my Nayla boleh join sama.Buat masa sekarang bagi kakak dulu :p

Korang masa kanak-kanak selalu tak main bunga api  ?



Semalam masuk ofiz tengok ada surat cinta atas meja. Rupanya poskad dari Australia dari Isabelle. Giveaway yang mana pun aku dah lupa. Tapi yang paling seronok....



Mestilah FM matawang Australia . Kalau boleh tukar, memang pergi Adelaide tu Is :) Terima kasih Is. Dah setahun sejak hari last day aku jumpa kau[ entry ini ] ..Sekejap ajer..

Monday, July 15, 2013

Pemenang Teka Cek Nuffnang dan Fridge Magnet Langkawi



Ini jumlahnya. Pencapaian tertinggi setakat ni atau sebenarnya tak perasan nak cash out.hehehe. Tak banyak mana pun tapi bersyukur jugak tampung yang mana kurang kan.

RM 200.22

Pemenang yang paling tepat dengan tekaan RM200.


{ MamaSue }


p/s :

Sue, nanti saya balik raya terengganu, saya cari FM dari Terengganu yer sebabnya Sue ni adalah rakan seofiz kan. Tak kan nak bagi FM UiTM ;p



FM langkawi Long bagi time dia pi Langkawi 2 minggu lepas. Tq :)
 Bertambah koleksi FM langkawi kepada 3 :) 



Bulan ramadhan ni JJCM @ elissmie.com dihentikan seketika yer . Kita bawak masuk segmen baru iaitu satu hari satu gadget di dapur @ elissmie :p 


Hari ni nak tayang mould atau acuan agar-agar yang saya ada. Bentuk bintang dan cengkerang beli kat Checkers Shah Alam. 
Murah harganya cuma RM2.50 untuk sepuluh acuan setiap satu :) 
Petang ni nak buat lagi sekali Agar-agar santan rasanya...Beli kat pasar ramadhan RM 2 5 ketul cinonet ajer.Alahai...



Friday, July 12, 2013

Cek Nuffnang ke 12 , Kadar bayaran parking DEMC dan Koleksi Terbaru FM

Hari Jumaat dah hari ni. Kejap pulak masa berlalu sebab 2 hari tak duk dalam ofiz kekdahnya gitu kan. Hari ni entry random ajer. Hari ni nak tayang cek Nuffnang yang saya terima bulan lepas. Harus diabadikan dalam blog kan sebagai pencapaian yang tidak seberapa dan berkongsi rezeki gitu.




Ni lah ceknya. Seperti biasa terbuka kepada follower elissmie atau pun G + follower sahaja ( klik ajer Join This Site atau Add to circle kat sidebar yer bagi yang belum dan ingin meneka yer ) . Siapa yang berjaya meneka dengan tepat akan menerima satu Fridge Magnet tapi tak tahu lagi Fridge Magnet apa , mungkin UiTM lah kot. Hint : Amaun kali ni lebih sket ajer dari biasa-biasa . Bagi yang pernah meneka mesti tahu amaun saya berapa jer pun kan . Berapa banyak tekaan pun boleh tapi sekali komen sekali tekaan ajer. Bila dah ada yang berjaya meneka dengan tepat tetapi ramai pulak yang betul mr random akan pilihkan pemenang. Tekaan ditutup sebelum 12.00 tengah malam 14/ 7/ 2013.

Kalau pergi DEMC memang saya parking kat dalam sebab kat luar tu biasanya penuh dan berlumpur sebab depan DEMC ada bangunan dalam pembinaan.

 Ini kadar bayaran yang dikenakan untuk rujukan korang kalau kesana. Harap-harap pergi melawat ajer jangan masuk hospital yer :) *Klik untuk pembesaran berganda


 Ini koleksi FM yang terbaru . Personalized FM yang saya tempah hari tu. Dah selamat sampai dan sangat berpuas hati. Yeay !


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju]


Monday, June 24, 2013

Macam mana nak design personalize Fridge Magnet dengan mudah

Ini pembelian ke 8 saya melalui Milkadeal. Biasanya saya beli bila ada banyak point saya dapat dan tak perlu guna banyak sangat cash. hahaha. Kedekut punya pasal. Disebabkan sebelum ini dah pernah ada Personalize Fridge Magnet untuk Nuha, so nak bagi adil buat untuk Nayla sekali la. Kebetulan masa offer tu ada point RM10. Masa pantang hari tu rugi RM90 sebab tak tebus jadi expired.huhu Saya dapat RM18 untuk 6 personalize Fridge Magnet  4" x 3". Register Milkadeal percuma kat sini untuk penjimatan berganda ok :)

Sebenarnya saya malas nak design sendiri ( 1 ajer cari template kat internet yang gambar pooh tu ) dan design yang lain-lain kat bawah ni saya just gunakan PhotoTinks dan download gambar dan edit kat photoshoot untuk jadikan saiz  4" x 3" dan buang sekali watermark PhotoTinks. Hasilnya tadaa...Tak sabar pulak tunggu hasilnya sampai nanti :) Sayang, FM ni akan sampai kat ofiz sayang yer :p Take note ! hehehe







Korang pernah buat personalize Fridge Magnet ?


Kalau korang nak jugak personalize fridge magnet macam ni pergi jer kat laman web bawah ni yer tapi tak dapat lah harga macam saya .  Biasa RM 72 untuk 6 keping ni atau RM12 sekeping.

PhotoDelivery.com.my (Photo Delivery Enterprise) - (001683824W)
ADDRESS
29-1, Jalan Puteri 2/6, Bandar Puteri Puchong, Selangor
Puchong 47100
Malaysia
PHONE
+603 8052 0276
WEBSITE
http://www.photodelivery.com.my



Thursday, June 06, 2013

Parking percuma @ Setia Alam City Mall , FM Sabah, Pelapik Gelas dan Payment Advice

Tapi kena pergi pada hari bekerja dan 3 jam pertama sahaja :)

Nak Fujifilm Instamix Camera percuma, klik sini 
 My Nuha kat autopay machine @ P2

Terima kasih Kak Long menambah koleksi FM Sabah ( Setakat ni ada 5 FM sabah dalam koleksi ) .My Nuha terlanggar FM dari Jakarta kelmarin sampai hancur berkecai sebab jenis yang seramik gitu. Hubby tak gam balik lagi.Dia cuak sambil cakap Ummi janganlah marah . huhuhuhu. Bertabahlah wahai eliss. Senyum , tak perlu kata apa-apa..hahaha


Ni ole-ole yang lain dari Sabah jugak dari my Long & Kak Long.

Ni pelapik gelas kak ema bagi yang dia dapat kat event IBM - Technology Conference & Expo 2013 @ One World Hotel. Dah 2 tahun tak pergi :p Bosan asyik dpt goodies yang sama. hehehe



 Payment advice sudah diterima. Cepatlah cek sampai ke tangan. hehehe

p/s:

Entry random@elissmie.com hari ni.


Thursday, May 30, 2013

Cermin mata ada tarikh luput ker ? FM & Rumpai Laut Dari Korea

Dah hampir dua tahun saya pakai cermin mata secara konsisten. Sebelum ni memang perlu pakai cermin mata dan dah buat pun tapi tak pakai pun. Sebab power tak tinggi mana. Until lah one day, tak boleh  tahan sangat dah sebab silau tinggi, semua muka orang berbalam-balam dan silap-silap boleh tertukar suami. hahaha. Lagi parah bila drive bila time silau dan tengah malam memang hazab sangat.

Cermin mata ni ada tarikh luput ker ? Sebab lepas beranak hari tu, mungkin banyak urat putus, saya rasa bila pakai spek tu tak nampak sangat. Last week saya pergi test, power saya tak berubah pun dan tahap silau masih sama. Sebab test nak beli cermin mata baru menggantikan yang lama yang konon-konon tak cukup power tu.

 
 Saya beli kat kedai dalam ofiz ni ajer. Optik Aniess. Kebetulan ada promosi kan. 
Motto kedai "Make Your Eyes Smiles Again " hehehehe :p

Optik Anies Cawangan Shah Alam
No 9 Bangunan Parking Bertingkat, Kampus Induk UiTM Shah Alam
HP: 019 372 3601

Mula-mula ingat nak amik yang pakej RM15O tu ajer, sekali dia cakap yang RM290 tu siap dapat lens Photogrey yang mana ia berubah menjadi gelap ketika di bawah pancaran matahari tu, saya amik yang tu. Sekali dapat lagi diskaun jadi RM270.

Pilihan saya adalah yang tanpa nose pad. So tak perlu nak ganti-ganti nose pad dah lepas ni. Sebab sepasang nose pad ada yang kenakan caj RM5 dan kalau nak tukar nose pad FREE kunjungi Focus Point yer :) Tak percaya tanya  PapaMifz ?Saya pun pernah tukar di focus point AEON Klang, memang FREE.

 Selamat tinggal cermin mata ber'nose pad' :) 

Tokey kedai. terima kasih bagi diskaun :)


Amacam, ok tak cermin mata terbaru saya ? 


Ni lah FM dari Korea yang tak tayang semalam. Amacam Nafiraa ??? Jelez tak...hehehehe
Yang sebelah tu seaweed dari Korea ...


Nampak sama macam Tao Kae Noi, bila makan ada rasa pedas dan yang tak boleh tahan tu
siap ada rasa hanyir. Tak boleh nak telan makkk :p Kalau buat sushi ok lah kot rasanya. 
My hubby cakap "Tak korea bini aku " sabar jer la ;p

My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, May 29, 2013

Musim orang kawen dan 4 koleksi terbaru Fridge Magnet

Siapa kawen musim cuti sekolah angkat keyboard ?  Mesti ramai yang sambut anniversary musim cuti sekolah kan. Saya kawen masa raya :) Setiap kali raya mesti terkenang-kenang la kan. hehehe. Hari Sabtu lepas, jiran belakang rumah kawenkan anaknya. Hari Ahad pulak, kawan serumah my hubby masa bujang dulu lak kawen dengan orang Rawang. So moh ler ker Rawang kita.First time jejak Rawang. Nak tersesat jugak, nasib baik ada GPS.

Apapun, Tahniah buat Anz dan Shila. Semoga berbahagia sampai ke syurga gitu.

Posing-posing sebelum bertolak ke Rawang. Belum ada gambar berempat ni...
 Ni my Nuha amikkan.

My hubby lak amikkan gambar bertiga

Headband yang beli kat kedai Hadiahku haritu. RM3++ ajer..hehehe

Posing adik dan kakak.. 

Hari ni saya nak tayang koleksi Fridge Magnet yang banyak tak berupdate lagi ni. Jeng-jeng jeng...Jangan jelez noooooo..... Skang ni banyak kawan-kawan my hubby bagi me FM sebab hubby dah siap-siap pesan kat kawan-kawan dia kirim FM .Terima kasih yer sayang dan kawan-kawannya :)Semua kat bawah ni daripada ofiz mate hubby yang pergi bercuti :)

FM Jakarta Indonesia

FM Thailand..sawadeekappp :p

FM Sabah 

Lagi FM Sabah...

 p/s:
Ada satu lagi dari Korea tapi terlupa pulak nak suh hubby bluetooth kan :p 
Yang tu tayang lenkali lah.. larikkksss....


Korang dapat banyak undangan kawen musim cuti sekolah ni ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, May 10, 2013

Ditimpa palang smart tag , Ulangtahun perkenalan ke 10 dan Koleksi FM terkini

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat :) Hari ni, pagi-pagi lagi dah trauma. Palang smart tag yang tak berapa nak smart tu menimpa atas cermin kereta. Padahal dah bunyi tet dan terpapar amaun pada skrin tepi tu.Kalau tak bayar memang munasabah la kan. Geram btol. Ni palang yang sama kami lalu hari tu. Hari tu dia naik separuh ajer, nasib baik lepas lalu. Kejadian berlaku di Tol Sg Rasau lorong smart tag kedua kiri dari arah Klang .Sila berhati-hati kawan-kawan. Bila lah tol ni nak dihapuskan ni.Ops.

Korang pernah kena timpa palang smart tag tak ?

 Hari ni genap 10 tahun perkenalan saya dan my hubby :) Selamat Ulangtahun perkenalan kita sayang. Semoga cinta kita terus utuh sampai ke syurga , amin :)


Ni maybe hadiah my hubby buat diri sendiri :p
 

Ni FM terkini yang saya dapat dari MamaTisya sebab main teka-teka kat blog dia :)
FM Melaka gitu :) FM Korea satu !! hahaha

Ni FM hubby beli kat Kemaman hari tu :) Tq dear.
Bukan hadiah ulangtahun perkenalan kan?


Koleksi terkini :) phewittt...


My Nayla dah 4 bulan 2 hari. Sekejap ajer masa berlalu, dia pun dah berisi :) Beza btol masa baru lahir dulu :) Dan pada PRU 13 hari tu dah tunjuk skill meniarap :) Tapi tak tersnap pulak momen tu :p  My Nuha dulu 3 bulan dah boleh meniarap [ entry ini ]



Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  
Hantar ke 39111[klik]
 
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]

Monday, April 29, 2013

Pencarian Kasut Kedua, Kasut Pengawas dan FM Bandung

Akhirnya pencarian kasut kedua berakhir di Plaza Alam Sentral. Nak cari kasut yang harga kurang RM150,  sekali semua kedai tengah buat sales. Kasut yang harga RM100 pun boleh dapat RM50. Tension pun ada. hahahaha. Berlagak ! Last- last tadak pilihan , saya pilih jer la kasut yang ni.

Macam kasut pengawas kan ? Belasah jer lah.Nostalgianya :)
Saya pernah jadi pengawas sekolah masa sekolah rendah dan sekolah menengah.


Korang pernah jadi pengawas sekolah ?


Ni ole-ole dari Bandung yang Ngah saya bagi, baru balik bercuti dengan family dia kat sana.

Request FM siap-siap dari Bandung :)


Koleksi terkini FM saya :) yeehaa...


My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)