Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Friday, April 07, 2023

Lunch @ The Third Letter Cafe , Seksyen U8, Bukit Jelutong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Maaflah banyak entry throwback. Maklumlah tiba-tiba terajin tulis belog. Sebenarnya Tadika My Nawfa kena kuarantin sampai 11/4 ni sebab ada kes HMFD. Saya diberi kebenaran work from home sepanjang kuarantin ni. So untuk mengisi masa lapang selain kena layan my Nawfa , kita selit la sikit tulis belog.Nak makan pun tak dapat kan sebab bulan puasa. Tengok Nawfa makan je la. Kalau kat ofiz, mood tak datang sangat. hahaha. Ni siaran tertunda bulan January yang lepas . Baru terasa nak update. 

Lunch ni sempena kami telah memenangi Tempat Ketiga Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2022 yang telah berlangsung di UiTM Seri Iskandar Perak Oktober tahun lepas. Tu dia aih. Pasal KIK tu pun tak pernah update lagi. Join KIK dari tahun 2020 ( masa masuk first time peringkat jabatan dah menang, berkat doa arwah my Abah dan my Ma. ) Tak sangka sampai ke peringkat UiTM perginya. Cerita lain kali lah tu kalau rajin. 

Tempat yang kami pilih untuk celebrate kemenangan kami tu adalah di The Third Letter Cafe yang terletak kat Seksyen U8, Bukit Jelutong. Apa yang third pun tak tahu lah kan. Huruf C ke? hahaha. Tak sempat nak interview chef. 


Kena tayang tuan tanah kedaung dengan makanan dulu. haha

Dengan The Ladies ProServe Team . Emi tak sampai lagi masa ni


Team ProServe dan yang terlibat secara tidak langsung untuk KIK UiTM

Saya order Seafood Marinara, Caesar Salad, Iced Latte.Overall  makanan semua sedap. Tempat makan pun selesa. Kami datang sebelum waktu lunch . Parking agak terhad kalau nak kat depan. Better booking dulu sebelum datang. Sebab time lunch tu dah full house . Jom kita close up menu yang ada yang team kami order hari tu. 

Seafood Marinara RM 34
Caesar Salad RM 18
Belacan Seafood Olio RM 29.50
Chicken Egg Carbonara RM 26
Fish & Chip RM 26
Nasi Goreng Kampung RM20
Grilled Chicken Chop RM 32.50

TTL Lamb Baked Eggs RM 32

The Third Letter Sdn Bhd 

No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia. 
Telephone: 03 7831 9702 | Email: admin@thethirdletter.co
Business Hours: 11.00am to 9.00pm Daily (Final Order at 8pm)
                                      Instagram : https://www.instagram.com/thethirdlettercafe/
                                    Facebook: https://www.facebook.com/thethirdlettercafe

Daripada ‘Abdullah bin 'Amru RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang itu digelar al-Wasil (penyambung silaturrahim) apabila dia bersifat al-Mukafi`I (orang yang menyambung silaturrahim jika saudaranya menyambungnya dan akan memutuskan apabila mereka memutuskannya), akan tetapi al-Wasil itu ialah seseorang yang apabila terputus silaturrahim, beliau segera menyambungkannya." 

Sumber : http://myhadith.islam.gov.my/viewhadiths.php?id=976

Monday, January 30, 2023

Lunch Pakatan Hari Lahir @ Pepper Lunch Malaysia Central i-City

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Penutup Pakatan Hari Lahir 2022 diakhiri dengan darling babe yang terakhir, Ad ler. Mesti tahun 2023 jugak la sambutannya sebab asyik tertangguh-tangguh hujung tahun kan. Kali ni kami makan kat Central i-City. Kedai yang dipilih adalah kedai masakan jepun. Pepper Lunch Malaysia. Jom la kita masuk. Kena pilih makanan dan bayar siap-siap kat kaunter baru pilih meja untuk makan. 




Dah sampai makanan baru la kita bergambar



Dah kenapa terpotong pulak gambar kak ema



Kak Ema dan Ida


Saya dengan yang diraikan, Ad


Makanan sampai kena cepat-cepat gaul sementara plate dia masih panas. Kang dah hilang panas tak masak pun. Makanan yang sampai tu macam half cook. Perisa semua kena letak sendiri sebab rasa dia plain je. 


Ad punya dulu yang sampai



Ni saya makan . Aglio Olio Seafood.


Ni Ad makan. Beef Pepper Rice


Menu yang ada. Konsep DIY gitulah kiranya. Boleh Add on. 


Nak balik bergambar lagi. Wei kenapa gemok kat sini


Ok yang ni slim. hahahaha. Dah jom balik. 






Pepper Lunch @ Central i-City
LG-16, Lower Ground, Central, i-City Mall, 1, Jalan Multimedia 

Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa." Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya." (Hadith riwayat Muslim, No: 2553, at-Tirmizi, No: 2389, Ahmad, No: 16973). 

Sumber : http://myhadith.islam.gov.my/viewhadiths.php?id=894


Friday, December 16, 2022

JJCM @ Seri Iskandar, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni entry throwback la macam biasa. Ni versi jalan-jalan cari makan sepanjang saya ke Perak menyertai Program Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif 2022 peringkat UiTM Oktober lepas. Tak sangka dapat ke peringkat UiTM dan berjaya meraih tempat ketiga. Alhamdulillah.

Dimulakan dengan breakfast di E One Roti Doll. Korang pernah ke makan Roti Doll? Roti Doll tu adalah roti canai kuah banjir yang disertakan dengan telur mata kerbau kat atas. Yang nak mencuba boleh la singgah sini. Saya tak minat sangat roti kuah banjir tu. Saya makan roti canai biasa je. Ada roti sarang burung juga kat situ. Selalu makan roti sarang burung kat Sri Sorga , Seksyen 16 , Shah Alam. Lama dah tak makan kat situ sejak kafe UiTM pun dah ada menu tu. hahaha



Dari depan kedai


Ruang makan dalam dan kat luar. Makan kat luar amik udara pagi. Layan dengan kopi ais. haha


Roti Doll

E One Roti Doll Seri Iskandar
Jalan PP5, 31750 Seri Iskandar, Perak, Malaysia


Lunch pulak kami makan di Warung Cha ( Cha- Huruf Jawi ) . Kat sini ada pelbagai pilihan masakan timur dan barat. Boleh pilih yang mana kena selera tekak masing-masing. 


Warung Cha


Dessert - Waffle Ice Cream


Hot Latte, confirm bukan saya punya .Ni En Napi punya. haha


Beef Aglio Olio


Nasi putih Daging Kicap tak silap


Saya pekena Aglio Olio


Nachos


Menarik dekorasi dalam kedai ni. Hipster gitu


Kebetulan sambut birthday Siti Nafisah hari tu. Bergambar dengan birthday girl. 


Warung Cha
39, Jalan Satu-BU 3A, 31750 Seri Iskandar, Perak
Whatsapp +6013-8466391
Waktu Perniagaan :
Isnin- Jumaat 10AM-10PM
Sabtu -12PM-10PM
Ahad - Tutup(Last Order 9.15 PM)

Minum petang pula, kami singgah ke Kopi Mesin Seri Iskandar. Menarik depan kopi mesin ni siap ada kereta tertimbus depan tu. Lukisan mural kat dinding pun menarik. 


Kopi Mesin dari depan Kredit gambar dari Twitter @/sywlrzly


Ruang makan yang selesa Kredit gambar dari Twitter @/sywlrzly


Haruslah pekena Latte Iced #peminatkopi


Yang bukan ais, bukan lah saya punya. hehe


Chocolate Fudge


Cheesy Fries 


Kopi Mesin Seri Iskandar
Lot 46,Persiaran lskandar Perdana 19, Bandar Seri lskandar 32610 Seri lskandar Perak

Dinner pulak kami ke Mastergrill Seri Iskandar pekena western pulak malam ni. Saya order Chicken Grill malam tu. Rasa not bad la. Harga pun berbaloi. Sebenarnya kedai ni jual pelbagai pilihan makanan dan minuman berasaskan makanan Barat, masakan Melayu, masakan Cina, masakan India dan pelbagai menu-menu yang menarik.


Chicken Grill 


Mastergrill Seri Iskandar 

380/381, Jalan Persiaran SIBC 14, Bota, Malaysia

Waktu Perniagaan : 
Mon: Closed
Tue: 4:30 – 11:30 PM
Wed: 4:30 – 11:30 PM
Thu: 4:30 – 11:30 PM
Fri: 4:30 – 11:30 PM
Sat: 4:30 – 11:30 PM
Sun: 4:30 – 11:30 PM

Ok la lajak sikit. A part of JJCM jugak ni. Mencari hasil laut di Lumut. Saya beli ikan bilis mata biru dan jajan untuk anak-anak yang ditinggalkan kat rumah dengan my beloved husband . haha


Depan kedai 


Yang ni je saya beli dengan jajan anak-anak. hehe

Jamilah Hasil Laut Lumut


Muhammad bin Hatim Al-Jarjara`i Hubbi telah menceritakan kepada kami, Ibn Al-Mubarak telah menceritakan kepada kami, daripada Al-Auza'i, Hassan bin 'Atiyyah telah menceritakan kepadaku, Abu Al-Asy'ath Ash-Shan'ani telah menceritakan kepada kami, Aus bin Aus Ath-Thaqafi r.a. telah menceritakan kepadaku, bahawa saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang mandi (seumpama mandi junub) pada hari Jumaat dengan menyempurnakan mandian  (ke seluruh badan), kemudian dia pergi untuk solat Jumaat pada awal waktu dengan berjalan kaki dan tidak menaiki kenderaan serta dia duduk hampir dengan imam untuk mendengarkan khutbah dan tidak berbicara sia-sia, maka bagi setiap langkahnya dia mendapat  ganjaran pahala amalan setahun berpuasa dan berdiri beribadah malam."

(Riwayat Abu Dawud, no. 345)


Tuesday, December 06, 2022

Lunch Pakatan Hari Lahir @ AndrabyGula Cakery , Eco Ardence, Setia Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Akhirnya sampai sudah giliran birthday saya. Kali ni , Ida suggest makan dekat area Eco Ardence, Setia Alam. First time jugak saya kesini . Cantik jugak tempatnya untuk amik gambar. Tapi kita lupa pulak nak bergambar. hahaha. Sabar je la ye. 



Harus posing dulu 



Bila makanan ada baru boleh posing katanya


Mini love dari tuan tanah kedaung



Tulip Latte Art 


Bear Latte Art


Aglio Olio Seafood



Closed up Tulip Latte Art

Saya punya Seafood Spaghetti Carbonara, memang sedap dan creamy. Lupa pulak nak snap gambar. Hahaha. Yang ni Kak Ema dan Ad yang makan. Terima kasih korang untuk hadiah birthday . 

Andrabygulacakery
Lab 12, Ardence Labs, Setia Eco Ardence, SETIA ALAM
Operating Hours 12pm - 10pm daily
0102164284

 
(BUKHARI - 4937) : Sa'id bin Ufair menceritakan kepada kami, menceritakan kepadaku Al Laith, telah menceritakan kepadaku Abdul Rahman bin Khalid bin Musafir daripada Ibnu Syihab daripada Ibnul Musayyab daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah setelah keperluan mencukupi. Dan mulalah daripada orang yang menjadi tanggunganmu."


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)