Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Tuesday, October 25, 2022

Lunch Pakatan Hari Lahir @ Super Saigon Pho Cafe Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahun ni pakatan hari lahir boleh diteruskan lagi seperti kebiasaannya. Birthday babe yang pertama haruslah Ida. Happy belated birthday Ida. Kali ini birthday girl bawa kita makan makanan Vietnam sambil mengembalikan kenangan diorang ke Vietnam dulu. Kita tak pernah sampai Vietnam tapi biasalah minum kopi Vietnam tu. hehe



Inilah kedai yang kami terjah hari tu, Super Saigin Pho Cafe , Seksyen 9, Shah Alam


Dah order dan dapat makanan kita amik gambar dulu


Makanan blom sampai ni. Air je sampai


Dengan yang diraikan, Faidah


Saya dan Datin Ema


Ni kopi vietnam.Dalam menu Vietnamese Milk Coffee


Makanan yang kami order :

Sliced Beef Pho ( Macam Mee Sup, boleh pilih jenis mee yang korang nak ) , Crispy Spring Rolls Minced Chicken & Prawns, Fresh Rice Paper Rolls Riger Prawns & Veggies. Setiap sup tu memang akan dapat semangkuk tauge macam tu. Puas makan tauge lah yer. hehe


Geng baju cubit-cubit katanya


Mini love 


Semoga bertemu lagi , Jumaat ni . hehehe


Overall, makanan sedap dan servis terbaik. 




Location : 

34 Ground Floor, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi  : 11:00am – 10:00pm
Phone No : 0355237488


Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)."


Friday, May 28, 2021

Lunch @ Mr Dumpling , Setapak Central

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ni pun entry throwback. Dah PKP 3.0 pulak kan. Mana maunya boleh lunch kat luar. Rasanya ni lunch terakhir kat luar. huhuhu. Tabah je la. Lepas ni entry JJCM jadi TCM pulak. (Tapau Cari Makan) . hahaha

Kami ke KL sebenarnya, sebelum tu pergi tengok rumah baru Long saya . Dah alang-alang ada swimming pool kan, kita kasi anak-anak mandi kolam dulu la. Dah lama tertunda nak mandi kolam. Lepas dan puas mandi kolam, perut pun dah lapar.  Tak sangka pulak ianya adalah lunch terakhir kami kat luar. Dah la raya pun tak dapat beraya bersama . huhuhu
   


Ni mandi kolam kat rumah Long dan Kak Long saya sementara diorang settlekan hal rumah baru dorang masa tu. Kali ni Long dan Kak Long bawa makan chinese food. Dah lama tak makan chinese food kan. So kami ke Mr Dumpling yang terletak kat Setapak Central. 


Mr Dumpling , Chinese Muslim Restaurant, Setapak Central


Dekorasi depan kedai. Besar betul periuk ni . boleh jamu sekampung kalau buat sup. haha



Harus mak enterframe dulu. Eh , ada si kenit pun nak masuk frame


Wefie dulu. Alamak. tak nampak pulak muka Long. haha


Long dan Kak Long . TQ belanja as always. 


Anti sosial dua ni. haha. Berkepit dengan hp je kerjanya


Makan dengan Abah. Diorang makan Nasi Ayam


Antara menu yang ada 


Portion memang banyak gila. Ni Mee Sup Daging kot namanya. Ingat tak habis. Sekali habis kau . hahaha. 


Nasi Ayam diorang pun banyak. Tak tersnap pulak. Atau dah hilang mana-mana ntah. haha. Cilok gambar kat IG


Steam Dumpling pun sedap  . Penuh isi dia. Cicah pulak dengan cili oil dia tu . Ngam RM12

Overall, makanan semua sedap dan boleh repeat balik. 
Yang berdekatan boleh la order kat food panda yer. 

Korang dah pernah cuba makan kat sini  ? 

Mr Dumpling. Lot F 11A, First Floor. Centre Management Office,. 2nd Floor, Setapak Central,. No.67, Jalan Taman Ibu Kota,. Taman Danau Kota,. Setapak


Daripada Thauban RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." 

Monday, March 29, 2021

Lunch @ Kuro Teppanyaki DIY I-City Central


Assalamualaikum. Tak sempat nak update tahun 2021. Fuh. Ingat tak rajin nak update belog dah tahun ni. Tapi rasa tak tahu nak letak kat mana pulak. Nak tulis kat ig tak panjang pulak. So kat sini jugak akhirnya. Lagipun ada yang masih tak ada ig. Belog, In Sya Allah semua boleh baca walau tak ada akaun. Masih ada ke yang rajin baca belog ? Tak ada orang baca pun tak apa. Janji ada kenangan. Jangan kena remove belog ni sudah la.Dah la kena ban kat facebook. Kesian. 

Tahun lepas tergendala disebabkan PKP dan PKPB, bersambung pulak tahun ni. Kami mengambil kata sepakat untuk celebrate sekali harung birthday yang tak sempat disambut tahun lepas. Yang sempat birthday Ida sorang je tahun lepas. So birthday saya , Ad dan Kak Ema buat sekaligus then sambung pulak yang tahun ni punya. Harap tak ada PKP lagi. huhuhu

Mula-mula nak makan di Hi Tea kat Concorde. Sekali penuh kau minggu tu. Haha. So cari lah yang hampir sama dengan buffet Concorde. Ni hah. Kat Kuro Teppanyaki DIY I-City Central. Sikit lagi nak sama dengan Hi Tea kat Concorde. Tidak boleh makan kat Cong Codei dah lah. Geng Pok Ya. hahaha



Harus bergambar la sebelum makan. Gambar berempat dulu. Haruslah ada kan. 

 

Nak bagi nampak Kuro Bar tu pulak


Eksyen pegang sudip je la dulu 


Gambar berdua dengan Ad


Gambar bertiga pulak. 



Sebelum mula makan. 


Kak Ema pun nak masak. Kak Ema banyak makan sayur. Kami banyak  makan daging. hahaha


Ida pun pegang sudip jugak. Semua ada skill masak kami ni. haha



Dah sudah makan , kita makan aiskrim yang percuma sudahlah. Aiskrim Vanilla


Post la video buat kenangan. hahaha


Ni yang buffet kami amik. Kalau nak makan aiskrim atau free flow lidah lembu kena tambah RM12 tapi tak boleh tambah sorang. Nak tambah kena tambah semua. Tu pasal makan aiskrim free je la. hahaha. Pandai deme. Kang amik sorang dia kata, rugi la sebab nanti sorang tu tukang amik . hahaha. Tak faham konsep sedekah ni. Makin banyak memberi, makin banyak dapat. Allah punya janji. Tu pasal kedai makan ni paling mudah nak buat sedekah kan. 


Oden ni ada dalam Kuro Bar. Haritu terasa nak makan. Dah buat sendiri lagi sedap. hahahaha


Aiskrim je pun kan. Kalau setakat nak makan satu scoop rugi je. haha


Harus la bergambar depan kedai. Trademark dah ni. Boleh buat kompilasi lepas ni. 


Nampak kurus kita up la..


Nampak tinggi pun yer jugak. hahahaha


Sampai jumpa lagi untuk Birthday Ida pulak. Bulan depan dah puasa. Tunggu lepas raya lah pulak nak sambut birthday Ida kan.hahaha.

Daripada 'Abdullah bin ‘Amru RA, bahawa Rasulullah ﷺ  bersabda: “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.”‏

(Hadith riwayat Muslim, no. 1467, An-Nasaa'i, no. 3232, Ibn Majah, no. 1885, Ahmad, no. 6567, al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 3442)


Wednesday, November 18, 2020

Lunch @ Black Canyon I-City Central Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry throwback je lah hari ni sempena Pakatan Hari Jadi 2020 yang tertunda. Birthday yang pertama semestinya darling babe yang sulong,Ida.  Kali ni dia pilih makan di Black Canyon I-City Central Shah Alam . Jom lah makan makanan ala thai  kekdahnya. Lama dah duk makan korea , marilah kita makan nasi pulak. Kembali ke perut melayu. hahaha

Menu biasa la dipilih bersama dan kenyang bersama.  Bayar seorang. eh. hahaha. Tq Ida belanja kami makan sempena hari lahir tertunda. Bulan 4 lagi tu. Gambar makanan ada dalam video kat ig. Boleh la tengok kat ig saya under JJCM. hahaha. Malas kedaung ni nak upload blog balik. 


Trade mark pakatan hari jadi . Mesti kena bergambar depan kedai. 


Adoi la gemuk disitu. Norma baharu, semua ada mask. 


Bersama yang diraikan, Ida. 


Ida pergi mana ntah pulak. 


Senyum mak lebar sikit. Orang lain tak berubah tak apa lah. hahaha


Ad dan Kak Ema 


Semestinya ditunggu oleh pembaca blog elissmie.com gambar yang diambil oleh staf Black Canyon. hahahahahaha. Ada banyak gambar. Tapi ni je yang cun. Eh mana gambar dengan makanan.  Ada jugak. Entah hilang kat mana. Birthday yang saya punya tak sempat nak celebrate sebab PKPB pulak. Nak makan western lah. Tunggu ada orang yang janji nak belanja tak tahu bila. hahaha. 


Anyway,  Happy Belated Birthday Ida sekali lagi. 


Daripada Ka‘ab bin Malik RA katanya, “Aku melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari, apabila selesai, Baginda menjilat jarinya.”
(Riwayat Muslim)

Tuesday, September 22, 2020

Lunch @ Mr Dakgalbi Central i-City Shah Alam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry throwback je lah hari ni sempena Pakatan Hari Jadi 2019 yang tertunda. Birthday yang terakhir of coz lah, darling babe yang bongsu, Ad. Kali ni dia pilih makan di Mr Dakgalbi ,I-City Central Shah Alam . Jom lah makan makanan korea kekdahnya. Sebelah kedai ni kedai Chicken Plus +, korang boleh order makanan kedai sebelah jugak sebenarnya sebab owner dua kedai ni sama. So nak banyak pilihan boleh makan kat sini. hahaha



Yang diraikan , Ad 


Yang meraikan, Datin Ema and me


Yang meraikan tanpa mask. Dah macam aksesori mask tu kan. 



Mestilah ada gambar berempat. Baru pakatan hari jadi namanya



Dah pegang sudip tu tak sabar nak makan la tu


Sebelum digaul mesra oleh chef 


Close up sket 


Tadda...Fried Rice with Cheese.  Separuh lagi bahan untuk hidangan seterusnya


Yang ni ramen pulak . Ramen with Cheese. 


Sidedish yang ada . Sayur2 dan kimchi. Alhamdulillah habis licin . Terima kasih Ad. Jumpa lagi untuk pakatan hari lahir seterusnya tahun 2020 pulak. Nak makan kemana pulak kita. 

Mr. Dakgalbi Central i-City Shah Alam
Address: L3-32, L3-33, Central i-City, No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
 Jalan Plumbum 7/102, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor


Daripada Ka‘ab bin Malik RA katanya, “Aku melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari, apabila selesai, Baginda menjilat jarinya.”
(Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)