Friday, March 08, 2019

Sembuh Dari Penyakit Visual Snow

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama tak menulis pasal penyakit saya ni. Siapa yang belum tahu pasal ni boleh la baca kat sini . Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita yang sedang membaca belog saya sekarang. Didoakan semoga sentiasa bahagia di bawah rahmat Allah dan kasih sayangNya.


Ok berbalik pada kisah mata saya. Sebenarnya saya sudah pulih sepenuhnya dari Penyakit Visual Snow ni. Saya pun sebenarnya tidak perasan tarikh tepat mata saya pulih sepenuhnya tapi kisah mata saya pulih tu rentetan sakit pinggang yang saya alami .Saya sakit pinggang sampai nak sembahyang pun siap duduk lagi. Siap pergi xray kat Ajwa takut slip disc. Alhamdulillah bukan. 

Lepas tu balik kampung kat Terengganu dalam hujung tahun 2017.Tak silap masa cuti sekolah akhir tahun. Kat kampung family my hubby suggest berurut dengan Pok Yahya Seberang Pintasan. So pergi la berurut kat situ setelah buat appointment dulu kot Pok Yahya tak ada. Memang lepas tu lega pinggang saya. Masa berurut tu Pok Yahya cakap wanita ni tak sepatutnya sakit pinggang. Bila sakit pinggang tu memang something wrong lah kiranya. Sebab fitrah dijadikan wanita ni kuat sebab tu boleh beranak tu. Memang berlapik masa dia urut tu. Tapi urut Pok Yahya tu bukan jenis urut orang bersalin tu. Ala-ala chiropractic pun yer. Memang Pok Yahya betulkan postur badan saya. Kira macam alignment lari gitu nak bagi senang faham. hahaha. Alhamdulillah Allah bagi kesembuhan pinggang saya dengan izin Allah atas bantuan Pok Yahya. Belikat saya yang bertahun-tahun sakit pun sembuh jugak akibat jatuh masa bujang dulu. Tapi saya pun tak sedar , bila mata saya pun akhirnya sembuh tu. Tapi saya ada juga terbaca artikel sembuh secara tidak sengaja lepas dia buat chiropractic  tu. Wallahualam. 



Bulan Febuari masih lagi kabur penglihatan saya tu

Bila saya google saya jumpa iklan ni. Nilah pakcik yang saya berurut tu. Dahsyat jugak  Pok Yahya ni.




URUTAN TRADISIONAL 
( WANITA & LELAKI )
TERSELIUH
LENGUH-LENGUH BADAN
SAKIT BELIKAT
SAKIT KEPALA
.
Urutan turun temurun ( Pok Yahya tukang urut seberang pintasan @ tanjung jara resort ) 
.
Menyediakan perkhidmatan urutan urat-urat seliuh, lenguh-lenguh badan, sakit urat belikat dan lain lain. 
.
Sebarang pertanyaan sila direct contact / whatsapp ke
www.wasap.my/60167606764

Semoga ikhtiar ini dapat menyembuhkan semua kawan-kawan saya yang mengidap Penyakit Visual Snow yang lain. Allah uji saya selama 2 tahun lebih. Alhamdulillah saya sudah pulih sepenuhnya pun dengan izinNya.


“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

0 Comments:

Post a comment

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)