Monday, October 09, 2017

Restoren Nasi Gegey,Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Dah lunch ke? Kalau belum boleh la cuba lunch di Restoren Nasi Gegey ni. Tapi jangan pergi hari ni sebab tutup.haha. Cuba lagi esok.  Lokasi shop lot betul-betul sebelah Hospital Shah Alam tu. Ni kitorang lunch hari Jumaat lepas. Shop lot ni asalnya dulu adalah Restoren Big Brother yang telah menutup operasinya. Rasa sebelum ni Restoren Yati Ayam Percik atau sebelah yang sudah tak beroperasi jugak. 



Sebenarnya nak try western tapi katanya siap dalam masa 20 minit. Tak daya nak tunggu sebab dah lapar sangat . So kami pilih makan Nasi Gegey dan Nasi Kerabu Gegey . Sebenarnya Nasi Gegey ala-ala Nasi Kak Wok lah jugak. Ok la. Sedap jugak. Sambal pedas sket. Biasalah tak tahan pedas. hahaha. 


Macam Nasi Kak Wok jugak lah, makan dalam kertas !


Nasi Gegey RM 6.50
Nasi putih. ayam goreng, sambal belacan , kuah gulai dan keropok


Nasi Kerabu Ayam Percik RM 8
Nasi tak ada warna. Selalu makan yang berwarna kan. Ad kata ayam percik dia sedap dan lembut. 


Nak makan kena order dulu kat sini .Macam fast food kekdahnya.


Dekorasi kedai yang minimalis


Ada ruang permainan kalau mak nak makan dengan bertendang. Eh, bertenang. hahaha


Korang tau ke apa maksud Gegey tu? Gegey tu maksud dia bising :p
Cara nak sebut ge macam sebut (Tarian Gelek) so ge + gey



Air yang ekstrem pun ada kat sini. Tapi saya minum air kosong jer. Free flow lagi. haha
RM 14.90


Alamat :

Restoren Nasi Gegey, Shah Alam
No 12 & 14, Jln Plumbum N7/7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam.
Waktu Operasi : 11 pagi 10 Malam 
ISNIN (Tutup)

Telefon :  013-8809896 

Maps :  https://goo.gl/maps/ULdZmPsaAQ72
Facebook : https://www.facebook.com/restorangegey/
Instagram : https://www.instagram.com/restorangegey/

* credit gambar tanpa watermark facebook Restoren Gegey

Sesungguhnya Allah Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam segala urusan.” (HR. Bukhari Muslim).


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

3 Comments:

  1. Menarik nmpknye.. Wah air tu meriah

    ReplyDelete
  2. wow. yg kek pelangi tertenggek tu menarik perhatian aida...

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)