Programmer by day & Lifestyle Bloggger

makhluk tuhan paling gojes atas muka bumi sedang gigih tulis komen. Terima kasih :)

Tuesday, August 08, 2017

Sambutan Kejutan Hari Lahir ke 9 dan Dating Anniversary ke 14

Assalamualaikum. Welcome August ! Hari Rabu lepas, 2 Ogos 2017 genaplah usia puteri sulong kesayangan kami yang ke 9. Macam tahun lepas tahun ni dia tanya tak ada surprise ke untuk dia. Dah nama surprise, mana boleh bagitahu cakap kat dia. Lepas dia balik mengaji dia muncung jer sebab dia ingat tak ada surprise. Bila suruh solat isyak dia kata dah tapi dalam keadaan marah. Allahu..Sabar jer la.

Sebenarnya saya nak surprisekan dia lepas my hubby balik dari surau lepas solat Isyak. Dah surprise sangat kan, lupa nak amik gambar dia potong kek. Hahaha. Sebab dah lewat nak dinner. Semua tengah lapar katakan. Kalau tengok muncung dia sebelum tu siap boleh ikatlah. haha. Beli 4 slice kek dekat Secret Recipe. 2 slices chocolate Indulgance, Macadamia Cheese Cake dan Tiramisu. Yang lain pun tak tersnap dah selamat masuk dalam perut. 


Happy birthday kesayangan kami. Semoga menjadi anak yang solehah dunia akhirat. 
Jangan selalu cepat sentap. hahaha

Satu-satunya gambar kek yang ada. hahaha

Untuk birthday dia macam biasa lah sediakan goodies bag untuk kawan-kawan sekelas dia. Tahun lepas dia bagi untuk kawan sekolah agama, tahun ni untuk kawan sekolah kebangsaan pulak. 

Saya designkan sticker untuk tampal kat goodies bag. 

Ni saya print kat Seksyen 2

Print Expert Sdn Bhd
No 18,20,22 Jalan Bunga Tanjung 2/16. 
Tel : 03 5525 0588

Total RM 20.15 (termasuk gst) untuk 5 keping sticker tapi design saya buat sendiri. So kalau nak jimat boleh buat design size kecil . Mungkin untuk buat goodies hari perkahwinan ke kan. Sticker saya ni ni dalam 50 sen sekeping lah kiranya. Hari tu dia tanya ada design ke, mungkin diorang pun boleh designkan. Tak tanya pulak caj design.

Hasil Akhir :) 


Hadiah hari lahir tahun ni kita main air kat Wetworld sudah. Hujung minggu ni plan nak perginya
Bagi korang yang berminat jugak ada promo merdeka ni kan  : http://wetworld.my/shah-alam/tickets/



Untuk Cinta Hati, Happy 14th Dating Anniversary . Terima kasih terima diri ini seadanya , dari kurus sampai bam bam gajah hebat. hahahaha. I love you now and forever and still counting...
Thank You sayang untuk hadiah Dating Anniversarynya ...hahahaha

14 tahun lepas di saiz M dan mampu berkebaya.. hahaha


Letak juga la gambar my hubby 14 tahun lalu. hahaha. Juga di saiz M. 
I Love U More Than Anything In The Whole Wide World




"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula
kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian." (Riwayat Muslim)


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

2 Comments:

  1. happy busday nuha...wah dating anniversary dh 14thn ye...syok la dpt iron tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iron beli secara kutu. hahaha. terima kasih :)

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)