ENTRI TERKINI

Monday, May 30, 2016

Bertukar dari PortaWifi Celcom ke Celcom First Gold 80

Dalam bulan Febuari tahun ni, saya dan my hubby telah menamatkan PortaWifi Celcom  . Sebelum ni guna PortaWifi Celcom yang bulanannya RM72  tapi tak boleh buat panggilan lah kan dan cuma 4GB data. Lagi satu yang leceh, kena cari plug kalau nak guna. Tapi dalam kereta ok lah juga sebab ada car adapter yang dia bagi. Tapi selepas ditimbang tara, pasal panggilan tanpa had tu saya jadi teruja lah kan. Saya ni kalau bergayut dengan my ma memang boleh panas telinga. Kadang sampai sejam lebih kalah orang bercinta. Gossip dua beranak. Opss..hahaha. Seronok dua ronok dapat bergayut hari-hari ni sampai satu tahap blur pulak nak cakap apa. hahaha. Sekarang ni my ma miscalled jer saya call terus.Dah tahu lah tu ada apa dia nak cakap.

Masa nak tukar tu,my hubby tukar dulu. Lepas tu baru saya. Mula-mula pergi Blue Cube dalam Setia Alam City Mall tapi masa tu dia kata ada problem kat sistem so dia suruh pergi centre Celcom. Padahal my hubby tukar dekat Blue Cube Plaza Alam Central ok jer.Akhirnya, saya pergi tukar di Blue Cube Laman Seri, Seksyen 13. Nasib baik saya awal sket sebab masa tu dah nak tutup, hampir pukul 9 malam. Nasib baik mereka masih melayan lagi walaupun muka dah masam dah sebab dah ready nak balik kan. hahaha. Kami pergi dah la hari jumaat. Macam tak ada esok pulak kan. 



Celcom FiRST Gold dengan komitmen bulanan RM80 + GST (RM 4.80) :
  • Percuma 5GB Internet Hari Sabtu & Ahad (1.25GB seminggu )
  • Percuma 5GB Internet bulanan
  • 5GB Complimentary Celcom WiFiPlus - yang ni tak pernah guna lagi 
  • Percuma Music Tanpa Had dengan Yonder Selama Setahun
  • Panggilan Telefon & SMS Tanpa Had kepada semua rangkaian tidak termasuk video calls, calls to toll-free numbers or numbers with special charges e.g. 1-300/1-800/600, 121, TM100, 1MOCC, IDD calls to Singapore & IDD/border calls to Brunei.
  • Internet Bonus (up to 3GB)
  • Carry Forward Internet Yang tidak digunakan sehingga 5GB
  • Credit Limit RM400
  • Auto Debit Savings 5% Savings Over Your Monthly Bill
  • CLUB for FiRST - Selepas 6 bulan baru boleh register 
Setakat ni, ok saya guna. Tak ada masalah slow ker apa. Dan coverage pun ok kat rumah atau kat Terengganu. Youtube pun tak ada la siput kecuali dah hujung-hujung sebab dah nak habis kuota tapi still boleh lagi guna. 


Bil saya bulan Mei RM85.65 - lebih RM0.85 telefon Bank Rakyat untuk aduan mesin ATM. Haram , sampai sudah tak datang baiki pun mesin tu. 

Ni bil my hubby . Kredit yang ada sebelum ni dalam prepaid dimasukkan ke dalam bil.Tu yang ada bil RM2 jer masa bulan Mac

Saya pun dah download Yonder ni. Kata boleh download lagu, sampai sudah tak tahu mana butang untuk download lagu yang saya nak tu. Dengar boleh lah.


Korang boleh cek kat mana ada Celcom WiFiPlus kat sini. Tak banyak ada. Shah Alam pun ada 7 tempat ni jer. 
http://www.celcom.com.my/personal/plans/wifi/coverage-areas-map-check


Korang pakai plan apa?
Kalau korang berminat dengan plan Celcom First 80 ni , boleh lah ke Celcom Centre atau Blue Cube atau secara online jer   Tarikh tamat 31 Mei 2016


BLUE CUBE LAMAN SERI
Lot 3-1 & 4-1, No 19 & 20 , Persiaran Laman Seri Business Park, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor
Operation Hours:
Mon - Sat
9:00am - 9:00pm

Tutup Ahad dan Cuti Umum

Online : https://bluecube.com.my/BlueCubeOnline/plan-details.jsp?product=PB09260:PR02590
Daripada Ibn Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Keberkatan turun di tengah makanan maka kamu makanlah terlebih dahulu dari kedua tepinya dan janganlah kamu makan dari tengahnya.”

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih)


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Friday, May 27, 2016

Mentol Lampu untuk Lampu tidur Smila Blomma IKEA

Dah lama dah beli lampu tidur Smila Blomma IKEA ni. Kirim kat Naim. Tapi punyalah lama nak boleh ke pakai, tahun ni baru pakai. Setahun jugak amik masa tu sebab asyik tersalah beli mentol.



Harga lampu ni RM29.90 . Bentuk bunga memang sesuai untuk bilik anak dara, my nuha tu.




Memang ada jual sekali mentol tapi mahal lah pulak kan RM19.90. Tambah duit RM10 boleh beli sebiji lagi lampu tidur .




Taddaa..Selamat dipasang dalam bilik my Nuha. SO sekarang tidur memang on kan lampu lah. Sebelum ni bergantung dengan lampu bilik air sebelah bilik dia. Cahaya dia malap-malap ajer.




Ni mentol yang saya beli kat kedai hardware setelah beberapa kali tersalah beli mentol. Kali ni saya angkut lampu terus pergi kedai. Memang banyak yer saiz mentol.
Kalu nak beli cari E14.



Saya beli yang 25 W sebab kat manual tulis tak lebih dari 25W. Kang terbakar pulak kan.



Lekat ajer kat dinding bilik tidur, pasti berseri :)


Korang ada lampu tidur Smila Blomma IKEA  ni??


Daripada Saad bin Abi Waqas RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yang bersifat taqwa, kaya (jiwa) serta tidak menonjolkan diri.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Thursday, May 26, 2016

Tips Tabung Bunian dan Mesin Deposit Tunai RM5 / RM 1 Maybank

Korang pernah ada tabung bunian? Tabung Bunian ni adalah tabung dimana korang simpan duit tapi tak pernah kira . Konsep dia, masukkan ajer duit dalam tabung dan duit duk diam-diam kat situ. Nak lebih manis lagi, masukkan ikut warna duit yang disukai. hahaha. Tabung bunian ni boleh korang asingkan mengikut tujuan yang korang inginkan contoh macam kat bawah ni.


Kitorang memang ada Tabung Bunian RM1 untuk belanja persekolahan my Nuha. Tabung tu rasanya memang dah cukup untuk perbelanjaan my Nuha sampai akhir tahun. Belanja dia RM4 sehari.  Awal tahun ni kami adakan Tabung Bunian RM5 untuk percutian keluarga pula . Tiba-tiba dalam bulan Mac, gearbox Cinta Bersulam Rindu  rosak. Terpaksa la guna duit Tabung Bunian RM5 ni untuk kecemasan. Kira-kira duit dapat dalam RM600 lebih. Mak aih..Tak sangka pulak ada sebanyak tu. Tabung ni saya kongsi dengan my hubby. Asal ada duit  RM5 jer saya masuk dalam tabung. Tapi my hubby pulak atleast sekeping sehari RM5 tuh. 

Dah kumpul duit haruslah masuk dalam bank pulak. Saya tahu memang ada ATM RM5 / RM 1 kat Maybank. Bila pergi dekat Maybank Cawangan Shah Alam, mesin tersebut tergendala. Kitorang pergi pulak kat Maybank Klang - Cawangan Intan Millennium yang bangunan kedai lepas Tugu Keris tu. Alah seberang dia AEON Bukit Raja tu. Tak tau sudah. haha


Inilah mesin deposit tunai untuk RM 1 dan RM5 tu. Sesuai untuk kanak-kanak yang suka menabung RM1 atau RM5 ni. Mak bapak budak pun boleh guna. 


Duit saya semua RM5 kan. Setelah berpuluh-puluh kali percubaan, dari RM600 tu, cuma RM400 lebih sahaja yang lepas untuk dimasukkan ke dalam mesin tu. Agak hangen jugak disitu . Padahal kebanyakan duit tak ada lipat atau koyak pun. Kalau korang nak cuba jugak mesin tu boleh la pergi ke alamat seperti dibawah untuk sama-sama kita sakit hati. Sakit hati berjemaah gitu. Hahaha

 Maybank Klang - Intan Millennium Branch    
 
Suite 1.01 & 2.01
Intan Millennium Square
68 Jalan Batai Laut 4
Taman Intan 
41300 Klang 
Selangor




Bukti transaksi pada hari kejadian. 4 kali ni jer yang lepas Total dalam RM 480 / RM 600

Mesin ini berjaya dalam 80%. Hah kau..siap peratus lagi saya bagi..hahaha


Korang pernah guna Mesin Deposit Tunai RM5 / RM 1 Maybank ni tak?

Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : Aku telah mengaku  serta berjanji kepada Nabi SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik kepada setiap orang Islam.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Monday, May 23, 2016

Kurus dan Putih dengan JUS SW SLIMMEWHITE seawal 3 hari

Semua orang menginginkan kulit yang putih mulus gebu dan badan yang kurus kan? Kalau pasal nak kurus dan putih ni memang cepat jer klik laju-laju kan? Kita kurus bukan untuk cantik sahaja tapi untuk elak dari penyakit pun satu hal jugak.Nak buat ibadah pun senang malah ianya merupakan satu amanah kita terhadap tubuh badan kita. Masih mencari-cari produk yang sesuai untuk diri korang ? Apa kata korang cuba  Jus SW SlimmeWhite  ni . 

Apa KELEBIHAN JUS SW SLIMMEWHITE ?



(✔)PERTAMA DI ASIA. Gabungan Garcinia Cambogia dan Gluthation. Satu-satunya jus yg boleh memberi kesan 2 dlm 1 iaitu utk kurus dan putih.

(✔)100% HERBA. Tiada bahan terlarang di dalam jus sw slimmewhite dan tiada kesan sampingan.

(✔)PRODUK MUSLIM. Dikilangkan dari kilang bertaraf GMP dan Muslim. Produk ini dijamin bersih dan halal.

(✔)JUS TERBAIK DAN BERKESAN. Bakar lemak sehingga 6 kali , detox 4 kali , meghalang karbo dan gula berlebihan dan mengurangkan selera makan. Anda boleh rasakan kesan seawal hari ketiga.

(✔)BAIK UNTUK KESIHATAN. Melancarkan peredaran darah, tingkatkan metabolisma badan dan menambah tenaga tambahan. Anda akan sentiasa dalam keadaan bertenaga dan sihat.

(✔)MUDAH MINUM TANPA PERLU BANCUH. Tersangat mudah kerana boleh diminum terus dari botol tanpa perlu bancuh dan cup sukatan disediakan. Anda tidak perlu membawa shaker atau sudu lagi.

(✔)SENANG DIBAWA. Botol yang elegen yang mudah dibawa kemana-mana. Mudah la nak melancong ke mana-mana tanpa perlu risau produk tertinggal kerana ianya boleh dibawah kemana-mana.

(✔)KKM APPROVED. No rujukan KKM 210915/08/304. 

(✔)HARGA MURAH. Antara jus pembakar lemak dan memutihkan kulit termurah dipasaran. Anda tidak perlu membazir membeli dua produk berasingan kerana  Jus SW ni 2 dalam 1.

(✔)UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN. Sangat sesuai untuk lelaki dan perempuan. Suami dan isteri boleh minum untuk kurus dan putih bersama-sama.

Testimoni pengguna JUS SW SLIMMEWHITE










TAWARAN ISTIMEWA UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG 

ELISSMIE.COM

DAPATKAN SPECIAL COMBO OFFER DAN JIMAT RM 40 & RM70 . OFFER ini TERHAD untuk 100 ORG YANG TERAWAL SAHAJA dan tawaran ini dibuka UNTUK 5 HARI SAHAJA Selepas cukup 100 org atau  cukup 5 hari, tawaran ini akan DITAMATKAN serta merta.Segala rayuan tidak akan dilayan.Apa tunggu lagi?


BETUL-BETUL  BERMINAT ?

Whatsapp Terus "SW" ke 

============= ============= 

+6019-3681275  +6019-3681275

============= ============= 

============= ============= 

+6019-3681275  +6019-3681275

============= =============

FACEBOOK PAGE  : PUTERI'S SHOPPE

FACEBOOK PERSONAL  :Mas Azney


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here

p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 50setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . Kalau beriklan  setahun keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM100 secara PERCUMA.Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, May 11, 2016

Nasi Himpit, Kuah Kacang dan Sambal Ikan Kelapa Style Pantai Timur

Gara-gara ada orang share kat timeline makanan pantai timur, terus malam tadi buat menu yang bermain di fikiran tu untuk dinner. Terpaksa guna masa tambahan.Selalu pukul 7 dah settle kemas dapur tapi semalam dengan sampai rumah lewat sebab jam, buat pulak masakan renyah-renyah ni memang pukul 8 lebih baru siap. Siap berhenti solat dulu dan sambung masak balik. Dah macam nak raya dah ni juadahnya. Tinggal saya tak perap sate jer ni. Buat banyak sket untuk breakfast kat ofiz pulak hari ni. Alhamdulillah,ramai dapat merasa air tangan yang tak seberapa tu. 



Ready untuk dinner

Close up sket 



Sambal Ikan kelapa 


Kuah kacang


Nasi himpit ( segera punya ajer jenama adabi) 


Ayam goreng pengganti sate konon. hahaha

Ok saya share resepi yang saya olah sendiri la ikut suka hati saya hasil google jugak sebenarnya. Tu la, mak buat tak nak tengok . Nasib ada google di hujung jari.  

Kuah Kacang 

Bahan-bahan:-

1 cawan kacang tanah - disangai dan di blender kering
5 sudu besar cili boh
1 keping gula melaka /  nisan (orang pantai timur cakap) 
6 sudu besar gula
3 batang serai di titik
garam secukup rasa
1 kotak santan
1 keping asam keping / air asam jawa 
Minyak masak untuk menumis

Blend bahan-bahan berikut :
1 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah 
1 inci halia 

Cara-cara:-

1. Sangai kacang tanah hingga keperangan .Kisar kering kacang tanah dengan kulit sekali pun boleh, dasar pemalas. hahaha.
2. Masukkan minyak dan tumiskan bahan blender bersama serai yang telah dititik. Tumis sehinngga wangi dan pecah minyak
3. Masukkan santan, dan kacang dan kacau seketika.
4. Masukkan gula melaka, gula, garam, dan asam keping.
5. Masak hingga pecah minyak dan sehingga kuah menjadi pekat. 

Sambal Ikan Kelapa

Bahan-bahan

1 biji  kelapa parut - di sangai hingga keperangan dan ditumbuk kasar

Bahan-bahan berikut ditumbuk : 

3 ulas bawang merah 
Sedikit lada hitam
1 ulas bawang putih 
1 inci  halia
1 batang serai di hiris halus 
3 ekor ikan selayang/ sardin  - di rebus dan di ambil isinya, kemudian di tumbuk halus

Garam
Gula 
Gula Melaka

Cara-cara:-

Campur kan kelapa dan bahan tumbuk dan digaul mesra . Masukkan gula dan garam secukup rasa. 

Memasak itu mudah nak menyeronokkan bukan ? Selamat mencuba !! #jommasakelissmie


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila ia berbicara ia dusta, apabila ia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, May 03, 2016

Warung Kambing Bakar Sahara, Meru , Klang

JJCM @ elissmie kali ni kita terjah warung yang tengah viral hari tu Warung Kambing Bakar Sahara yang terletak di Jalan Kasim Meru .Kami pergi selepas dah habis viral dah rasanya ni tetap jugak ramai lautan manusia. Mesti sedap lah kan kalau macam ni punya gaya. Nak masuk parking pun dah bersusun. Nasib baik parking dia memang luas.



 Menu yang ada di Warung Kambing Bakar Sahara 

Ruang parking yang ada 


Ruang makan

Kami datang dalam pukul 8 malam tapi sebelum tu memang kami siap-siap order sebab kawan saya cakap kalau tak kena menunggu lah. Mula-mula kami sampai, memang tak ada tempat kosong nak makan padahal punya banyak meja kat situ. Lagi satu mungkin malam minggu kan.Kitorang pergi malam sabtu. Lepas tu, kitorang suruh diorang tapaukan. Sekali sudah jer tapau ada pulak meja. Terus kitorang amik pinggan makan kat situ. hahaha

Si hantu kambing, my Nayla. Mau tak hantu, masa mengandung dulu asyik makan kambing kot. hahaha. Daging bakar campur kicap dia memang terbaik. Daging pun tak liat. 

Ni bapak hantu kambing. hahaha. Dia lagi hantu dari hantu kambing tadi la..lalariksss..

Isteri bapak hantu kambing tadi. Tak pandang kiri kanan dah..Sorry..camery shy ! :p 
Walaupun darah tinggi, saya boleh pulak makan kambing yang selalu dikaitkan dengan daging kambing. Daging kambing tak bersalah kan. 


My Long. Kak Long tak nampak pulak. 

My Nuha pun suka jugak tapi dia lagi suka sup ekor lah. Nampak tangan jer Mak Longnya..
Meja sebelah tu sama datang dengan kitorang tapi diorang tak order dulu agaknya sebelum datang, makanan diorang tak sampai-sampai lagi even kitorang dah habis makan. 

Pinggan cilok kat facebook. Kitorang memang order 5 set kambing bakar tapi sebenarnya 3 set pun dah cukup makan 4 dewasa dan 2 kanak-kanak ni. Siap bawa balik makan kat rumah pulak lepas tu tapi boleh habis lah sebungkus tu sebenarnya.hihihi 


Untuk Tempahan kambing bakar / Ayam penyet : 

012 943 4664

Warung Kambing Bakar Sahara  Jalan Kasim , Meru , Klang
Waktu Perniagaan : 11 pagi - 12 malam 



Korang suka makan Kambing Bakar tak ? 

Daripada Anas RA, satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata : “Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).”


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)