Wednesday, December 23, 2015

Lunch Treats @ Nando' s, SACC Mall, Shah Alam

Alhamdulillah. Semalam boz belanja makan-makan sempena dah tamat projek.Kali ni tempat yang dicadangkan kat Nandos SACC Mall, Shah Alam . Semoga murah rezeki boz. Tahun ni baru 2 kali makan kat sini. Jarang datang Nando's sebab tak suka sosnya jer. Ayam dah sedap.Kena bawa sos sendiri kot tapi orang belanja licin jer pinggan. hahaha

Untuk yang pertama kali datang Nando's 

Boz orderkan set Trip for 8. Walaupun datang bertujuh jer.


Menu untuk set Trip for 8

Peri Soup

Sweet Potato Chips with PERInaise

2 X Whole Chicken

Bottomless ice lemon tea

Chocolate Crunch Roll . Macam kek batik rupanya tapi bukan milo tapi coklat :)

5 Sides - Spicy rice(macam nasi beriani ), Mediterranean rice ( macam nasi goreng cina) , coleslaw, wedges, three bean salad( yang ni tak sedap..hahaha)

Konon nak masuk contest tapi tak kreatif ;p

Kalau tak dapat photobook dan meal voucher

Tukang belanja, tq boz 

Tukang makan, Ad dan Zira

Lagi tukang makan, Zul (Anakperak.com)  dan Bai

No meja :p

Sos yang dipilih 
Haruslah posing ramai2.. tapi blur pulak..

Layankan ajer la gelap pun yer.. 
Terima kasih boz, lain kali belanja lagi..hehehe



Nandos , SACC Mall, Shah Alam
Lot GF 30&31, Ground Floor, Shah Alam City Centre Mall,Jalan Perbadanan 14/9, Seksyen 14, Pusat Bandar Shah Alam, 40000, Shah Alam, Selangor

Telephone:
(03) 5511 3555 
Fax:
(03) 5511 3555 

Waktu urusniaga:
Isnin - Ahad: 10.30am-10.00pm

Korang suka tak makan di Nando's ?Selamat berhujung minggu semua. Cuti ni duk rumah jer la...huhuhu


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Tuesday, December 22, 2015

Giant Bubble @ Setia City Park, Setia Alam

Alhamdulillah. Hari ni dah settle urusan perpindahan kembali ke ofiz sebab projek dah selesai. Setelah hampir 3 bulan merasa pengalaman bekerja di syarikat internasional gitu, kesimpulannya hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri..Baik lagi negeri sendiri gitu. hahaha.Ok la,cerita pasal aktiviti hujung minggu kitorang hari tu pergi main Giant Bubble @ Setia City Park, Setia Alam. Sebenarnya saja pusing-pusing dalam Setia Alam City Mall tu. Dah habis pusing nampak pulang orang main giant bubble kat Setia City Park, Setia Alam. 

Giant Bubble kat sini ada 3 jenis pilihan alatan yang boleh dipilih. Bermula RM3 , RM5 dan RM7. Maklumlah pertama kali, guna yang paling murah RM3.Batang dia kecik comel jer. Rupanya harga ikut jenis alatan yang digunakan untuk buat bubble tu.Alatan yang digunakan tu besi dan tali . Makin mahal makin besar talinya , so makin besar la giant bubblenya yer. Tapi guna alatan yang kecik pun boleh jadi besar jugak bubblenya. Kat situ ada promosi, kalau beli 2 bekas, percuma 1 bekas.Tragedi betul la dua beradik tu. Siap berebut-rebut main. Dah la si adik tu mengelat, adik nak cuba katanya tapi terus tak nak bagi kakak main. hahaha. Weekend ni my hubby dah janji nak bawa main bubble kat sini lagi . Tengok la macam mana. 

Layan jer la gambar-gambar hari kejadian. Biar gambar berbicara...







 









Haruslah selfie macam uncle gedek :p

Tak ada drama air mata tak sah my Nuha ni. Ratu air mata. Lepas hantar Nina balik ke komuter, menangis la dia. Sekali adik pun menangis. Bila tanya kenapa adik nangis, dia jawab sebab tengok kakak nangis. hahaha. Kelakar la ko dik !

 Lepas ni buat giant bubble sendiri jer la kat rumah yer nak. Dah jumpa resepi :p

Resepi Giant Bubble

250 ml pencuci pinggan 
1.5 liter air
4 sudu besar tepung ubi kayu

Cara-cara : -

Bancuh semua sekali dalam satu bekas dan boleh terus digunakan. 


Korang pernah bawak anak-anak main giant bubble? Atau pernah main giant bubble home made ? Lagi jimat belanja kan :)


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

Wednesday, December 16, 2015

Lunch @ Nasi Kak Wok & Kedai Kopi Naluri, Seksyen 7, Shah Alam

Sekarang sudah hampir ke penghujungnya kami dipinjamkan ke AKARI Software Asia Pacific Sdn Bhd (AKARI ). Kat area ofiz ni memang tak de kafetaria. So terpaksa la makan kat luar atau tapau siap-siap sebelum masuk ofiz. So banyak la kedai makan yang kami tawaf area Shah Alam ni tapi ulang-ulang yang tu jugak lah. Ni antara 2 kedai yang dah banyak kali ulang iaitu Nasi Kak Wok & Kedai Kopi Naluri, Seksyen 7, Shah Alam untuk lunch. 

Mula-mula kita terjah dulu Kedai Kopi Naluri, Seksyen 7. Kat kedai ni disediakan masakan panas. Kalau pagi pun ada tapi tak pernah try. Tengok menu ada nasi dagang. Kena cuba lain kali. Biasa pagi kami tapau nasi lemak tepi jalan jer. Sebab lunch nak keluar makan lagi kan. Badan naik bagai dipam-pam sejak pindah sini hampir 3 bulan ni. Hancur diet mak. Kena start balik tahun depan ni. 

Menu yang ada kat sini. Harga pun berpatutan. Average below RM10

Alamak tergelap pulak gambar Bai dan Ros.

Kak Ila, Ad dan Kak Yat.

Ni Ad dan Bai pulak gelap..hehehe

Tengok makanan yang kami makan jer la terang sket..hehehe

Nasi Goreng Ayam Kampung . RM8.70.  Yang ni memang my all time favourite. Pesan ni jer pun selalunya. hahaha. Ayam kampung panas-panas dan nasi goreng yang just nice dengan sambal belacan pulak..

Mee Wantan RM5.70

Ipoh Sar Hor Fun RM5.70

Epal Asam Boi RM4

Close up sket airnya..sedap

Suasana dalam kedai yang simple dan didekorasi dengan frame gambar

Antara frame yang ditampal

Yang penting tahap kebersihan A


Kedai Kopi Naluri 
No. 7, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, 
Seksyen 9, Selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia

Seterusnya  jom la makan nasi kak wok. Menu kat  nasi kak wok cuma satu jer , nasi putih + gulai ayam + ayam goreng + sambal belacan . RM5 sebungkus.


 Kalau tambah telur RM7 sebungkus.Makan sambil ngadap coding. Kadang makan kat kedai. Kadang makan kat ofiz. 

Close up sket


Restoren D Ambo Bistro (Nasi Kak Wok) 
Jalan Plumbum AC 7 / AC (Seksyen 7), Shah Alam, Selangor

Korang pernah makan kat dua-dua restoren ni ? Kalau belum, boleh la cuba yer. 


Dah baca jangan segan-segan Like entry ini yer :) Tq

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)