Monday, August 11, 2014

Lunch @ Restoren Jemari , Seksyen 7 , Shah Alam

Hari ni episod JJCM@elissmie.com kembali bersiaran setelah berhenti rehat sebulan pada ramadhan yang lepas. Sekali jer makan kat luar ramadhan yang lepas iaitu kat Hotel Concorde,Shah Alam tapi tak sempat nak buat entry lagipun sibuk berbuka puasa tak sempat nak amik gambar. Makan free jangan disia-siakan.hahaha


JJCM kali ni bertempat di Jemari, Seksyen 7, Shah Alam yang ditaja oleh Faidah. Terima kasih mantan boz ku :) Jemari ni menghidangkan makanan kombinasi ala Thai dan melayu. Ni pertama kali saya makan disini dan makanan yang dihidangkan tidak mengecewakan .

Kami makan ni hidangan set iaitu Set B ( RM79.90)  iaitu 4 nasi putih, Set Tomyam Campur, Ikan Siakap 3 Rasa, Ayam Cili Kering, Asparagus Oyster ( hari tu ditukar kepada Kailan Daging Oyster) dan Kerabu Mangga.

Mula-mula tayang tukang belanja. Faidah dan Ad, tukang makan .

Empunya belog merangkap tukang makan jugak dan Kak Ema.Gambar sengaja menyorok sket belakang Kak Ema untuk efek yang kurus ...hahaha

Deko dalam jemari ni.Simple jer kan.

Ada deko sempena hari raya sekali .Siap pelita lagi tu.

Ada seater yang empuk jugak untuk duduk .

Antara juadah yang berjaya disnap.

Tomyam dia memang sedap ! Ikan Siakap 3 rasa sampai lambat, x sempat dah nak snap.hahaha

Korang pernah makan di Restoren Jemari ? 



Restoren Jemari,
18, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, 40000 Selangor
03-5523 5413
Lokasi kedai belakang bangunan Jakel, sederet dengan Fareeda Nyata Jelita .


3 Comments:

  1. Replies
    1. Lokasi kedai belakang bangunan Jakel, sederet dengan Fareeda Nyata Jelita .

      Delete
  2. restoran ni i call berkali-kali xangkat

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)