Tuesday, July 23, 2013

Bergambar dengan Aaron Aziz @ Jakel Seksyen 7 Shah Alam dan borong sakan di GM Klang

Tajuk entry macam beritma gitu kan. Ini semua poyo :p Settle sudah shopping raya kami untuk tahun 2013 ni. Tak der lah susah nak cari baju macam tahun lepas . Tinggal kasut raya ajer belum beli untuk my Nuha dan Nayla. Raya ni sebenarnya persiapan lebih kepada anak-anak.Cukup lah sepasang baju kurung untuk saya dan baju melayu untuk hubby. Hari seterusnya pakai ajer yang mana ada kan. Sunat berpakaian yang paling baik untuk hari raya pertama ajer bukan 30 hari :p 


Akhirnya my hubby ajak ke Jakel untuk beli baju melayu Aaron Aziz petang sabtu lepas. Dan tak sangka dapat jumpa Aaron Aziz sekali lagi. Kali ni dah tak segan dah bergambar sebabnya hari tu kan dah menyesal tak  sudah tak bergambar dengan Aaron Aziz kan. So inilah gambar saya bersama Aaron Aziz.

 Scroll down plz


 -






  -





  -




  -




 -




 -







Masukkan effect suspen disini :p






Patung Aaron Aziz jer pun. Bersepah dalam Jakel. hiks :p Jangan marah-marah puasa yer. hiks 
p/s: Sebenarnya. Hari Ahad tu memang ada Aaron Aziz tau datang kat Jakel. Rugi mak nyah pergi hari sabtu. hahaha

Yang cutting Aaron aziz ni tak der label Aaron Aziz

Kat situ baju melayu dari serendah RM 89 hingga RM 200++
Percuma sampin bernilai RM39
 Yang ni my hubby punya siap ada tulisan kat kotak dan kolar tertulis Aaron Aziz gitu :p

 Closed up sket. Hubby cakap dia nak cabut label ni letak kat dada.
Baru orang tahu pakai baju melayu Aaron katanya. kah kah kah 


Esoknya kami meneruskan misi mencari baju raya untuk saya dan anak-anak pulak. Kami pilih GM Klang sebagai lokasi shopping sebab nak beli baju basahan untuk my Nuha sekali. Tapi sebab pergi lewat rasa tak puas shopping . Nak kena datang lagi sekali. Plz sayang ;p Rayuan di blog :p

Ini lah baju hari raya kitorang tapi tudung tu rasa macam serabut pulak dengan baju saya tu. Nak kena pi beli tudung baru kah? hehehe. My Nuha dan Nayla dapat betul-betul sedondon .Suka sangat :) Mula-mula ingat nak beli kan dia peplum kurung tu tapi tak der saiz utuk my Nayla. Yang ni baju kurung Lycra. 

Rompers, topi dan black dress untuk my Nayla 


 Yang ni untuk my Nuha. Borong tshirt polo dress tu 3 helai dan satu dress zara kids.


Korang dah buat persiapan untuk hari raya ? 


p/s : 

Shopping-shopping jugak tapi masih ada orang kat malaysia ni yang tak makan tau

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

18 Comments:

  1. Ice tray dh sampai?
    Jumaat aritu saya check tracking online
    Tp eliss takde kt ofis

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah selamat diterima :) terima kasih dear!

      Delete
  2. fuh ... tak sabarnya nak shoping hujung minggu ni ... jeles .. ko nyer baju raya dah beli

    ReplyDelete
  3. dah selesai dah sebelum pose aritu. borong baju budak2 ni. tapi baju kurung si kecik ni belum siap lagi. baju mak dia takpe, kalo tak siap pon boleh beli je (alasan nak baju lagiii...ngeee)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awal eh. memang semangat nak raya ni. hehehe

      Delete
  4. canteknyeeeeee... sakan lah raya tahun nih kan..
    baju raya raa tempah dop siap lagi.. katanya minggu nih siap.. hehehe

    ReplyDelete
  5. hehehehhehehhe ingatkan bergambar betul2 ngan aron tadi
    eliss dah siap buat persiapan raya
    ena tak buat apa pun lg

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. murah kalau beli borong tapi kalau sehelai kena pandai laa tawar2

      Delete
  7. tahun lepas pernah pergi Jakel nak cari baju Melayu , tapi takde yang berkenan...

    ReplyDelete
  8. Ingat betul2 jumpa aron..jeles akak hehe

    ReplyDelete
  9. wah kerlas bj aaron aziz...hehehe...tk shopping lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelas ker..hehehe :p hujung minggu ni shopping sakan la yer :)

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)