Thursday, August 30, 2012

Duit raya anak, korang buat apa? My Nuha request iPAD ;p

Hari ni baru dapat bersiaran kembali. Semalam MC, selsema dan tak larat badan. Ok, berbalik tajuk asal.Tiap tahun memang selalu berhutang duit raya dengan my Nuha. Tapi tahun ni, Alhamdulillah, tak guna satu sen pun duit dia. Hahaha. My Ma cakap tak per pinjam, tapi kena la bayar balik ! Memandangkan hari lahir dia bulan ni, maka kami menunaikan janji kami nak belikan dia iPAD. Tapi bukan iPAD yang betul pun, sebut jer iPAD tapi kami beli Android Tablet ajer. Budak-budak mana reti lagi jenama ni kan.hahaha.


Sebahagian duit raya my Nuha yang akan disimpan di SSPN.
 Cer teka berapa?

Ahad lepas kami kesini. Plaza Low Yatt lah mana lagi ! Lama gila tak kesini. Last tak silap masa couple dengan my Hubby beli kamera digital pertama jenama BenQ , tahun 2005 kot ! Macam tak berubah sangat tempatnya , yang berubah cuma teknologi ajer :)

Pilihan kami di kedai ni, Kedai Komputer S/B( Lau Kiat Seng ),  Lot 2-K015. (Second floor , sebelah kanan eskalator)

Harus posing dulu sebelum membuat pembayaran. Hahaha

Pelbagai pilihan tablet android yang ada, dari serendah RM299 (sebelum nego) 


Jenama CellTech yang menjadi pilihan hati dan menepati ciri-ciri yang kami nak dan offer paling menarik bagi kami yang penting bawah RM500 .Yang lebih, macam kat atas tu :p

Ada kamera depan (2.0 MP)  dan belakang (0.3 MP) , RAM 1G DDR 111 dan 16GB memory.
 Operating System: Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich
Display: 7.0 inch
Package Content: USB cable ,Charger, Earphone, HDMI Cable
Free: Screen Protector, Tablet stand, Stylus Touch Pen, 7 inch soft case dan game software
Warranty : 1 Year



Keyboard tu untuk memudahkan Umminya pinjam buat blogging.
Yang tu kalau beli asing RM50, tapi sebab beli tablet tu dapatlah RM30 ajer.
Total : RM480.00

Lepas dah dapat , tak sabar dah nak main tu. Anak-anak zaman sekarang !
Bila ntah berpeluang tengok drama korea @  maduu.com kat tablet my Nuha ni.

p/s:

Semalam MC tak hantar dia ke taska, kemain lama dia main. Saya pinjam sekejap masa dia tengah tidur, bangun-bangun dia marah sebab katanya nanti habis bateri ! Kedekut btol. My hubby nak main pun marah !
Yer la, duit dia :p keh keh keh

Korang pulak duit raya anak buat apa? Pinjam tak? hahaha



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)