Tuesday, April 10, 2012

Jabatan baru dan makan-makan, sinonim kan?

Ini sebenarnya event secara tidak formal di ofiz , lebih tepat jabatan baru me. Nak bagi staff bergabung tenaga dan bergaul mesra iatu dengan mengadakan jamuan makan-makan, tapi secara potluck :) Me tokey air sahaja pada hari berkenaan. Siapa berminat nak beli Teh Cap General seperti pada entry ini, sila book yer, bulan 5 Insya Allah me akan pulang ke kampung@Terengganu .RM11 sekotak.Tidak termasuk pos :p

Jom kita tengok barisan makanan yang ada :)

Air kotak dan Air Teh O Cap General (tidak kelihatan)

 Agar-agar santan by Ros. Lama dah tak buat ni :p

 Puding Roti Bakar by Zalina

 Puding Talam Cendol by Ad & Niza . Ni kakak Kak Ros yang buat.


 Nasi lemak by En Gazairi


Karipap by En Husain 


Ada lagi gambar makanan tak tersnap :p

 Kek Birthday untuk meraikan ofiz mate yang lahir Januari-Mac

Yang diraikan staff perempuan

 

Staff lelaki, sorang jaa, ketua jabatan kami En Husain



Susah jugak nak pose ala uncle Gedek dan berbackgroundkan makanan yer :p , kan Niza Puan KB :)

p/s:

Selamat bercuti kawan-kawan semua :) Tak sabar nak pergi rumah Long me petang ni , nak tengok kiriman dari kampung halaman ;p



 p/s:

Jabatan korang ada tak buat makan-makan ? Lalalariksss ;p


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)