Thursday, February 02, 2012

Menunggu Makanan Sejam Lebih @ Papa Seafood , Jeram

Episod jalan-jalan di elissmie kali ni pergi menapak lebih jauh lagi.Tapi dekat sket lah dari JJCM @ Terengganu tempoh hari. Sebenarnya JJCM kali ini adalah dorongan kuat dari entry ini. Kami pergi berlima sebab bawak Long & Kak Long. Hajat di hati memang nak merasa ikan bakar Aroma Ikan Bakar, Jeram , Kuala Selangor tapi bila dah sampai sana melihat lautan manusia memang tak sanggup nak menunggunya. Dah la kami kesana main redah ajer . GPS pulak tak der signal tetiba.Lebih kurang setengah jam dari rumah me. Mungkin kitorang patut datang tengah hari kot . Tak per, weekend ni kita redah lagi :)


Lantas, kami seterusnya mencari kedai makan lain yang kurang orang. Akhirnya terjumpa lah Papa Seafood.Terletak kat betul-betul di jalan utama. Selepas simpang masuk ke Pantai Jeram. Masuk-masuk ajer pilih ikan, sekali ikan tak banyak pilihan cuma ada ikan bawal ajer. Terkubur ajer lah nak makan ikan bakar sebab kat situ tak der buat ikan bakar. Hampeh. Geram !! Arghhhhhhhhhhh. Over maks ;p  Dah la sotong pun habis.Baik tak yah letak nama Papa Seafood.Oh mungkin , Papa = Miskin. Miskin Seafood kekdahnya.Lepas tu kami order jer lah apa yang ada tu.


Mode redha ajer lah kan. Itu tak per lagi. Perut dah lapar ni. Kami sampai sana dalam pukul 9 tak silap. My Nuha mula bising lah cakap lambat sebab dia dah lapar. Lepas tu kitorang mintak nasi putih dan sup kosong untuk dia dulu :p Dalam sejam lebih menunggu sampai my hubby sempat solat kat surau yang disediakanlah. Seb baik la ada jugak hiburan, bebudak sekolah agama duk menasyid kat situ sambil kutip derma. Ada jugak halwa telinga.hehehe


Cakap banyak pun tak guna. Setelah sejam lebih menunggu, akhirnya , makanan yang diorder sudah tiba. Ramai yang bermuka cencurut pada malam tersebut sebab memang standard me rasa kedai ni, sejam lebih baru makanan sampai.Tapi nasib baik makanan semua sedap atau [kami yang lapar ] dan boleh lah bagi  4/5 bintang. Servis memang tidak memuaskanlah. Layak bagi 0/ 5 bintang.





Ikan Bawal Masak 3 rasa & Ikan Bawal Masak Masam Manis [Tak terambil gambar ;p]



Burung Puyuh Goreng



Lala goreng pedas


Sayur campur


Total : RM90++ untuk 5 orang makan. 


p/s: 
Me siap tanya cashier tu, macam ni ke selalu kena menunggu sampai sejam lebih.

"Kalau datang serentak lambat lah kak " jawab cashier itu tanpa menunjukkan riak rasa bersalah .

So korang semua sila jangan datang serentak..kah kah kah. Sila buat jadual yer :p

Korang pernah ke ada pengalaman macam ni ? Servis lambat dan lembab?


Awasi Suspek Ini


p/s:


Khidmat Masyarakat dibawakan oleh elissmie.com




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)