Thursday, November 17, 2011

Pengalaman Menyamak Rumah, leceh ker tak?

Penyewa rumah kitorang sebelum ni ada bela anjing. So untuk mengelakkan sebarang was was, rasanya lebih baik kami samak rumah tu. Bukannya leceh sangat sebab rumah baru kami ni tak luas mana pun. Dengan bantuan Long dan Kak Long, Alhamdulillah. Berjaya jugak kami menyamak rumah tu pada malam Piala Malaysia Selangor lawan Negeri Sembilan dan siap ngeteh pastu kat Syed Seksyen 3 jam 12 lebih dengan penyokong bola dari stadium yang kecewa dan gembira :p 


Masa duk google tadi, terjumpa entry blog Eyriqazz, yang jugak berpengalaman menyamak rumah.[boleh baca kat sini]. Baru me tahu rupanya ada Serbuk Tanah Liat yang dijual oleh HPA. Tidak pulak me tahu sebelum ni. Kalo korang malas nak samak sendiri, rupanya ada perkhidmatan menyamak : rujuk sini

Cara menyediakan air tanah: Ambil tanah (kering atau basah) dan campurkannya dengan air mutlak. Banyak tanah dan air bergantung kepada keperluan. [source]


Credit to Eyriqazz

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM 10


credit to : here

4 Ketul Sabun Taharah pada harga RM23.60


Mula-mula ingat nak beli Sabun Taharah, tapi tak sempat pulak nak pergi beli. End up, guna ajer tanah yang ada sekitar rumah sewa me tu. Seb baik area rumah sewa ni ada banyak kawasan bertanah, so amik ajer kat sini.Tq my hubby :)

Jom la layan gambar-gambar semasa proses penyamakan sedang dijalankan.Penat jugak tapi berbaloi dan puas hati sebab yakin akan kebersihannya. Boleh gunakan tanpa was was :)


 My helper with my little helper :p



My little helper - sibuk jugak nak bersih rumah cantik katanya :p 
Rumah sewa skang dia panggil rumah hitam :p


With her Ayah Long

Orang kuat dalam proses penyamakan  ;p
Ingin khidmat kami ? hahahahaha lariksss...


Tq my dear hubby

Korang pernah samak rumah sendiri?


  

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)