Saturday, September 18, 2010

Pancit kat tengah highway , apa nak buat?

Masuk ni dah 2 kali aku mengalami pengalaman tayar pancit kat tengah highway.Satu masa pergi beraya haji kat Kedah dengan abang dan kakak ipar aku.Yang kedua pulak, baru-baru ni lah, dalam perjalanan pulang nak balik beraya ke Terengganu di lebuhraya Karak.Seb baik lah siang masa tu so tak ngeri sangat sebab ada banyak kes orang kena rempuh semasa duduk di line kecemasan tu kan? Nauzubillah.

Pertama sekali kena bertenang lah dan berhenti segera di line kecemasan.Masa ni double-signal diperlukan yer kawan-kawan bukan semasa hujan lebat ok!!!

Kedua, pastikan sebelum bertolak, tayar spare dalam keadaan baik dan angin diisikan.So, my hubby keluarkan lah tayar spare.Memandangkan kami tak mempunyai kon, so my hubby letakkan barang-barang agar kereta yang lalu alert bahawa ada sesuatu telah berlaku di line kecemasan.

Ketiga, telefon peronda lebuh raya tapi kalo tak ingat, tukar sendirik lah.Aku pun memang lupa nombor tapi Alhamdulillah, semasa my hubby nak tukar tu, peronda lebuh raya MTD Prime Sdn Bhd telah memberikan bantuan. Percuma tau ! So, bersih lah tangan my hubby :)


Sket punya banyak barang nak bawak balik kampung, tu nasib baik bukan dalam perjalanan balik, lagiiiii banyakkkkkk :p



Syabas dan tahniah kepada peronda lebuh raya MTD atas kerjasama yang diberikan!!

Korang ada ker pengalaman pancit tayar kereta kat tengah highway????


TALIAN KECEMASAN DI HIGHWAY UNTUK BANTUAN KECEMASAN DAN KEROSAKAN

- Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) - 03-2692 0000
- Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) - 03-732 9222
- Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) - 03-733 7188
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
- Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
- Lebuhraya Kulim - Butterworh ( BKE )-04-398 6969
- Lebuhraya Seremban - Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
- Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
- Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
- Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) - 1-800- 880999



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)